Link Copiedcheck_circle
Global

Triton Skor 5 Bintang Ujian Kemalangan ANCAP

Suhana Veru

Kongsi melalui


image.png

Mitsubishi Triton 2024 terus mencipta nama  apabila model itu menerima skor 5 bintang dalam ujian kemalangan ASEAN NCAP, baru-baru ini.

Malah, trak pikap itu sebelum ini ada menjalani satu lagi ujian kemalangan, namun di bawah ujian yang lebih ketat yang dianjurkan oleh  Program Penilaian Kereta Baharu Australasia (ANCAP).

Difahamkan, Mitsubishi Triton itu merupakan trak pikap dual cab yang pertama dinilai melalui piawaian baharu program ANCAP 2023-2025.

image.pngimage.png

Apa yang cukup membanggakan ialah menerusi ujian kemalangan yang cukup ketat itu, Mitsubishi Triton masih mampu menerima penarafan lima Bintang.

Skor itu diberikan dalam bentuk penilaian untuk pemanduan 4x2 dan 4x4, yang dikatakan baru sahaja memasuki pasaran Australia dan New Zealand.

image.png

Menurut ANCAP, Triton menunjukkan tahap perlindungan yang cukup tinggi untuk pemandu, penumpang dewasa tempat duduk hadapan, serta penumpang kanak-kanak dalam ujian kemalangan fizikal itu.

Skor maksimum dicapai melalui ujian kemalangan depan menyasar (offset frontal crash test), ujian pelanggaran tiang di sisi kereta dan ujian kesan di hadapan untuk kedua-dua patung kanak-kanak dan ujian sisi kereta.

Lebih menarik, ANCAP mendapati bahawa Triton memberi perlindungan yang cukup baik apabila ia melibatkan bahagian dada dan kaki penumpang belakang  dalam ujian pelanggaran dari depan secara sepenuhnya.

image.png

Sementara itu, apabila diuji tentang risiko kecederaan di dalam kenderaan lain jika dilanggar oleh Triton, ANCAP berkata tahap Triton adalah bersederhana.

Ia masih mampu menewaskan kebanyakan pesaingnya. 

Sebaliknya, Triton agak mengecewakan dalam ujian 'bantuan keselamatan' kerana mencatatkan skor yang lebih rendah walaupun dilengkapi dengan brek kecemasan autonomi (AEB), yang tidak begitu canggih apabila melibatkan rempuhan tiang-T dan perlanggaran dari depan.

Ketua Pegawai Eksekutif ANCAP Carla Hoorweg berkata, Triton memenuhi keperluan protokol ANCAP dalam memberi amaran untuk keletihan dan gangguan.

“Namun, pelaksanaan sistem ini sebenarnya boleh diperbaiki dengan  mengurangkan amaran-amaran  yang tidak perlu diberikan kepada pemandu," katanya.

Gallery

Tag:

Mitsubishi Triton Athlete
Mitsubishi Motors Malaysia
5-star ANCAP score
ANCAP Crash Testing
Australasian New Car Assessment Program (ANCAP)
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Kereta Baru

11-06-2025
Global

10-12-2024
Berita Auto

05-12-2024
Kereta Baru

01-10-2024
Berita Auto

23-06-2023
Berita Auto

18-11-2021
Berita Auto

Saat Paling Bersejarah Bagi Mitsubishi Malaysia! Jualan Lebih Tinggi Daripada Biasa

Mitsubishi Motors telah merekodkan prestasi jualan yang tertinggi dalam sejarah pada bulan lepas dengan jualan mencecah 1,872 unit kenderaan.

07-05-2021
Global

10-12-2024

Berita Terkini

Global

SUV Ranggi iCaur V27 Diperkenalkan Di Dubai – REEV 449 HP

Jenama kenderaan elektrik (EV) di bawah Chery, iCaur, telah membuat kemunculan rasmi di Dubai dengan pengenalan model iCaur V27.

04-08-2025
Global

Wagon Paling Laju, BMW M3 CS Touring Catat Masa 7 Minit 29 Saat Di Litar Nurburgring

BMW M3 CS Touring memecahkan rekod sebagai wagon terlaju apabila mencatatkan masa 7 minit 29 saat di litar Nürburgring

01-08-2025
Global

Brabus 1000, Kuasa Enjin "Meroket"

Brabus 1000 mampu menghamburkan kuasa setakat 1,000 PS dan tork 1,620 Nm.

30-07-2025
Global

Maserati Pertimbang bawa Masuk Flagship Super GT Baharu dengan Transmisi Manual

Nampaknya Maserati sedang mempertimbangkan untuk menghasilkan model flagship baharu edisi terhad yang bakal menampilkan enjin ikonik mereka iaitu enjin kembar turbo V6 3.0 liter Nettuno.

30-07-2025
Global

Lakaran Mitsubishi Pajero Didedah Berdasarkan Gambar Intipan

Nampaknya pengeluar kereta Jepun, Mitsubishi, bakal menghasilkan sebuah model pengganti kepada SUV 4x4 ikonik mereka yang dikenali sebagai Pajero.

30-07-2025
Global

GWM Tank 500 PHEV Bakal Dilancar Di China

Sub jenama SUV off-road GWM, Tank, baru sahaja memperkenalkan versi terkini SUV plug-in hybrid , GWM Tank 500 PHEV.

28-07-2025
Global

Hongqi Bakal Dilancar Di Singapura, Mungkin Lepas Ini Masuk Malaysia?

Jenama premium dari China, Hongqi mengesahkan bahawa jenama itu secara rasminya akan menembusi pasaran Singapura, tidak lama lagi.

28-07-2025
Global

Mitsubishi Motors 'Undur Diri' Dari Pasaran China – Kalah Dominasi NEV

Mitsubishi Motors Corporation (MMC) telah mengumumkan penamatan perjanjian kerjasama dengan syarikat China, Shenyang Aerospace Mitsubishi Motors Engine Manufacturing Co., Ltd. (SAME).

28-07-2025