Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Penghantaran smart #1 Pro Mula Hari Ini – 268 HP, 315 KM, RM189K

Sofea Najmi

Kongsi melalui

smart-1-Pro-(1).jpg


smart Malaysia (PRO-NET) telah memulakan penghantaran varian asas smart #1, Pro.


Selepas beberapa bulan mendarat di Malaysia, smart Malaysia (PRO-NET) hari ini telah memulakan penghantaran model smart #1 Pro kepada para pelanggan


Crossover elektrik ini menggunakan motor elektrik yang diletakkan di bahagian belakang (RWD) sama seperti varian #1 Premium, dengan kuasa sebanyak 268 hp (200 kW) dan 343 Nm, membolehkan pecutan 0-100 km/j dilakukan dalam masa sepantas 6.7 saat. Varian #1 Pro menerima bateri jenis LFP dengan kapasiti lebih kecil berbanding Premium, iaitu 49 kWj, yang memberikannya jarak EV maksimum sejauh 315 km (WLTP). 


smart-1-Pro-(2).jpg


smart #1 Pro menyokong pengecas DC 130 kW dan AC 7.2 kW.


Menggunakan senibina elektrikal yang mampu menampung 400 volt, Geely SEA2 seperti varian #1 lain, #1 Pro boleh menerima pengecasan pantas DCFC sehingga 130 kW, sementara AC pula dihadkan pada 7.2 kW. Memandangkan varian ini menggunakan kapasiti bateri yang lebih kecil, ia boleh dicas penuh dalam masa kurang daripada 30 minit dengan pengecas DC dan sekitar lima jam daripada 10-80% dengan pengecas AC. 


web_press_CariCarz_smart--1-Pro_-1.jpgsmatt-1-Pro-Details-(1).jpg


Rekaan #1 Pro tidak jauh berbeza dengan #1 Premium, kecuali reka bentuk rim yang digunakan. 


Dari segi rekaan, #1 Pro hadir dengan kelengkapan standard seperti rim aloi ‘Amps’ bersaiz 19 inci. Keseluruhannya, rekaan #1 Pro tidak jauh berbeza daripada varian #1 Premium. Lima pilihan warna ditawarkan iaitu Future Green, Quantum Blue, Digital White, Cyber Silver dan Laser Red.


smatt-1-Pro-Details-(3).jpgsmatt-1-Pro-Details-(2).jpg


Walaupun sebuah varian asas smart #1, Pro diberikan pelbagai ciri standard yang menarik. 


Di dalam kabinnya, #1 Pro kekurangan beberapa ciri yang ditawarkan pada varian #1 Premium seperti sistem audio Beats 13 speaker, tempat duduk dengan sistem pengudaraan serta papar pandu (HUD). 


Ciri standard lain kekal sama seperti skrin infotainmen bersaiz 12.8 inci dengan sambungan Android Auto dan Apple CarPlay tanpa wayar, kluster instrumen digital 9.2 inci, tempat duduk hadapan boleh laras 10 arah, pad pengecas tanpa wayar, dan bumbung Halo Panoramik dengan tirai pelindung matahari automatik. 


Melalui skrin infotainmennya, pengguna boleh mengakses peta stesen pengecas EV yang memberikan akses kepada lebih daripada 70% stesen pengecas di seluruh Malaysia. Sistem ini diintegrasikan secara automatik dengan aplikasi telefon pintar Hello smart pemilik, sekaligus memudahkan pengguna untuk mencari lokasi stesen terdekat, memulakan pengecasan dan membuat pembayaran. 


Baca: [PANDU UJI] Ambil Tahu 9 Perkara Ini Sebelum Beli smart #1 Brabus


Sekiranya anda berminat untuk membuat tempahan #1 Pro, boleh kunjungi mana-mana cawangan pengedar sah smart Malaysia atau ‘di mana sahaja’ dengan menggunakan aplikasi Hello smart. Varian ini ditawarkan di pasaran pada harga bermula daripada RM189,000, atas jalan, tanpa insurans. Varian lain iaitu #1 Premium dijual pada harga RM219,000, dan varian tertinggi, #1 Brabus dijual pada harga RM249,000. 


