Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Auto China 2024: Tiggo 9, Kuasa Boleh Tahan

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Chery Tiggo 9 PHEV turut membuat penampilan sulung pada  Pameran Auto Beijing 2024 (Auto China 2024), di Beijing semalam.

Model kenderaan utiliti sukan (SUV) itu yang pertama kali dilancarkan pada 2005, menawarkan ciri rekaan berkonsepkan 'Conquer' dan 'Guard'.

image.png

Acara yang bertemakan “New Energy, New Eco, New Era,"menampilkan teknologi canggih Chery dalam barisan model baharunya itu.

Sebagai ahli terbaharu dalam keluarga Tiggo, Tiggo 9 PHEV mewakili simbol kemewahan dan teknologi dalam barisan jenama itu.

Menjengah bahagian luarannya, ia didatangkan dengan gril berbentuk octagon dan corak di dalam grilnya agak mengancam dan cukup kreatif.

Selain itu, ia dipadankan dengan rim bersaiz 20 inci.

Melihat bahagian dalamannya pula, ia didatangkan dengan sistem infotainmen 15. 6 inci berdefinisi tinggi manakala tempat duduknya  diberi jahitan 3D, sekali gus menawarkan gaya yang mewah.

Untuk makluman anda, Tiggo 9 ini disumbat dengan enjin 2.0 turbo menawarkan kuasa 235 hp dan tork 385Nm.

image.png

Dengan adanya sistem   sistem PHEV super hibrid 3DHT, ia mampu menghasilkan kuasa maksimum 165kW manakala penjimatan bahan api adalah sekitar 5.2 liter untuk setiap 100 kilometer (km).

Difahamkan, jika tangka minyaknya penuh, SUV ini mampu melakukan perjalanan sejauh  1,400 km.

Ini bermakna si pemiliknya tidak perlu bimbang jika mahu mengharungi perjalanan jauh kerana ia menawarkan perjalanan yang cukup jauh.

image.pngimage.pngimage.png

Sebaliknya, menurut Chery, Tiggo 9 PHEV dilengkapi dengan inovasi Chery dalam sektor tenaga baharu selain, menekankan reka bentuk yang luar biasa dan keupayaan pergerakan jauh.

Malah, dengan teknologi kuasa termaju dan reka bentuk mesra pengguna, model itu bersedia untuk menetapkan penanda aras baharu untuk kereta PHEV.

Pada masa akan datang, Chery berhasrat untuk melancarkan Tiggo 9 versi petrol dan PHEV pada hujung tahun ini.

Tayangan model secara global ini sebenarnya bertujuan untuk menepati  jangkaan prestasi, sekali gus membawa Chery ke lembaran baharu dalam industri SUV mewah global.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai ketibaannya ke pasaran Malaysia, Chery Malaysia menyatakan bahawa Chery Tiggo 9 PHEV akan ditawarkan ke pasaran tempatan  menjelang suku keempat 2024.

Gallery

Tag:

Chery Malaysia
Chery Tiggo 7 Pro
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Chery Kejutkan Bukit Bintang Dengan 'Kotak Misteri' Gergasi! – Teka Model & Menang

Struktur berbentuk ‘Kotak Misteri’ bersaiz gergasi itu bukan sekadar hiasan, ia merupakan inisiatif promosi kreatif daripada Chery Malaysia untuk memperkenalkan SUV terbarunya.

30-05-2025
Berita Auto

Program Sinergi Rantaian Bekalan Premier Chery Bakal Lonjakkan Sektor Automotif Negara

Program Sinergi Rantaian Bekalan Premier Chery Bakal Lonjakkan Sektor Automotif Negara

20-05-2025
Kereta Baru

MAS 2025: Chery Tiggo 7 & Tiggo 8 CSH PHEV Didedah, Maknanya Bakal Dilancar Tak Lama Lagi

Chery Malaysia turut mempamerkan barisan model Chery Super Hybrid (CSH), Chery Tiggo 7 dan Tiggo 8 versi hibrid plug-in (PHEV).

