Link Copiedcheck_circle
EV

Supercar BYD Fang Cheng Bao Super 9 Concept Ini Tiada Cermin Depan – Bakal Dikeluarkan?

Sofea Najmi

Kongsi melalui

featuredSuper9-1-800x464.jpg


 Super 9 Concept tampil radikal.


Jenama di bawah syarikat automotif BYD, Fang Cheng Bao, telah mendedahkan kereta konsep terbaru mereka yang tampil radikal, Super 9 Concept, sebuah speedster tanpa bumbung yang mencuri perhatian baru-baru ini. 


Fang Cheng Bao Super 9 Concept ini kelihatan mirip seperti kereta sport mewah seperti  Ferrari Monza SP2, Lamborghini Aventador J, McLaren Elva, dan model konsep Aston Martin DBR22. Apa yang membezakannya dengan kesemua model ini adalah penggunaan trenkuasa elektrik. 


Menurut CarNewsChina, Super 9 telah diperkenalkan oleh ketua reka bentuk BYD, Wolfgang Eggert yang sebelum ini pernah bekerja di bawah syarikat Audi dan Lamborghini. Ini mungkin menjelaskan persamaan rekaannya  dengan supercar Lamborghini, terutamanya pada bahagian depan dan pintu bukaan ke atas.


 


Dengan pengenalan kereta konsep ini, menandakan bahawa sub-jenama Fang Cheng Bao kini bersedia untuk menawarkan model lain selain crossover SUV. Buat masa ini, sub-jenama tersebut hanya memasarkan satu model iaitu sebuah SUV super PHEV mewah 4x4, Bao 5 (Leopard 5).


005WSO0wly1hoszr2htdzj313j0o9juh-1068x548.jpg


Kereta konsep ini direka oleh bekas pereka Lamborghini, Wolfgang Eggert.


Kereta konsep yang bakal dinamakan Bao 9 apabila memasuki fasa pengeluaran kelak adalah sebuah model dengan dua tempat duduk yang direka tampa atap dan cermin. Di bahagian kabinnya, konsep dwi-kokpit diketengahkan dengan tempat duduk gentian karbon dan stereng gaya F1. 


Sentuhan menarik lain yang diberikan oleh Eggert dan pasukannya ialah lampu belakang dengan bentuk seperti logo Fang Cheng Bao, spoiler brigde-like dan bentuk keseluruhannya yang seperti sebuah speedster klasik. 


Turut mencuri perhatian ialah penggunaan grafik angka “30” pada beberapa bahagian kereta. Ini mungkin digunakan sebagai simbol kepada kedatangan ulang tahun ke-30 BYD tidak lama lagi. 


6cdc1673gy1hosznwfpm4j23401r0b2a.jpg

6cdc1673gy1hosznzvu7wj23401r0qv6.jpg6cdc1673gy1hoszny5mmsj24eo2h9npf.jpg

Model ini dijadualkan untuk dipamerkan semasa  Auto China 2024 minggu depan di Beijing. 


Butiran teknikal mengenai kereta konsep ini masih belum didedahkan, tetapi rekaannya bakal dipertontonkan kepada orang ramai semasa  Auto China 2024 di Beijing. 


bd36d18cgy1hoszro2kqwj20wa0iz7ba-800x470.jpg


Untuk makluman pembaca, BYD telah mempunyai sebuah supercar elektrik di bawah sub-jenama lain, YangWang, yang dikenali sebagai U9 dengan kuasa yang boleh mencapai 1,287 hp. 


Apa pendapat anda tentang kereta konsep terbaru ni? Kongsikan di ruangan komen. 


Tag:

Fang Cheng Bao
BYD Fang Cheng Bao
Fang Cheng Bao Super 9 Concept
Fang Cheng Bao Bao 5
Super 9 Concept
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Global

Bao 5 Tak Masuk M'sia

Bao 5 tampak ganas tapi mewah.

14-11-2023
Gaya Hidup

Harga Bao 3: RM143K

BYD menyiarkan imej teaser Fang Cheng Bao 3 versi elektrik sepenuhnya, baru-baru ini.

03-06-2024
Gaya Hidup

Harga Bao 3: RM143K

BYD menyiarkan imej teaser Fang Cheng Bao 3 versi elektrik sepenuhnya, baru-baru ini.

03-06-2024
Global

Bao 5 Tak Masuk M'sia

Bao 5 tampak ganas tapi mewah.

14-11-2023

Berita Terkini

EV

Masalah Sebenar: Bila Orang Yang Tak Faham EV "Bersuara"

Adakah anda anggap EV tu aset yang rugi? Ini Penjelasannya.

14-04-2026
EV

Jimat Kos & Jaga Hayat Bateri: ChargeSini Perkenal 3 Pelan Langganan Baharu

ChargeSini melancarkan langganan terbaharunya: Charge Plus, Charge Pro, dan Charge Max.

12-04-2026
EV

Proton e.MAS 7 PHEV Kini Lebih Garang Dengan Warna Emerald Green

PRO-NET secara rasminya memperkenalkan pilihan warna baharu, Emerald Green, untuk model Proton e.MAS 7 PHEV.

02-04-2026
EV

4 'Pembunuh Senyap' Jarak Gerak Yang Gagal Diramal Dashboard Anda

Jangan jadi mangsa tunda! Ketahui kenapa baki 100km di dashboard EV boleh hilang sekelip mata.

26-03-2026
EV

Arab Saudi Kurangkan Bekalan Minyak ke Asia, Adakah EV Satu-Satunya Tidak Terjejas

Ketegangan geopolitik yang memacu kenaikan harga minyak dikatakan tidak akan menjejaskan EV.

24-03-2026
EV

Kebenaran di Sebalik Status ‘Low Battery’ di Stesen Pengecas EV Musim Raya Ini

Ramai ke yang ternampak status Low Battery di pengecas ev?

24-03-2026
EV

Minyak Naik? Pemilik Proton e.MAS 'Senyum Lebar'

Harga Minyak Naik: Kelebihan Pemilik Proton e.MAS Balik Kampung Musim Perayaan.

19-03-2026
EV

Edisi 2026: Top 10 CPOs di Malaysia

Siapa pemain terbesar dalam industri pengecas EV Malaysia? Ini senarai Top 10 CPO Malaysia 2026 yang sedang memacu pembangunan rangkaian pengecas pantas di seluruh negara.

13-03-2026