- Berita
- Pandu Uji
- Pandu Uji Mitsubishi Triton Athlete 2024, 5 Perkara Yang Anda Patut Tahu!
Pandu Uji Mitsubishi Triton Athlete 2024, 5 Perkara Yang Anda Patut Tahu!
Pada September lepas, rakan sekerja saya, Mukhlis Azman berpeluang memandu uji Mitsubishi Triton generasi keenam yang baru sahaja dilancarkan secara rasmi di pasaran tempatan.
Untuk makluman, Mitsubishi Triton yang merupakan trak pikap bersaiz sederhana sebenarnya sudah pun dilancarkan secara global pada tahun lepas.
Ia kemudian diikuti dengan pelancaran Isuzu D-Max generasi ketiga facelift pada awal tahun ini dan seterusnya generasi kedua Ford Ranger (T6.2) yang sudah pun memasuki pasaran pada tahun 2022.
Berbalik kepada trak pikap tampan Mitsubishi ini, kami dijemput oleh Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) untuk menguji keupayaan Triton ini sebelum ia dilancarkan secara rasminya ke pasaran Malaysia.
Di sini, pihak media berpeluang memandu model baharu itu bukan sahaja di jalan berturap tetapi laluan off-road.
Ini lima perkara yang anda wajib tahu tentang Mitsubishi Triton!
1. TAMPIL LEBIH BERANI BERBANDING MODEL SEBELUM INI!
Salah satu perkara ketara mengenai Mitsubishi Triton generasi keenam ini ialah mengenai rekaan yang baharu.
Ia dilihat lebih berani dan agresif berbanding dengan pendahulunya dan kami cukup yakin ia pasti akan menawan hati bagi para penggemar trak pikap.
Ia yang tampil dengan konsep "Beast Mode” membuatkan ia lebih tajam dan lebih sasa.
Perkara ini nyata dapat dilihat pada varian tertinggi Mitsubishi Triton Athlete kerana ia hadir dengan dengan gril hadapan Dyanamic Shield yang yang lebih gagah dan nampak besar, sekali gus memberikan imej teguh yang lebih meyakinkan.
Malah, lampu nyalaan siangnya terletak di atas dan terdiri daripada tiga lampu LED bentuk L yang tajam, serta saling melengkapi lampu utama di bawahnya.
Varian Athlete juga hadir dengan kemasan berwarna hitam di bahagian roda dan bahagian hadapan. Antara perincian lain ialah jarak rodanya dilihat telah dipanjangkan, ada penutup cermin sisi, rel bumbung dan dilengkapi dengan rim aloi bersaiz 18 inci.
Dari segi dimensi, ia berukuran 5,320 mm (panjang), 1,865 mm (lebar) setinggi 1,795 mm manakala jarak roda pula 3,130 mm.
Secara luaran, Triton terbaharu ini memperlihatkan sikap yang lebih dominan, diperkuatkan dengan fasad hadapan yang lebih besar . Ini membuatkan ruang kargo yang terbuka sepanjang 1,555 mm, selebar 1,545 meter, dan setinggi 525 mm.
Biarpun, ia hadir dengan wajah yang berani namun sayangnya ia tidak didatangkan dengan sport bar.
Ini mungkin MMM mahu menjadikan Triton ini sebagai penampilan standard namun kami berharap MMM akan menawarkannya untuk generasi seterusnya.
2. KABIN BANYAK CIRI BAHARU.
Nampaknya, MMM berjaya menonjolkan kabin Triton Athlete dengan lebih ciri teknologi yang canggih dan mewah.
Antaranya, skrin infotainmen 7-inci baharu yang menyokong sambungan Android Auto dan Apple CarPlay, ada port pengecasan USB untuk penumpang hadapan dan belakang, pad pengecas tanpa wayar, kawalan iklim automatik dwi-zon, stereng berbalut kulit dan banyak lagi.
Malah, tempat duduknya juga hadir dengan material yang dibalut oleh gabungan kulit dan kesat di bahagian tengah.
Bahagian kerusinya juga hadir dengan warna oren dan hitam sekali gus menyerlahkan lagi kabin dalamannya.
Bahagian tepat duduk pemandu boleh dilaraskan secara berkuasa namun tempat duduk penumpang mendapat pelarasan manual.
Tempat duduknya belakangnya juga hadir dengan penghawa dingin. Secara keseluruhan, MMM melakukan pengemaskinian yang agak baik buat varian tertingginya.
3. PEMANDUAN MANTAP!
Setakat ini, peningkatan terbesar dan paling penting yang dibanggakan oleh Triton generasi keenam ini adalah dari segi mekanikal.
Model baharu ini bukan sahaja dikuasakan oleh trenkuasa serba baharu, tetapi menyokong rangka casis baharu.
MMM mendakwa casis baru ini mempunyai 65% lebih kawasan silang-seksyen berbanding model lama, membolehkannya mempunyai ketahanan lenturan yang 40% lebih tahan.
Digabungkan dengan suspensi yang lebih panjang, bar penstabil hadapan yang lebih tebal, serta sistem Active Yaw Control (AYC) baharu, Triton baharu menjanjikan prestasi pengendalian yang lebih baik berbanding model sebelumnya.
Itulah yang kami rasai ketika memandu trak pikap ini dari Kuala Lumpur ke Gambang, Pahang dimana kami dapati trak pikap ini sebenarnya seperti SUV.