web_CariCarz_smart--1-launch_-8.jpgweb_CariCarz_smart--1-launch_-2.jpg


Selain itu, smart Malaysia juga mengumumkan pengenalan Pakej Pemilikan Premium yang komprehensif. Pakej ini adalah termasuk:


  • Jaminan Bateri bervoltan tinggi selama 8 tahun atau 200,000km
  • Jaminan komponen bervoltan tinggi selama 8-tahun atau 150,000km
  • Jaminan kenderaan selama 4-tahun tanpa had perjalanan
  • Jaminan alat ganti selama 2-tahun tanpa had perjalanan
  • Bantuan Perkhidmatan Jalanan 24/7
  • Pengecas AC smartCharge percuma berharga RM3,200 dengan jaminan 2-tahun
  • Kabel V2L percuma berharga RM800 dengan jaminan 2-tahun
  • Pakej aksesori percuma bernilai RM2,000
  • 5-tahun Data Internet percuma dengan jumlah 60GB
  • Perlindungan Insuran smartPlus yang komprehensif

Tag:

smart #1 Malaysia
smart Malaysia
smart Malaysia (PRO-NET)
smart #1 Pro
Penghantaran smart #1
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Kereta Baru

07-08-2023
EV

20-07-2023
EV

01-02-2023
Berita Auto

09-09-2022
Berita Auto

17-08-2022
Berita Auto

24-12-2025
Global

Berita Terkini

Kereta Baru
Eksklusif: PROTON X70 Sport Edition Bakal Dilancar, Terhad 600 Unit, Penampilan Paling 'Hot'  2026

Eksklusif: PROTON X70 Sport Edition Bakal Dilancar, Terhad 600 Unit, Penampilan Paling 'Hot' 2026

Proton X70 Sport Edition Rasmi! Rekaan Lebih Sporty, Hanya 600 Unit Dikeluarkan.

11-04-2026
Kereta Baru
Legasi Litar Kembali: MINI Malaysia Perkenalkan Model Edisi Terhad 1965 Victory & JCW GP Inspired

Legasi Litar Kembali: MINI Malaysia Perkenalkan Model Edisi Terhad 1965 Victory & JCW GP Inspired

MINI 1965 Victory & JCW GP Inspired: Harga, Prestasi, & Segala Yang Anda Perlu Tahu.

10-04-2026
Kereta Baru
Kenapa GWM WEY G9 Hi4 PHEV Direka Untuk Hadap "Senario Terburuk"

Kenapa GWM WEY G9 Hi4 PHEV Direka Untuk Hadap "Senario Terburuk"

Adakah GWM Wey G9 Hi4 PHEV, MPV paling selamat.

09-04-2026
Kereta Baru
Mitsubishi Xforce Rasmi Dilancarkan: Harga Bermula RM109k, Rebat RM5,000 & 2,600 Tempahan Direkodkan

Mitsubishi Xforce Rasmi Dilancarkan: Harga Bermula RM109k, Rebat RM5,000 & 2,600 Tempahan Direkodkan

Teka-teki mengenai harga SUV kompak paling ditunggu-tunggu tahun ini akhirnya terjawab!

08-04-2026
Kereta Baru
Ini Dia Pencabar Proton X50: Mitsubishi Xforce, Ada 2 Varian - RM109K

Ini Dia Pencabar Proton X50: Mitsubishi Xforce, Ada 2 Varian - RM109K

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) akhirnya melancarkan secara rasminya Mitsubishi Xforce ke pasaran tempatan sebentar tadi.

08-04-2026
Kereta Baru
MPV Jimat Minyak, Kia Carnival 8 Tempat Duduk  Boleh Jalan 900KM Dengan Hanya 1 Tangki

MPV Jimat Minyak, Kia Carnival 8 Tempat Duduk Boleh Jalan 900KM Dengan Hanya 1 Tangki

Kia Carnival melancarkan varian baharu lapan tempat duduk yang cukup selesa.

07-04-2026
Kereta Baru
Isuzu D-Max 2026: Ada 9 Varian

Isuzu D-Max 2026: Ada 9 Varian

Isuzu D-Max ada 9 varian, mana satu pilihan anda?

02-04-2026