- Berita
- Berita Auto
- JAECOO J7:Ada 2 Varian, Harga Semurah RM150K

JAECOO Malaysia akan membuka pendaftaran minat (ROI) untuk pelanggan yang berminat dengan model JAECOO J7 pada 10 April ini.
Bagi yang berminat, anda boleh mendaftar di siri jelajah JAECOO Premier Experience di pusat beli-belah 1Utama (Level LG, Highstreet) atau laman web rasmi JAECOO Malaysia.
Presiden JAECOO Malaysia, Leo Chen berkata, orang ramai menunjukkan minat terhadap J7 selepas pihaknya menjalankan dua siri jelajah di sekitar Kuala Lumpur pada bulan lepas.


“Ini menyebabkan kami cukup teruja untuk menerima ROI. Oleh itu, kami yakin J7 akan menjadi pencabar kuat dalam SUV segmen-C di pasaran tempatan.
“Malah, strategi kami adalah untuk menawarkan teknologi canggih secara premium dan pada harga yang cukup kompetitif untuk memenuhi keperluan semasa dalam pasaran,” katanya dalam satu kenyataan, sebentar tadi.
Susulan minat orang ramai yang semakin meningkat, JAECOO Malaysia telah menggoda peminatnya dengan mengumumkan bahawa J7 akan dijual sekitar bawah RM200,000.

J7 akan masuk ke pasaran tempatan dengan dua varian JAECOO J7 All-Wheel Drive (AWD) berharga kira -kira RM160,000 manakala JAECOO J Pacuan Dua Roda (2WD) pula dianggarkan RM150,000.
J7 ditawarkan dalam empat pilihan warna, yang terdiri daripada Moonlight Silver, Carbon Crystal Black, Khaki White dan Model Green.
Berdasarkan jumlah pendaftaran nanti, penghantaran tempahan dijangka akan bermula pada suku ketiga tahun ini. ‘’
Selain itu, pelanggan yang berminat boleh memandu uji J7 pada bulan Mei nanti.
Untuk sebarang pertanyaan mengenai J7 , anda boleh mengunjungi siri jelajah JAECOO Premier Experience 1Utama Shopping Centre atau laman web rasmi JAECOO Malaysia.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
