Link Copiedcheck_circle
EV

Aplikasi Pengecas EV, KINETA Charge, Dilancarkan – Mesra Pengguna & Lengkap

Sofea Najmi

Kongsi melalui

KINETA-Charge-(1).png


Kineta telah melancarkan aplikasi mudah alihnya sendiri, KINETA Charge. Aplikasi ini dibangunkan dengan sasaran untuk mengubah cara penggunaan pengecas EV di Malaysia melalui perkhidmatan yang cemerlang, proses yang lancar dan teknologi yang inovatif.


Selain itu, demi memenuhi keperluan pengguna yang sentiasa bertambah dari masa ke masa, Kineta komited untuk memperluaskan rangkaiannya di seluruh negara dengan menyediakan lebih banyak lagi lokasi pengecasan melalui kerjasama dengan rakan kongsi.


KINETA-Charge-(2).jpg


Berdasarkan pemerhatian, aplikasi KINETA Charge berfungsi sebagai aplikasi yang berdiri sendiri untuk pengecas jenama Kineta dan sebagai agregator, menjalinkan hubungan perayauan (roaming) dengan  syarikat pengendali titik pengecasan (CPO) dan entiti swasta lain.


Setelah memuat turun dan menguji aplikasi tersebut, kami di CariCarz.com mendapati prosedur pendaftaran keseluruhannya berjalan lancar dan pantas, begitu juga fungsi-fungsi dan pengalaman pengguna aplikasi tersebut. Paparan peta aplikasi tersedia melalui Waze atau Google Maps, memberi pengguna lebih daripada satu pilihan sumber navigasi.


KINETA-Charge-(3).jpg


Walau bagaimanapun memandangkan aplikasi ini baru sahaja dilancarkan, buat masa ini ia hanya menunjukkan empat lokasi pengecas EV, dan hanya dua lokasi dengan pengecas AC (Grand Hyatt Hotel, KL dan ECORIDE Mydin Subang Jaya) yang beroperasi pada kadar RM0.10/min. Sementara itu, dua lokasi pengecas DC yang terletak di Sime Darby Motor City, Ara Damansara, masih belum beroperasi dan tiada kadar pengecasan dipaparkan. 


Untuk pembayaran, aplikasi KINETA Charge menyediakan pelbagai pilihan termasuk e-dompet seperti GrabPay dan Touch 'n Go. Kami dimaklumkan bahawa pembayaran kad debit dan kredit akan ditawarkan tidak lama lagi.


KINETA-Charge-(4).jpg


Aplikasi KINETA Charge juga akan menyediakan fungsi-fungsi aplikasi cas EV yang standard seperti memulakan dan menghentikan sesi cas, serta invois dan resit pembayaran yang memaparkan kadar dan caj yang terperinci.


Sementara itu, bagi pelanggan korporat, KINETA Charge telah mencipta modul Sistem Pengurusan Cas (CMS) yang merupakan pertama seumpamanya di pasaran. Modul ini membolehkan pelanggan korporat untuk mengemaskini profil sistem pengecasan mereka dengan gambar pengecas, menetapkan harga berbeza mengikut lokasi dan menawarkan promosi dengan mudah. Modul CMS ini juga dapat menyediakan pelbagai laporan pengurusan berdasarkan keperluan perniagaan. 


KINETA-Charge-(1).jpg


Pada masa akan datang, kami dimaklumkan bahawa aplikasi KINETA Charge akan menyokong plug and charge tanpa aplikasi yang hanya memerlukan pengguna untuk mendaftar hanya sekali sahaja dan melakukan penambahan baki e-dompet.


Aplikasi KINETA Charge kini boleh dimuat turun melalui Apple App Store dan Google Play Store.

Baca: ChargeSini Dedah Hasrat Majukan Sektor EV Negara dengan Sokongan Dana “National Fund-of-Funds"

Tag:

KINETA Charge+
Aplikasi EV
Pengecas EV
Pengecas EV Malaysia
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV

Ciri Terbaru Aplikasi Gentari Go Hilangkan Keresahan Gerak Jauh Dengan EV

Gentari memperkenalkan Go Trip Planner, ciri baharu dalam aplikasi mudah alih Gentari Go. Direka untuk memudahkan pemilik kenderaan elektrik (EV) merancang perjalanan jarak jauh.

20-01-2025
EV

Kebenaran di Sebalik Status ‘Low Battery’ di Stesen Pengecas EV Musim Raya Ini

Ramai ke yang ternampak status Low Battery di pengecas ev?

