Link Copiedcheck_circle
EV

Stesen DCFC JomCharge Kini Di McDonald's – Hanya RM1/kWj! Ini Lokasinya...

Sofea Najmi

Kongsi melalui

McD-Jomcharge-(6).jpg


McDonald's kini rasmi sebagai syarikat makanan segera pertama di Malaysia yang menyertai usaha menuju elektrifikasi melalui kerjasama dengan EV Connection (EVC) - JomCharge. Bukan hanya di Malaysia, di luar negara, McDonald's France turut aktif dalam usaha penyediaan pengecas EV dengan sasaran untuk membina 2,000 stesen pengecas EV menjelang tahun 2025. 


Baru-baru ini, JomCharge telah membuat pemasangan stesen DCFC di dua cawangan McDonald’s iaitu Setia Alam dan Pantai Sentral Park. Menurut sumber kami daripada JomCharge, kedua-dua stesen ini merupakan yang terawal disediakan di McD dan lebih banyak lagi akan dibina tahun ini. 


McD-Jomcharge-(5).jpgMcD-Jomcharge-(4).jpg


McDonald's Pantai Sentral Park, di Jalan Pantai Sentral di Bukit Kerinchi menempatkan satu unit pengecas dinamik Kempower 100 kW Charging DCFC yang dilengkapi dengan dua nozel CCS.


McD-Jomcharge-(2).jpg


Jika kedua-dua nozel digunakan secara serentak, DCFC ini akan mengawal output berdasarkan tahap cas (SoC) kereta untuk memberikan kadar cas optimum.


Sementara itu, McDonald's Setia Alam yang terletak di Jalan Setia Utama, JomCharge terdapat dua unit pengecas DC ABB Terra berkapasiti 45 kW untuk dua ruang pengecasan EV (EVCB). Fasiliti ini juga dilengkapi bumbung untuk keselesaan pengguna. 


McD-Jomcharge-(3).jpg


Sempena pembukaan stesen pengecas di lokasi baharu ini, pengguna boleh mengecas kenderaan pada kadar yang ditetapkan hanya RM1/kWh. Tarikh akhir promosi ini masih belum diumumkan. Bagaimanapun, buat masa ini, kedua-dua stesen ini masih belum boleh diakses melalui aplikasi rakan kongsi JomCharge iaitu Gentari Go dan ChargEV. 


Tag:

EV Connection (EVC)
McDonald's Pengecas EV
McDonald's Pantai Sentral Park
McDonald's Setia Alam
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV

EVC Pasang Penjimat Tenaga Elektrik Rumah, Tesla Powerwall, Di Thailand – Malaysia Seterusnya?

EV Connection (EVC) mencatat pencapaian penting selepas berjaya memasang Tesla Powerwall pertama untuk pelanggan di Thailand.

17-03-2025
EV

Lulus Piawaian Keselamatan Sabah, EVC & Gentari, CPO Pertama Terima Lesen

EVC dan Gentari melalui JomCharge menjadi dua pengendali titik pengecasan (CPO) pertama yang menerima lesen daripada ECoS.

09-08-2024

Berita Terkini

EV

UPSI, Proton Cadang Wujudkan Pusat Pembelajaran EV Pertama di Malaysia.

UPSI menjalinkan kerjasama dengan Proton Holdings Berhad (PROTON) bagi mempromosikan ekosistem pengetahuan Kenderaan Elektrik Bateri (BEV) serta teknologi Kenderaan Tenaga Baharu (NEV) di Malaysia.

25-02-2026
EV

Krisis Kewangan Bukan Penghalang, Polestar Bakal Lancar 4 Model EV Baharu

Jenama kacukan Sino-Sweden ini baru sahaja mengumumkan strategi pengembangan produk yang cukup berani dengan empat model elektrik (EV) baharu bakal dilancarkan menjelang 2028.

20-02-2026
EV

Buat Julung Kalinya, Tesla Malaysia Buat Penghantaran Keretanya Ke Malaysia Timur

Tesla Malaysia telah membuat penghantaran rasmi kenderaannya ke Kuching, Sarawak, baru-baru ini.

19-02-2026
EV

BYD Atto 3 Evo Didedahkan – Sistem 800V, Cas 25 Minit, Pecutan 3.9 Saat

BYD nampaknya belum mahu berhenti 'membuli' pesaingnya. Kali ini, syarikat automotif dari China itu secara rasmi mendedahkan BYD Atto 3 Evo.

12-02-2026
EV

Toyota Highlander EV 2027 Didedahkan – Lebih Berkarisma, Capai 515 KM, 338 HP

Toyota akhirnya mendedahkan secara rasmi model SUV tiga baris tempat duduk elektrik, Toyota Highlander EV 2027 untuk pasaran Amerika Utara.

12-02-2026
EV

smart #6 EHD Tempuhi Ujian Ekstrem -30°C Sejauh 30,000 KM – Bukti Sistem PHEV Luar Biasa

Jenama smart kini selangkah ke arah pelancaran model terbaharunya, smart #6 EHD, selepas berjaya menamatkan fasa ujian musim sejuk yang ekstrem di China.

11-02-2026
EV

Ferrari Luce: EV Pertama Ferrari Ini Diberi Suntikan DNA F1 & Apple

Bukan lagi rahsia, Ferrari kini secara rasmi mendedahkan nama model elektrik (EV) sulung mereka yang bakal menggegarkan dunia, Ferrari Luce.

11-02-2026
EV

Cas DC RM2.80/kWj Terlalu 'Kayangan'? Shell Akui Sedang Semak Harga Supaya Lebih Marhaen

Shell Malaysia menegaskan komitmennya untuk meningkatkan pelaburan dan memperbanyak inovasi dalam ekosistem kenderaan elektrik (EV) tempatan, selari dengan peningkatan penggunaan EV yang semakin ketara.

11-02-2026