- Berita
- Global
- Pelabuhan Eropah Kini Jadi 'Parkir' Lambakan EV China
-full_normal.webp)
Hanya beberapa minggu selepas Menteri Perdagangan China, Wang Wentao, menafikan dakwaan Setiausaha Perbendaharaan AS, Janet Yellen, yang mendakwa terlalu banyak kenderaan elektrik (EV) dari China membanjiri pasaran dunia, laporan mengenai masalah logistik yang disebabkan oleh EV China mula muncul.
Financial Times mendedahkan bahawa pelabuhan-pelabuhan besar di Eropah kini dibanjiri EV yang dihasilkan di China. Pelabuhan di Belgium dan Jerman antaranya, berubah menjadi 'tempat letak kereta' bagi EV kerana jumlah kenderaan yang masuk melebihi bilangan yang dibawa keluar.
Salah satu punca utama keadaan ini adalah kekurangan sokongan logistik yang dialami oleh jenama-jenama EV China, terutamanya untuk mendapatkan pemandu trak dan pengangkutan komersial bagi memudahkan pergerakan kenderaan ini dari pelabuhan ke lot peniaga.
-full_normal.webp)
Setiausaha agung Persatuan Kereta Penumpang China (CPCA), Cui Dongshu, juga menyatakan bahawa penghantaran EV China di pasaran Eropah melalui sungai juga berhadapan dengan masalah yang serius. Salah satu faktor yang menyumbang kepada keadaan ini adalah pemesanan besar-besaran trak pengangkut kenderaan oleh Tesla, sehingga trak tidak dapat memenuhi permintaan pengangkutan tambahan.
Walaupun kebanyakan negara Eropah belum mengenakan tarif tambahan, isu lambakan kenderaan di pelabuhan ini menimbulkan kebimbangan. Lebih-lebih lagi kerana pengeluar automotif China seperti BYD, SAIC, Great Wall Motors dan Chery kini sedang rancak memperluaskan pasaran luar negara mereka bagi mengatasi isu kekurangan permintaan EV di pasaran domestik mereka.
Tag:
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

