- Berita
- Gaya Hidup
- Harga Bao 3: RM143K

BYD menyiarkan imej teaser Fang Cheng Bao 3 versi elektrik sepenuhnya, baru-baru ini, Fang Cheng Bao adalah jenama ketiga BYD.
Menurut sumber, ukurannya adalah sepanjang 4,600 mm manakala jarak roda pula, 2,750 mm.
Selain itu, tiada butiran mengenai spesifikasi dalaman dan rangkaian kuasanya.

Sebaliknya, BYD mengesahkan bahawa Bao 3 mampu menghamburkan kuasa setakat maksimum 310 kW (412HP) dengan menggunakan dua motornya.
Menjengah bahagian luarannya, ia hadir dengan muka hadapan segi empat sama dengan susunan lampu yang hampir serupa dengan kereta konsep Fang Cheng Bao Super 3.
Kereta konsep ini ada dipamerkan pada Auto China 2024.

Konsep Super 3 dibina berdasarkan reka bentuk daripada Bao 5, Bao 8 dan menyokong Platform Super Hibrid Dual Mode Off-Road (DMO) yang menawarkan pelbagai ciri inovatif termasuk teknologi Sel ke Casis (CTC).
Ciri lain yang terdapat pada kenderaan ini ialah skrin infotainmen interaktif untuk memaparkan status pengecasan kenderaan, dengan kandungan paparan yang boleh disesuaikan.
Berdasarkan imej, kami juga yakin bahawa Bao 3 akan menampilkan reka bentuk bumbung sedikit condong dengan rak bagasi dan pemegang pintu jenis tersembunyi.
Di sebalik semua info ini, Bao 3 akan dijual pada harga RM143,000.

Menurut laman berita automotif, CarNewsChina Fang Cheng Bao telah menjual 2,110 kenderaan setakat April lalu sekali gus menjadikan jumlah jualannya untuk tahun ini sudah mencecah kepada 13,173 kenderaan.
Difahamkan juga bahawa BYD tidak menetapkan sasaran jualan khusus pada 2024 untuk jenama premium Fang Cheng Bao.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

