Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Suzuki Jimny 5 Pintu Bakal Ditawarkan Di Malaysia Suku Ke-3 Ini – Lebih Praktikal!

Sofea Najmi

Kongsi melalui

2023-suzuki-jimny-5-door-(15).jpg


Naza Eastern Motors bersedia untuk memperluaskan rangkaian produk tahun ini dengan Suzuki Jimny lima pintu.


Suzuki Jimny lima pintu dijangka akan tiba di Malaysia sekitar suku ketiga tahun ini, dedah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Naza Automotive Group, Mohd Rizal Jailan. Beliau memberi bayangan mengenai ketibaan model tersebut dalam satu temubual baru-baru ini bersama akhbar tempatan, NST, yang diterbitkan awal minggu ini. 


Menurut Rizal, “Jimny baharu sepenuhnya itu akan diperkenalkan menjelang suku ketiga tahun ini." Perkara ini dikongsikan tidak lama selepas pengenalan dua edisi istimewa Suzuki Jimny tiga pintu oleh anak syarikat, Naza Eastern Motors, pengimport dan pengedar rasmi jenama kenderaan Suzuki di Malaysia. 


2023-suzuki-jimny-5-door-(3).jpg


CEO Naza Automotive Group berkata, model bakal dilancarkan itu nanti ialah Jimny baharu sepenuhnya dengan lima pintu. 


Jimny lima pintu merupakan satu-satunya lagi produk daripada Suzuki yang belum ditawarkan oleh Naza Eastern Motors. 


Baca: Suzuki Jimny Rainforest & Black Edition Kini Di Pasaran – Dari RM168K


Untuk makluman pembaca, Jimny lima pintu adalah versi dengan jarak antara roda atau wheelbase yang lebih panjang yang diperkenalkan buat pertama kalinya di peringkat global oleh Suzuki India pada Jun 2023. Selain India, model tersebut dijangka akan dijual di pasaran utama lain di rantau Asia-Oceania.


2023-suzuki-jimny-5-door-(5).jpg


Model tersebut sebelum ini telah membuat penampilan pertamanya di rantau Asia pada bulan Februari tahun ini di Indonesia. Di negara tersebut, lima varian ditawarkan yang merangkumi pilihan transmisi automatik dan manual pada harga jualan bermula daripada IDR462 juta (~RM139,050). Pilihan varian yang sama dijangka akan turut ditawarkan di Malaysia.


Dari segi mekanikal, model ranggi tersebut menggunakan enjin 1.5 liter 4 silinder yang sama seperti Jimny tiga pintu dengan kuasa sebanyak 103 ps dan tork 134 Nm. 


2023-suzuki-jimny-5-door-(2).jpg


Ruang yang lebih luas dalam Suzuki Jimny lima pintu dapat menjadikannya lebih praktikal berbanding versi tiga pintu. 


Untuk pasaran Indonesia, kuasa disalurkan kepada roda melalui sistem transmisi manual lima kelajuan atau automatik empat kelajuan. Bagi pasaran Malaysia, dijangkakan model ini akan ditawarkan hanya dalam versi transmisi automatik, sama seperti Jimny tiga pintu. Jimny didatangkan standard dengan sistem Suzuki AllGrip Pro 4WD. 


Harga jualannya untuk pasaran Malaysia kelak masih terlalu awal untuk dianggarkan. Namun berdasarkan pasaran Indonesia, model tersebut dijual pada harga permulaan yang 5% lebih tinggi berbanding model tiga pintu. 


Baca: [PANDU UJI] Suzuki Jimny Rhino – Model Retro & Ranggi Yang Seronok Dipandu


Sebagai rujukan, di Malaysia, Jimny tiga pintu versi standard tanpa sebarang aksesori tambahan dijual pada harga RM174,900. 

2023-suzuki-jimny-5-door-(14).jpg

Tag:

Suzuki Jimny
Jimny Malaysia
Jimny Lima Pintu
Naza Eastern Motors Sdn Bhd
Naza Automotive Group
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Global

26-12-2025
Global

19-10-2025
Global

20-06-2025
Global

04-02-2025
Kereta Baru

18-11-2024
Global

12-11-2024
Global

17-05-2024
Kereta Baru

22-04-2024

Berita Terkini

Berita Auto

Video Teaser Sudah Dibelanja, Petanda Pelancaran Jaecoo J5 Semakin Hampir

Omoda | Jaecoo Malaysia menyiarkan video teaser yang menunjukkan Jaecoo J5, di halaman Facebook rasminya, beberapa jam lalu.

06-01-2026
Berita Auto

Chery Bikin Comeback Di Malaysia, Akhirnya Berjaya Tawan Hati Orang Malaysia, 30,073 Unit Terjual!

Chery Malaysia mencatatkan pencapaian yang membanggakan apabila merekodkan jualan kumulatif sebanyak 30,073 unit sejak tahun 2023.

06-01-2026
Berita Auto

Proton X70 MC3 2026 Bakal Dilancarkan 8 Jan Ini, Apa Yang Baharu Kali Ini?

Proton X70 MC3 2026 bakal dilancarkan 8 Januari ini.

06-01-2026
Berita Auto

Tiada Kenaikan Kadar Tol Tahun Ini Tapi Rakyat Sebenarnya Tetap Rugi? – Ini Kata Pakar

Kerajaan kini berdepan tekanan hebat daripada pelbagai pihak untuk mendedahkan kandungan Perjanjian Konsesi Lebuh Raya yang selama ini tersimpan rapi sebagai rahsia rasmi.

06-01-2026
Berita Auto

Dalam Sebulan Proton Saga MC3 2026 Lepasi Jualan 10,000 Unit, Ada Sebabnya!

Proton Saga MC3 2026 mencatatkan jualan sebanyak 10,000 unit sebaik dilancarkan secara rasmi pada 27 November lalu. .

05-01-2026
Berita Auto

KTMB Sasar 1.2 Juta Penumpang Naik ETS3 Tahun Ini

KTMB menyasarkan 1.2 juta penumpang menggunakan ETS3 tahun ini.

05-01-2026
Berita Auto

Sistem Amaran Cubaan Bunuh Diri Kesan 32 Kes Bunuh Diri Di Jambatan Pulau Pinang

PLUS mengesan 32 kes cubaan bunuh diri selepas memasang SAS di Jambatan Pulau Pinang.

05-01-2026
Berita Auto

Pemandu Kereta Mewah Ramai Salah Guna Lorong Kecemasan

"Bosan hadap jem" dan "mahu cepat sampai" menjadi alasan kebanyakan pemandu yang degil menyalahgunakan lorong kecemasan di lebuh raya.

05-01-2026