Link Copiedcheck_circle
EV

smart#1 Laku Keras

Suhana Veru

Kongsi melalui

KV_Top-3_16x9.png

Model smart #1 melakar sejarah dalam pasaran kenderaan elektrik apabila model itu menduduki tempat ketiga dalam kategori SUV EV di Malaysia.

smart #1 dilihat mampu mengukuhkan kedudukannya disebabkan harganya  sekitar  RM180,000 menyebabkan ia  menjadi salah satu EV premium yang paling digemari di Malaysia setakat ini.

image.png

Ketua Pegawai Eksekutif smart Malaysia, Zhang Qiang berkata,  pencapaian itu mencerminkan permintaan yang semakin meningkat untuk penyelesaian mobiliti bandar di rantau ini.

Apa yang cukup membanggakan ialah walaupun hanya satu model dijual, berbanding pemain utama lain dalam industri, pihaknya  telah mencapai kejayaan.

image.png

“Ini membuktikan kepercayaan pelanggan terhadap produk dan perkhidmatan kami, dan saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pelanggan setia,” katanya dalam satu kenyataan.

Sejak pelancaran, kejayaan smart #1 di Malaysia dianggap agak  luar biasa dalam segmen SUV EV premium.

Ini kerana 100 model smart#1 berjaya dijual dalam tempoh satu bulan, sekali gus mencatat rekod jualan yang cukup memberangsangkan.

smart #1 dilihat telah berjaya menarik perhatian  pengguna yang mencari kereta berprestasi dan kecekapan  selain sesuai digunakan dalam bandar.

image.pngimage.png

 Ia secara konsisten berada di kedudukan antara pesaing utama dalam segmen SUV premium EV, memandangkan varian model BRABUS dilihat mendapat pujian atas prestasi luar biasanya.

Menurut kenyataan smart Malaysia, di sebalik pencapaian smart terdapat pelbagai gabungan faktor, termasuk DNA jenama premiumnya yang diwarisi daripada Mercedes-Benz.

Selain itu,  akses ke lokasi pengecasan 70% dalam satu aplikasi, dan ciri ADAS yang terkenal, serta tumpuan tanpa henti untuk meningkatkan infrastruktur pengecasan di seluruh negara juga antara penyumbang kepada jualan smart#1 meningkat.

image.pngimage.png

Sehubungan itu, komitmen smart Malaysia untuk memberikan pengalaman pelanggan yang tiada tandingan terus meningkatkan kejayaan smart #1. 

Dari aplikasi Hello smart yang inovatif hingga kepada penyelesaian pengecasan yang komprehensif dan penawaran perkhidmatan yang lancar, smart Malaysia memastikan setiap aspek perjalanan pemilikan EV dioptimumkan untuk kemudahan dan kepuasan pemilik smart. 

image.png

Selain itu, kerjasama smart Malaysia dengan pihak berkepentingan dan  rangkaian pengedar daripada 10 kepada 13 lokasi, termasuk penubuhan hab komuniti yang pertama di Malaysia Timur, dilihat menekankan komitmennya untuk memenuhi keperluan pengguna Malaysia yang semakin berkembang dan memacu penggunaan EV di seluruh negara.

Gallery

Tag:

PRO NET smart
premiumsmart#1
smartbrabus
smart #1 Malaysia
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Pandu Uji

Ini 4 Perkara Yang Anda Patut Tahu Mengenai smart #3

smart #3 bakal berada di pasaran kita tidak lama lagi.

14-05-2024
Berita Auto

Beli smart #1 Sekarang, Ada Tawaran Istimewa

Kempen smart Ri-Ya sudah bermula.

14-03-2024
Berita Auto

Ramai Betul Dah Tempah smart#1

smart#1 laku keras.

07-12-2023
Pandu Uji

Kereta smart#1 Memang "SMART" Habis

Penulis berkesempatan memandu uji dua varian smart#1 baru-baru ini.

18-10-2023
Berita Auto

Ramai Betul Dah Tempah smart#1

smart#1 laku keras.

07-12-2023
Gaya Hidup

PRO-NET Raikan Ulang Tahun Ke-2 Dengan smart Owners Club Malaysia

PRO-NET meraikan ulang tahun keduanya bersama smart Owners Club Malaysia, baru-baru ini.

24-12-2025
EV

Smart #1, #3 Dipamer Di AEON Tebrau, Orang Tebrau Boleh Datang Jenguk

smart Malaysia mengadakan smart Tour Roadshow di pusat beli-belah Aeon di Tebrau, Johor bermula hari ini hingga 17 November.

13-11-2024
Berita Auto

Pertandingan Electrifying The Future, Kumpulan 2 Fast 2 Smart Bawa Pulang RM5,000

Kumpulan 2 Fast 2 Smartdinobatkan sebagai pemenang Pertandingan “‘Electrifying The Future’ yang dianjurkan oleh smart Malaysia, baru-baru ini.

03-10-2024

Berita Terkini

EV

1 Aplikasi, Tapi Banyak Pengecas: Akses Stesen Pengecas Gentari Melalui Aps ChargeSini

Nak Cas EV Lagi Mudah, ChargeSini, Gentari Kini Roaming Bersama.

02-09-2026
EV

Kenapa Jaecoo J5 EV Malaysia Lagi Mahal Dari Thailand, Indonesia

JAECOO J5 EV CKD dilancarkan pada RM118,800.

02-09-2026
EV

Pengecas EV Murah: ChargeSini Kurangkan Harga Di Seluruh Malaysia

Berita baik pemilik EV, ChargeSini turunkan harga Pengecas DC. Semak kadar tarif baharu sekarang.

01-09-2026
EV

Sukar Pasang Pengecas EV: Ini Sebab Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Buat Suka Hati

Niat Ada, Halangan Banyak: Kenapa Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Bebas Bina Pengecas EV?

27-08-2026
EV

Pengecasan Berjenama Proton e.MAS Kini Di Seluruh Negara

Hilang Risau Pemandu e.MAS: Proton e.MAS Tambah Stesen Pengecas Suku Ketiga Tahun Ini.

26-08-2026
EV

Pemilik EV Boleh Lega, PLUS, LPT2 Sediakan 350 Titik Pengecas EV

PLUS dan LPT 2 bakal menyediakan 350 titik pengecas EV.

25-08-2026
EV

EV Makin Banyak Tapi Pengecas EV Di Lebuhraya Tak Cukup

Dilema Pemandu EV: Pengecas EV Di Lebuhraya Masih Tak Cukup.

24-08-2026
EV

Had Insurans Rumah RM50k Tak Cukup Jika EV Terbakar

Ingat Insurans Cover Full? Had Liabiliti Rumah Sebenarnya Cuma RM50k.

24-08-2026