Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

BYD Atto 3 2024 Kini di Malaysia – 1 Varian, Dari RM149,800

Sofea Najmi

Kongsi melalui

1.jpg


BYD Atto 3 yang diberikan pembaharuan telah tiba di Malaysia, namun kini hanya dalam varian Standard Range. 


BYD Sime Darby Motors telah melancarkan BYD Atto 3 yang telah dikemaskini bagi tahun 2024. Untuk versi terbaru ini, Atto 3 hanya ditawarkan dalam satu varian, Standard Range. 


BYD_Atto-2024_Microsite_Hero-Banner.jpgBYD_Atto-2024_Microsite_Slide-2.jpgBYD-Atto-3-2024_Social-Media-Only-Images_03.jpgBYD-Atto-3-2024_Social-Media-Only-Images_04.jpg


Reka bentuk luaran BYD Atto 3 2024.


Perubahan kecil diberikan pada bahagian luar, antara yang paling ketara adalah penggunaan logo BYD dan bukannya “Build Your Dreams” seperti versi sebelum ini, dan tiang C kini dicat hitam.


BYD_Atto-2024_Microsite_Ex-03.jpg

Ski-White---BYD-ATTO-3-2024_.jpgSurf-Blue---BYD-ATTO-3-2024.jpgBoulder-Grey---BYD-ATTO-3-2024.jpgCosmos-Black---BYD-ATTO-3-2024.jpg


Selain itu, Atto 3 2024 kini turut ditawarkan dalam warna baharu, Cosmos Black selain pilihan Surf Blue, Ski White dan Boulder Grey. Warna Parkour Red dan Forest Green pula sudah tidak lagi ditawarkan. 


Sebahagian besar daripada yang kita lihat dalam versi sebelum ini dikekalkan, termasuk roda 17 inci, lampu hadapan adaptif LED penuh, lampu belakang LED, bumbung suria panoramik dan banyak lagi.


Dark-Blue-Interior---Front-Seat.jpgDark-Blue-interior---Rear-Seat.jpg


Warna tema kabin baharu.



Di dalam kabin, warna tema baharu diberikan iaitu gabungan hitam dan biru gelap, sebagai tambahan kepada pilihan warna gabungan biru gelap dan kelabu. Warna baharu itu dipadankan dengan warna badan Cosmos Black dan Boulder Grey, manakala warna tema yang sama seperti versi dahulu pula adalah khas untuk warna badan Ski White dan Surf Blue. 


Dark-Blue-Interior---Front-row.jpg


Atto 3 kini menggunakan skrin infotainmen yang lebih besar. 


Di samping warna tema, perubahan penting lain di bahagian kabin ialah skrin infotainmen yang kini lebih besar, berukuran 15.6 inci, berbanding 12.8 inci yang digunakan sebelum ini. Varian Standard Range kali ini juga diberikan pencahayaan ambien pelbagai warna serta pad pengecas tanpa wayar. 


Atto 3 2024 masih menggunakan motor elektrik berkuasa 201 hp dan 310 Nm yang dipasang di bahagian depan untuk memacu roda depan. Kuasa dibekalkan oleh bateri LFP berkapasiti 49.92 kWj. Bateri ini boleh dicas menggunakan pengecas AC sehingga 7 kW dan DC 70 kW. 


BYD-Atto-3-2024_Social-Media-Only-Images_02.jpg


Penggunaan saiz bateri yang sama untuk varian ini bermakna masa yang diambil untuk dicas juga sama iaitu 45 minit daripada 0-80%,  Apa yang menariknya, fungsi V2L masih ditawarkan. 


BYD Atto 3 2024 kini ditawarkan di pasaran pada harga bermula daripada RM149,800, tidak termasuk insurans. Pembelian adalah termasuk jaminan pengeluar selama 6 tahun atau 150,000 km, jaminan bateri selama 8 tahun atau 160,000 km dan jaminan komponen EV selama 8 tahun atau 150,000 km. Seperti sebelum ini, BYD SD Motors turut menawarkan pakej servis Standard dan Plus. Rujuk risalah di bawah untuk info terperinci: 


BYD-Atto-3-2024-Malaysia-brochure-2.jpegBYD-Atto-3-2024-Malaysia-brochure-1.jpeg

Tag:

BYD Atto 3 2024
BYD Atto 3
BYD Malaysia
BYD SIme Darby Motors
BYD EV
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Kereta Baru
Kereta Baru
EV

23-06-2025
Kereta Baru

14-03-2025
EV

04-02-2025

Berita Terkini

Kereta Baru

Haval H6 HEV Kini Lebih Sporty Dengan Kabin Phantom Black

GWM Haval H6 HEV kini tampil lebih sporty dan elegan dengan tawaran kemasan dalaman baharu, Phantom Black.

01-08-2025
Kereta Baru

Lexus NX 350h Luxury 2025 Kini Rasmi Di Malaysia – Varian Hibrid Terbaru, Dari RM395,888

Lexus Malaysia sekali lagi membuat kemas kini barisan produknya ‘dalam diam’ dengan memperkenalkan varian baharu SUV NX, iaitu Lexus NX 350h Luxury.

29-07-2025
Kereta Baru

Proton X50 Facelift 2025 Dilancar: Harga Bermula Serendah RM86K? Biar Betul?

Proton melancarkan secara rasminya, Proton X50 Facelift 2025 ke pasaran tempatan, sebentar tadi.

24-07-2025
Kereta Baru

BYD Atto 2 Kini Rasmi Di Malaysia – Dari RM100,000

BYD Cars Malaysia secara rasmi telah melancarkan BYD Atto 2 untuk pasaran tempatan.

24-07-2025
Kereta Baru

Dilancar: Lexus RX 500h F Sport Special Edition-Harga RM512,888, HANYA Ada 50 Unit Di Malaysia!

Lexus Malaysia secara senyap-senyap melancarkan edisi terhad baharu SUV saiz sederhana mereka, dikenali sebagai Lexus RX 500h F Sport Special Edition.

22-07-2025
Kereta Baru

Dilancar: BMW iX xDrive60 M Sport Pro Baharu, HARGA RM487,800

BMW Group Malaysia melancarkan secara rasminya BMW iX xDrive60 M Sport Pro Baharu versi pemasangan tempatan melalui pameran eksklusif di The Art of Driving 2025, sebentar tadi.

21-07-2025
Kereta Baru

BMW iX xDrive45 Sport Baharu Dilancar, Harga RM425,800

Selain BMW iX xDrive60 M Sport Pro Baharu, BMW Malaysia turut melancarkan BMW iX xDrive45 Sport Baharu ke pasaran tempatan.

21-07-2025
Kereta Baru

BMW X5 xDrive40iM Sport CKD Dilancar: Harga 𝐑𝐌𝟒𝟔𝟗,𝟖𝟎𝟎

Selain model BMW iX xDrive60 M Sport Pro Baharu, BMW iX xDrive45 Sport Baharu, BMW X5 xDrive40iM Sport Baharu versi pemasangan tempatan (CKD) turut dilancarkan secara rasminya.

21-07-2025