Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Kilang Elektronik MCE Auto Hub Mula Operasi 2025, 700K Peluang Kerja

Sofea Najmi

Kongsi melalui

MCE-Auto-Hub-(5).jpg


MCE Holdings Bhd., melalui anak syarikatnya yang dimiliki sepenuhnya, Multi-Code Electronics Industries (M) Bhd. (MCEI), telah memulakan pembinaan kilang pengeluaran baharu, MCE Auto Hub, di Serendah. Fasa awal pembangunan fasiliti ini akan menelan belanja sebanyak RM50 juta dan meliputi kawasan seluas lapan ekar.


Sebaik beroperasi, MCE Auto Hub akan berfungsi sebagai fasiliti pengeluaran utama syarikat, meningkatkan keupayaannya untuk menghasilkan komponen dan sistem elektronik inovatif untuk enjin pembakaran dalam (ICE) dan kenderaan elektrik (EV), dengan tumpuan terhadap komponen elektronik automotif canggih seperti sistem infotainmen dan paparan digital.


MCE-Auto-Hub-(6).jpg


Upacara pecah tanah di UMW High Value Manufacturing Park dihadiri oleh Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Malaysia (MITI), YB Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, EXCO Pelaburan, Perdagangan dan Mobiliti Negeri Selangor, YB Ng Sze Han, CEO Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii), Azrul Reza Aziz,  CEO Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), Sikh Shamsul Ibrahim Sikh Abdul Majid, Pengarah Urusan Kumpulan MCE, Dr. Goh Kar Chun dan tetamu kehormat yang lain.


Dalam ucapan beliau, YB Tengku Zafrul memuji MCEI atas penglibatan proaktif mereka dalam mempromosikan sektor automotif Malaysia, yang konsisten dengan matlamat kerajaan dan MITI dalam menyokong inovasi dan pertumbuhan.


MCE-Auto-Hub-(1).jpg


Beliau turut menyatakan bahawa MCE Auto Hub akan memainkan peranan penting untuk memperkukuhkan industri automotif Malaysia, yang menghasilkan RM40 bilion dalam KDNK negara dan membuka 700,000 peluang pekerjaan. Beliau juga menekankan potensi pusat ini untuk menjadikan Malaysia sebagai peneraju serantau dalam pengeluaran elektronik automotif, selaras dengan NIMP2030 dan Dasar Automotif Nasional. 


Dr. Goh memuji kerjasama dan bimbingan berterusan yang diberikan oleh pihak MITI, MIDA, MARii dan pihak berkuasa tempatan. Beliau menyatakan hasrat MCE untuk menjadi pemimpin serantau dalam pasaran elektronik automotif dan mekatronik, dengan menggunakan industri elektrik dan elektronik (E&E) Malaysia yang terkenal untuk meningkatkan kapasiti pengeluaran.


Projek Serendah menunjukkan komitmen MCE untuk sentiasa berada di barisan hadapan trend digital global dan pasaran EV yang kini sedang berkembang pesat. Syarikat ini juga merancang untuk melabur sebanyak RM150 hingga RM200 juta lagi dalam tempoh sepuluh tahun akan datang. Fasa pertama pembangunan kilang baru ini dijangka siap pada akhir tahun ini, sebelum operasi dimulakan pada tahun 2025. 


Tag:

MCE Auto Hub
MCEI
MCE Holdings Bhd.
Multi-Code Electronics Industries (M) Bhd. (MCEI)
Kilang Komponen Elektronik
Kilang Serendah
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto

Raymond Tan Anak Tempatan Pertama Terajui BMW Group Malaysia

Raymond Tan Chor Ann dilantik sebagai Pengarah Urusan Baharu BMW Group Malaysia.

21-07-2026
Berita Auto

Suspek Ceroboh Landasan LRT3 Ditahan, Perkhidmatan Tergendala 30 Minit

LRT3 Tergendala 30 Minit Anggara Lelaki Cerohoh Landasan di Stesen Jalan Meru

21-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

smart #5 BRABUS Tampil Lebih Berani Dengan Edisi Khas Laser Red

Garang & Mengoda! smart #5 BRABUS Edisi Terhad 'Laser Red' Kini Di Malaysia.

20-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

PROTON Skills Challenge 2026 Cetus Penanda Aras Baharu Servis Automotif

Sengit! 34 Pakar Automotif Lepasi Saringan 390 Peserta Demi Buktikan Kepakaran Di PROTON Skills Challenge.

20-07-2026
Berita Auto

iCAUR V23 Versi CKD Sah Tiba Bilik Pameran Julai Ini

EV Top 3 Malaysia Kini CKD! iCAUR V23 iWD Mula Masuk Showroom Akhir Bulan Ini, Harga Kekal RM132,780.

20-07-2026
Berita Auto