- Berita
- Berita Auto
- Demi Keselamatan Penumpang, Bas Ekspres Perlu Ada 2 Pemandu

Syarikat bas ekspres wajib menyediakan pemandu kedua untuk perjalanan melebihi 300 kilometer (km).
Langkah itu perlu bagi menjamin keselamatan penumpang dan dapat sebarang kejadian yang tidak diingini.
Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang, Zulkifly Ismail, berkata peraturan itu turut diwajibkan bagi tempoh perjalanan melebihi empat jam dalam memastikan pemandu mendapat rehat secukupnya, sekali gus mengurangkan risiko kemalangan, terutama kemalangan maut.
"Perjalanan jauh melebihi 300km memerlukan pemandu kedua, tak boleh seorang (pemandu), tetapi banyak pengusaha syarikat bas yang gagal untuk menyediakannya.

"Alasan yang sering diberikan, pemandu kedua akan naik di terminal yang seterusnya untuk menggantikan pemandu pertama, bagaimanapun peraturan menetapkan bahawa dua pemandu diperlukan semasa memulakan perjalanan," katanya.
Tambahnya, kegagalan menyediakan pemandu kedua adalah satu kesalahan dan mana-mana syarikat yang didapati ingkar.
"Tindakan itu akan diambil dengan melarang mereka daripada memulakan perjalanan sehingga peraturan itu dipatuhi,”ujarnya.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

