Link Copiedcheck_circle
EV

Bangunkan Lebih Banyak Infrastruktur Pengecas EV

Suhana Veru

Kongsi melalui


image.png

Penyedia pengecas kenderaan elektrik (EV),  ChargeSini, Sunway Group dan Huawei Technologies (Huawei Malaysia), menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) untuk membangunkan lebih banyak pengecas EV di premis milik Sunway termasuk bangunan komersial dan kawasan kediaman di seluruh negara.

Ketiga-tiga pihak itu memeterai perjanjian berkenaan pada Malaysia Autoshow 2024 yang berlangsung di MAEPS, Serdang pada minggu lepas.

Mereka akan memanfaatkan kelebihan dan kepakaran masing-masing untuk membangunkan infrastruktur pengecas EV di Malaysia.

image.png

Menerusi kerjasama itu, ChargeSini akan bekerjasama dengan Sunway untuk mengenal pasti lokasi strategik untuk pemasangan stesen pengecas EV di perbandaran bersepadu Sunway.

image.png

Huawei Malaysia pula akan bertindak sebagai penasihat teknologi semasa pembangunan, memproses dan menyediakan sokongan perkhidmatan selepas jualan.

Ketua Pegawai Eksekutif Sunway Trading and Manufacturing. Yeoh Yuen Chee berkata, pihaknya cukup berbangga kerana dapat bekerjasama dengan Huawei Malaysia dan ChargeSini untuk membangunkan dan menjadikan stesen pengecas EV mudah didapati dan  diakses di seluruh negara.

“Kami yakin dengan kerjasama strategik ini bersama Huawei Malaysia dan ChargeSini, ia akan menyumbang kepada pembentukan yang lebih mampan dan mesra alam pada masa depan,” katanya dalam satu kenyataan.

image.png

Terdahulu, Sunway ada menyuarakan komitmen mereka  untuk memajukan agenda pembangunan mampan serta untuk merealisasikan aspirasi untuk mencapai pelepasan sifar bersih menjelang 2050.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas ChargeSini,  James Goh berkata, pihaknya juga  berbesar hati kerana dapat bekerjasama dengan  Sunway dan Huawei Malaysia.

image.png

“Dengan memanfaatkan teknologi canggih Huawei Malaysia dan Sunway yang berprestij, ChargeSini komited untuk mencipta rangkaian pengecasan EV yang cekap yang akan memberi manfaat kepada masyarakat di seluruh Malaysia.

“Inisiatif ini sebenarnya menekankan komitmen kami untuk memupuk bandar yang mampan, mengurangkan pelepasan karbon dan memacu ke arah Misi Sifar Bersih Malaysia 2050,” ujarnya.


Gallery

Tag:

Sunway
Huawei Technologies
ChargeSini
Malaysia Autoshow (MAS)
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV

Huawei Aito M9 Hanya Ada Di China

Huawei mendedahkan SUV perdana terbaharunya yang dikenali sebagai Aito M9.

29-12-2023
EV

1 Aplikasi, Tapi Banyak Pengecas: Akses Stesen Pengecas Gentari Melalui Aps ChargeSini

Nak Cas EV Lagi Mudah, ChargeSini, Gentari Kini Roaming Bersama.

02-09-2026
EV

Pengecas EV Murah: ChargeSini Kurangkan Harga Di Seluruh Malaysia

Berita baik pemilik EV, ChargeSini turunkan harga Pengecas DC. Semak kadar tarif baharu sekarang.

01-09-2026
EV

Lebih 3,500 Pemandu Proton Pilih ChargeSini Pasang Wallbox Di Rumah

Dah Tak Payah Pening Kepala! Ini Sebab Kenapa 3,500+ Pemilik Proton Pilih ChargeSini Untuk Pasang Wallbox.

29-05-2026
EV

ChargeSini Mansuh Manfaat 'Idle Fee' Percuma Bermula 1 Mei 2026

ChargeSini Mansuh Manfaat 'Idle Fee' Percuma Bermula 1 Mei 2026

23-04-2026
EV

Jimat Kos & Jaga Hayat Bateri: ChargeSini Perkenal 3 Pelan Langganan Baharu

ChargeSini melancarkan langganan terbaharunya: Charge Plus, Charge Pro, dan Charge Max.

12-04-2026
EV

Swift Bridge, ChargeSini Meterai MoU, Hasilkan Pengecas EV Di Malaysia

Swift Bridge Technologies (MFG) Sdn. Bhd. mengumumkan pelaburan besar bernilai RM11.2 juta untuk memulakan pengeluaran pengecas EV tempatan dalam tempoh tiga tahun akan datang.

13-11-2025
EV

ChargeSini & Meta Bright Lancar Pengecas EV Di Sunway Pyramid – 6 Pengecas AC

Syarikat pengendali titik pengecasan (CPO) tempatan, ChargeSini, telah merasmikan hab pengecasan kenderaan elektrik (EV) terbarunya di Sunway Pyramid, lokasi pertama yang dilancarkan di bawah kerjasama strategik bersama Meta Bright Group.

05-11-2025

Berita Terkini

EV

1 Aplikasi, Tapi Banyak Pengecas: Akses Stesen Pengecas Gentari Melalui Aps ChargeSini

Nak Cas EV Lagi Mudah, ChargeSini, Gentari Kini Roaming Bersama.

02-09-2026
EV

Kenapa Jaecoo J5 EV Malaysia Lagi Mahal Dari Thailand, Indonesia

JAECOO J5 EV CKD dilancarkan pada RM118,800.

02-09-2026
EV

Pengecas EV Murah: ChargeSini Kurangkan Harga Di Seluruh Malaysia

Berita baik pemilik EV, ChargeSini turunkan harga Pengecas DC. Semak kadar tarif baharu sekarang.

01-09-2026
EV

Sukar Pasang Pengecas EV: Ini Sebab Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Buat Suka Hati

Niat Ada, Halangan Banyak: Kenapa Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Bebas Bina Pengecas EV?

27-08-2026
EV

Pengecasan Berjenama Proton e.MAS Kini Di Seluruh Negara

Hilang Risau Pemandu e.MAS: Proton e.MAS Tambah Stesen Pengecas Suku Ketiga Tahun Ini.

26-08-2026
EV

Pemilik EV Boleh Lega, PLUS, LPT2 Sediakan 350 Titik Pengecas EV

PLUS dan LPT 2 bakal menyediakan 350 titik pengecas EV.

25-08-2026
EV

EV Makin Banyak Tapi Pengecas EV Di Lebuhraya Tak Cukup

Dilema Pemandu EV: Pengecas EV Di Lebuhraya Masih Tak Cukup.

24-08-2026
EV

Had Insurans Rumah RM50k Tak Cukup Jika EV Terbakar

Ingat Insurans Cover Full? Had Liabiliti Rumah Sebenarnya Cuma RM50k.

24-08-2026