Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

BMW iX3 Final Edition Kini Di Malaysia – Lebih Eksklusif & Sporty, Dari RM299,800

Sofea Najmi

Kongsi melalui

02.-The-BMW-iX3-Final-Edition.jpg


BMW iX3 Final Edition kini di pasaran.


BMW Group Malaysia telah mengumumkan  bahawa model edisi istimewa BMW iX3 Final Edition kini ditawarkan di pasaran, memberikan pelanggan pilihan lebih eksklusif daripada model yang menjadi asas rekaannya, SUV crossover EV BMW iX3 (G08), memuaskan keinginan sesiapa yang bercitarasa tinggi (dan mampu). 


Untuk versi khas Final Edition ini, iX3 masih dilengkapi dengan pakej gaya M Sport yang sama, tetapi ia diberikan penambahan ciri M Performance yang merangkumi perumah cermin gentian karbon, kemasan ambang pintu gentian karbon serta spoiler belakang M Performance.


Dari segi trenkuasanya, iX3 Final Edition juga diberikan Adaptive M Suspension yang menjanjikan pemanduan dan pengendalian yang lebih baik. ‘Nikmat’ ini ditambah lagi dengan penggunaan rim besar yang bersaiz 20 inci 890 M Bicolor M Aerodynamic, sama seperti pada model asas, iX3.


06.-The-BMW-iX3-Final-Edition.jpg


BMW iX3 Final Edition diberikan suspensi khas, Adaptive M Suspension. 


Ciri-ciri utama lain termasuk bumbung kaca panoramik, kawalan pendingin hawa tiga zon automatik, tempat duduk hadapan (sporty) yang boleh dilaraskan secara automatik, pakej bantuan pemandu BMW Driving Assistant Professional dengan Parking Assistant Plus, papar pandu (HUD), BMW Laserlight dan sistem audio premium Harman Kardon.


04.-The-BMW-iX3-Final-Edition.jpg

03.-The-BMW-iX3-Final-Edition.jpg05.-The-BMW-iX3-Final-Edition.jpg

Kemasan gentian karbon digunakan pada beberapa bahagian Final Edition.


Untuk makluman, BMW iX3 meggunakan bateri berkapasiti 80 kWj yang menyalurkan kuasa kepada satu motor elektrik menggerakkan roda belakang dengan output 286 hp dan 400 Nm. Menurut BMW, dengan cas penuh, iX3 mempunyai jarak WLTP maksimum sehingga 461 km.


BMW Group Malaysia menetapkan harga jualan BMW iX3 Final Edition pada RM299,000 tanpa BMW Service & Repair Inclusive. Sekiranya termasuk pakej penyelenggaraan tersebut, harganya ialah RM319,800.

01.-The-BMW-iX3-Final-Edition.jpg

Tag:

BMW iX
BMW iX3 Final Edition
BMW ix3
BMW Group Malaysia
EV BMW
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Global

BMW iX5 Hydrogen Didedahkan – Tiba 2028 Nanti

BMW kini sedang giat membangunkan X5 generasi terbaru, dan semalam syarikat automotif Jerman ini mengumumkan bahawa model itu nanti bakal tiba dalam versi trenkuasa hidrogen, BMW iX5 Hydrogen.

23-09-2025
Berita Auto

BMW March Into Joy: BMW Beri Tawaran Istimewa Hanya Untuk Model BMW Terpilih

BMW Malaysia menawarkan tawaran eksklusif menerusi acara jualan BMW March Into JOY bermula dari 7 hingga 9 Mac ini di seluruh negara.

06-03-2025
Global

BMW iX Facelift 2025 Diperkenalkan – Rekaan & Prestasi Lebih Agresif, Jarak EV Lebih Jauh

Selain M3 CS Touring, BMW turut memperkenalkan BMW iX yang diperbaharui bagi tahun 2025. Apa yang berbeza?

31-01-2025
EV

Hertz Malaysia Lanjutkan Promosi Sewa BWM iX Sempena Aidilfitri – Dari RM550

Promosi sewa EV premium BMW iX dilanjutkan sempena Hari Raya.

09-04-2024
Berita Auto

SDAB, SDRAC Meterai Kerjasama

Nak raya Cina, jom sewa BMW iX dengan Hertz Malaysia.

06-02-2024
Berita Auto

BMW Malaysia Jadi Rakan Automotif Rasmi Kejohanan Maybank 2023

BMW Malaysia telah mengumumkan penyertaan syarikat sebagai rakan automotif premium rasmi dalam Kejohanan Maybank 2023.

23-10-2023
Kereta Baru

BMW M2 Dan iX M60 Kini Rasmi Di Malaysia - Harga Dari RM598K

Ini segala yang anda perlu tahu tentang dua model baharu dalam barisan kereta prestasi M, BMW M2 dan BMW iX M60.

05-08-2023
Berita Auto

Kerjasama Solaroo, Pengedar BMW: Bumbung Solar Percuma Kepada Pemilik BMW iX Baru

Quill Automobiles dan Millennium Welt bekerjasama dengan Solaroo untuk melancarkan program bumbung solar pertama di Malaysia

09-06-2023

Berita Terkini

Kereta Baru

JAECOO J5 EV Dilancar: SUV Elektrik CKD RM118,800

JAECOO J5 EV Masuk Malaysia: Jarak 461km, RM118,800.

02-09-2026
Kereta Baru

Honda City 2026 Kini Boleh Ditempah: Ada Diskaun RM3,000

Honda City 2026 Dibuka Untuk Tempahan: Semak Spesifikasi & Promo.

27-08-2026
Kereta Baru

Siap Pakej 'Dark Warrior' RM10.8k!,JETOUR T2 Edisi Merdeka Ke-69 Terhad 69 Unit Sahaja

JETOUR T2 Dark Warrior Edisi Terhad Menggegar Malaysia: Enjin 2.0L Turbo, 'Serba Hitam & Cuma ada 69 Unit.

22-08-2026
Kereta Baru

Miliki EV Mewah Dari RM2,988 Sebulan: Mercedes-Benz CLA 250+ AMG Line Rasmi Di Malaysia

Mercedes-Benz CLA 250+ EV Dilancarkan Pada Harga RM274,888.

14-08-2026
Kereta Baru

48 Unit Sahaja: MINI Countryman S ALL4 Desert Night Edition Baharu Dilancar

MINI Malaysia Perkenalkan Countryman S ALL4 Desert Night Edition Berharga Bermula RM267,333.

10-08-2026
Kereta Baru

Gempur Xpander & Veloz: Mampukah Hyundai Stargazer Dominasi Pasaran MPV?

Hyundai Stargazer vs Xpander vs Veloz: Mana Satu Pilihan MPV Keluarga Terbaik?

07-08-2026
Kereta Baru

BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro Rasmi Mendarat di Malaysia

Super-SAV Paling Cekap Pernah Dihasilkan: Segala Yang Anda Perlu Tahu Tentang BMW iX3 Baharu di Malaysia.

06-08-2026
Kereta Baru

JETOUR T1 Rasmi Dilancarkan di Malaysia: Dua Varian, Harga Bermula RM129,800

Pencabar Baharu SUV Urban: JETOUR T1 Ditawarkan Dari RM129,800 Bersama Waranti Enjin 1 Juta KM.

22-07-2026