Apa yang mempertingkatkan pemanduannya ialah enjin turbo diesel 2.4 liter 4-silinder 4N16 yang menghasilkan kuasa setakat 204 PS dan 470 NM, serta dibantu oleh kotak gear automatik enam kelajuan yang sudah dipertingkatkan.
Kami mendapati bahawa turbo-diesel dua peringkat baharu ini menyalurkan kuasa mencukupi di mana gerakan memotong boleh dilakukan dengan mudah, walaupun melebihi had laju lebuh raya.
Bercakap mengenai kesederhanaan, Triton Athlete baharu juga merupakan varian tunggal yang menerima sistem pacuan semua roda (AWD) Super Select 4WD II baharu yang membolehkan pemandu paling amatur mendapat prestasi di laluan 0ff-road yang cukup baik.
Persediaan AWD baharu ini menampilkan pembeza gelincir terhad (LSD) dengan lima mod pemanduan off road iaitu(Laluan di Batu Kerikil, Salji, Lumpur, Pasir, Batu), yang boleh digunakan secara on-the-fly dengan agak mudah.
Bagaimanapun, mungkin ada mungkin sesetengah pemandu yang lebih berpengalaman mendapati rasa stereng nya agak 'kosong' dan 'ringan' apabila Triton melalui beberapa halangan off road yang mencabar, berbanding sistem stereng model 4x4 lama yang memberikan lebih banyak 'rasa' dan respon kepada pemandu.
Sebaliknya, kami menganggap Triton Athlete baharu ini masih merupakan trak pikap agak cemerlang baik di jalan biasa mahupun off-road.
Ini kerana penambahbaikan yang paling ketara boleh dirasai pada bahagian hadapan.
4. SARAT DENGAN CIRI KESELAMATAN AKTIF, PASIF.
Dari segi ciri keselamatan, trak pikap moden pada masa kini jauh berbeza daripada trak zaman dahulu kerana tidak dilengkapi dengan ciri keselamatan moden seperti hari ini.
Bagi aspek keselamatan, varian lebih tinggi Triton ini turut dilengkapi dengan ciri keselamatan aktif ADAS yang terdiri antara lain daripada fungsi seperti Sistem Mitigasi Perlanggaran Hadapan, Amaran Keluar Lorong, Kawalan Jelajah Adaptif, Amaran Titik Buta, Bantuan Tukar Loorng dan Amaran Lintasan Trafik Belakang.
Antara ciri keselamatan yang turut terdapat pada Triton Athlete ialah Sistem Pemantauan Tekanan Tayar (TPMS), Perakam Video Digital (DVR), Bantuan Daki Bukit, Kawalan Turun Bukit, ISOFIX dan banyak lagi.
Pendek kata, varian ini lengkap dengan pelbagai ciri keselamatan.
Bagaimanapun, semua varian lain juga dilengkapi dengan ciri keselamatan seperti tujuh-beg udara, kawalan cengkaman dengan kawalan kestabilan aktif , selain Active Yaw Control (AYC).
Ciri AYC ini menjadikan pemanduan di jalan berselekoh lebih selamat dengan mengawal cengkaman roda di atas jalan.
Biarpun, ia tidak mempunyai kamera 360 namun itu tidak menjadi penghalang Triton baharu ini mendapat markah penuh lima bintang daripada badan ujian nahas ASEAN NCAP .
Ia adalah satu pencapaian yang tidak dicapai oleh pendahulunya.
5. TRAK PIKAP BERGAYA, ADA NILAI PASARAN
Dengan harga jualan, RM165,980, Mitsubishi Triton Athlete 2024 yang diimport sepenuhnya (CBU) mungkin merupakan trak pikap gaya hidup yang memiliki nilai yang terbaik di pasaran kita.
Harga yang diletakkan itu dilihat berpatutan seiring dengan prestasi pemanduan yang terbaik selain lengkap dengan pelbagai kemudahan termasuk ciri keselamatan.
Selain itu, Triton Athlete baharu juga mendapat salah satu perlindungan waranti terbaik daripada pesaingnya.
Malah, Mitsubishi Triton Athlete didatangkan dengan jaminan lima-tahun tanpa had perbatuan bagi tempahan yang dibuat sebelum 31 Disember 2024.
Bagi varian lain, ia diberikan jaminan lima-tahun atau 200,000 km perbatuan, yang mana dahulu.
Memang tidak dinafikan bahawa Mitsubishi Triton Athlete baharu mungkin ada kekurangan berbanding dengan pesaingnya yang lebih menarik dan lebih mahal.
Walaupun harganya agak tinggi sedikit daripada beberapa pesaingnya namun pakej keseluruhan yan ditawarkan dari segi prestasi yang cukup mantap, sebenarnya sukar untuk meletakkan model trak pikap baharu ini pada harga yang rendah.
Apapun, Mitsubishi Triton Athlete 2024 sememangnya merupakan pilihan trak pikap yang cukup bergaya dan tidak dapat ditandingi oleh pesaingnya dari Jepun, dengan kebolehpercayaan yang diletakkan lebih teguh.
NOTA: Hasil review ini adalah penterjemahan daripada artikel bahasa Inggeris berdasarkan pengalaman pandu uji rakan sekerja, Mukhlis Azman yang berpeluang mengikuti sesi pandu uji ke Pahang, baru-baru ini.
Gallery































Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Biarpun syarikat Utusan Melayu, tempat saya bekerja sudah ditutup namun semangat juang sebagai wartawan tetap mekar dalam sanubari