09-05-2025
Kereta Baru

MAS 2025: Tiggo Cross Belum Dilancar, Tapi ROI Sudah Dibuka, Siapa Tempah Dijamin Terima OGOS Ini

Chery Malaysia secara rasminya mendedahkan Chery Tiggo Cross di pameran Autoshow Malaysia 2025 di MAEPS, Selangor, pagi tadi.

08-05-2025
Global

Ini Dia Info Chery Tiggo 4 HEV CSH, Enjin 1.5 Liter, Boleh Gerak Lebih 1,000 KM?

Tiggo 4 HEV bakal menembusi pasaran tempatan, tidak lama lagi.

29-04-2025
Berita Auto

Letupan Paip Gas Putra Heights: Chery Sanggup Pinjamkan 50 Kereta Untuk Mangsa

Terima kasih Chery kerana sanggup menghulurkan bantuan demi meringankan beban mangsa yang terjejas akibat letupan paip gas.

02-04-2025
EV

Beli Chery Omoda E5 2024 Dengan Rebat RM27K – Kini Hanya RM119K

Chery Malaysia menawarkan tawaran yang menarik bagi model elektriknya, Chery Omoda E5.

25-03-2025
Berita Auto

Chery Malaysia Buka Empat Cawangan Baharu – Perluas Jejak Di Sabah & Sarawak

Chery Malaysia terus memperkukuh kehadirannya di negara ini dengan pembukaan empat cawangan baharu di Sabah dan Sarawak.

14-03-2025

Berita Terkini

Kereta Baru

Dilancar: Maserati GranTurismo Fogore Masuk Malaysia, Kuasa 761 PS, Harga Kayangan -RM998,800

Pengimport dan pengedar jenama Maserati tempatan, Naza Italia melancarkan secara rasminya, Maserati GranTurismo Folgore ke pasaran tempatan.

20-06-2025
Kereta Baru

BMW M340i xDrive M Sport Pro 2025 Kini Di Malaysia – Dari RM388,800

BMW Group Malaysia terus mengukuhkan barisan model 2025 untuk model 3 Series generasi ketiga (G20) dengan pelancaran rasmi BMW M340i xDrive M Sport Pro versi CKD.

20-06-2025
Kereta Baru

Dilancar: Maserati Grecale Folgore, Harga RM588K, Kuasa 557PS, Boleh Gerak Sejauh 500KM

Naza Italia turut memperkenalkan satu lagi model elektriknya, Maserati Grecale Folgore ke pasaran tempatan.

20-06-2025
Kereta Baru

SUV Elektrik Ranggi, iCaur 03 Bakal Dilancarkan Q3 2025 – Dari RM145K

iCaur Malaysia bersedia melancarkan model pertamanya, iCaur 03 EV, pada suku ketiga tahun ini. Sebelum itu, ada aktiviti off-road untuk semua...

19-06-2025
Kereta Baru

Bentley Bentayga Speed 2025 Kini Dibuka Untuk Tempahan di Malaysia – Cecah 641 HP!

Selepas dilancarkan di peringkat global pada awal bulan ini, model mewah SUV super Bentley Bentayga Speed 2025 kini sudah boleh ditempah secara rasmi di Malaysia.

19-06-2025
Kereta Baru

Mercedes-Benz G Class Ditayang, Belum Dilancar Lagi Tetapi ROI Sudah Dibuka

Biarpun, ia dibalut dengan pelekat penyamaran berwarna ungu namun ia sebenarnya model Mercedes-Benz G Class Elektrik yang akan dilancarkan tidak lama lagi.

13-06-2025
Kereta Baru

BMW M4 Competition M xDrive LCI 2025 Rasmi Di Malaysia – Dari RM878,800

Pameran MY BMW World 2025 yang kini sedang berlangsung menyaksikan kemunculan model BMW M terbaru, iaitu versi facelift bagi BMW M4 Competition M xDrive (G82).

13-06-2025
Kereta Baru

BMW M2 2025 Dilancarkan Di Malaysia – Kekal Ikonik, Dari RM650,800

Selain pelancaran BMW M5 2025 di MY BMW World 2025, BMW turut memperkenalkan versi terkini model M lain iaitu BMW M2 2025.

13-06-2025