24-03-2026
EV

Cas DC RM2.80/kWj Terlalu 'Kayangan'? Shell Akui Sedang Semak Harga Supaya Lebih Marhaen

Shell Malaysia menegaskan komitmennya untuk meningkatkan pelaburan dan memperbanyak inovasi dalam ekosistem kenderaan elektrik (EV) tempatan, selari dengan peningkatan penggunaan EV yang semakin ketara.

11-02-2026
EV

EV & Pengecas Ada Risiko Renjatan Elektrik Semasa Banjir? Ini Jawapan TNB

Seiring dengan peningkatan mendadak penggunaan kenderaan elektrik (EV) di Malaysia, timbul kegusaran mengenai tahap keselamatannya ketika musim banjir. Ramai yang bimbang jika tersentuh air banjir berdekatan EV atau pengecasnya boleh membawa maut akibat renjatan elektrik.

05-01-2026
EV

Swift Bridge, ChargeSini Meterai MoU, Hasilkan Pengecas EV Di Malaysia

Swift Bridge Technologies (MFG) Sdn. Bhd. mengumumkan pelaburan besar bernilai RM11.2 juta untuk memulakan pengeluaran pengecas EV tempatan dalam tempoh tiga tahun akan datang.

13-11-2025
EV

Cas EV Di ChargeSini Lebih Santai, Tempoh Kelonggaran Kini 30 Minit

ChargeSini, mengumumkan bahawa tempoh kelonggaran atau idle grace period kini dipanjangkan daripada 15 minit kepada 30 minit selepas sesi pengecasan tamat.

04-11-2025
EV

KINETA-Solarvest Satukan Kepakaran – Sasar Perluaskan Sistem Pengecas EV Dengan Tenaga Solar

KINETA Sdn Bhd, syarikat di bawah Sime Group yang menyediakan penyelesaian pengecasan kenderaan elektrik (EV), semalam telah memeterai kerjasama strategik dengan Powerbee Sdn Bhd dan Vestech Energy Sdn Bhd.

23-10-2025
EV

Lampu Jalan Jadi Pengecas EV – Kerjasama UMPSA & EV Plus

EV Plus Mobility Solutions Sdn. Bhd. (EV Plus) dan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) secara rasminya telah menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) bagi melancarkan pengecas EV pertama di Malaysia yang dipasang pada tiang lampu.

05-10-2025

Berita Terkini

EV

Sasaran Pengecas EV Ikut Negeri: KL, Pulau Pinang Paling Banyak, Perlis Paling Sedikit

Kuala Lumpur Jadi ‘Raja’ Pengecas EV, Selangor Masih Jauh Ketinggalan?

13-05-2026
EV

Luar Biasa! Proton e.MAS Cecah Jualan 20,000 Unit Dalam Tempoh Singkat

Tak Sampai Setahun, 20,000 Unit Proton e.MAS Dah 'Ronda' Satu Malaysia!

13-05-2026
EV

Guna Kelebihan Cip & Jamin 750,000 Kerja: 4 Fakta Utama Disebalik Dasar EV 1 Julai

Kenapa Dasar RM200k Penting Untuk Masa Depan Vendor Tempatan.

12-05-2026
EV

Andai Kata: T20 Tanpa Subsidi Petrol: RM1 Petrol Hanya 2.98km — EV Mampu Pergi Sejauh 5.45km

Dengan harga pasaran RON95 TANPA SUBSIDI di Malaysia mencecah RM4.02/L, sejauh manakah RM1 sebenarnya boleh membawa anda? Ini perbandingan antara EV vs Petrol.

11-05-2026
EV

Pendaftaran EV Mencanak Bulan Lepas

Ingat Trend?Anda Salah! Data Terbaharu Dedahkan Rakyat Malaysia Kini Berpusu-pusu 'Tinggalkan" Kereta Petrol.

11-05-2026
EV

Kali Pertama: KKR Lancar Garis Panduan Untuk Stesen Pengecas EV

KKR melancarkan Garis Panduan Reka Bentuk dan Pemasangan Sistem Pengecasan Kenderaan Elektrik (EVCS).

07-05-2026
EV

Lelaki Berkeluarga Suka Beli Proton e.MAS 7 PHEV

Strategi Kalis BUDI95: Proton e.MAS 7 PHEV Rekod 6,500 Tempahan, Jadi Pilihan Lelaki Berkeluarga.

28-04-2026
EV

ChargeSini Mansuh Manfaat 'Idle Fee' Percuma Bermula 1 Mei 2026

ChargeSini Mansuh Manfaat 'Idle Fee' Percuma Bermula 1 Mei 2026

23-04-2026