Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

GWM Tank 300: Laku Keras

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Percaya atau tidak, walaupun GWM Tank 300 masih belum dilancarkan secara rasminya di pasaran tempatan namun pihak Great Wall Motors sudah pun menerima sekurang-kurangnya 150 tempahan untuk model tersebut.

Pengarah Urusan GWM Malaysia,  Mike Cui Anqi, berkata, angka tempahan itu sebenarnya disebabkan reka bentuk yang ditonjolkan GWM Tank 300 yang menjadi penyumbang kepada kejayaan itu.

“Sebagai sebuah SUV ‘off-road’, ia memenuhi setiap permintaan para pengguna di Malaysia yang mengidamkan sebuah kenderaan yang mampu merentasi pelbagai jenis permukaan, dari jalan raya di kawasan bandar hinggalah pelbagai laluan yang mencabar. 

image.png

“GWM TANK 300 dengan reka bentuknya yang lasak, ciri-ciri canggih, dan prestasinya yang diyakini adalah selari dengan kehendak mana-mana pelanggan yang mengutamakan kualiti pengembaraan, ketahanan, dan kepelbagaian untuk kenderaan mereka,” katanya dalam satu kenyataan.

Untuk makluman, GWM TANK telah berjaya mendominasi lebih daripada 50% pasaran SUV ‘off-road’ di China. 

image.png

GWM TANK 300 turut memegang takhta sebagai juara SUV selama 40 bulan berturut-turut, dan telah mencapai jumlah jualan lebih daripada 400,000 unit di peringkat global.

Selain itu, 300 pelanggan pertama GWM TANK 300 akan menerima pakej istimewa daripada GWM, ini membuktikan keikhlasan dan keyakinan pihak GWM terhadap kualiti produknya.

(1) Pakej perkhidmatan percuma selama 5 Tahun / 100,000 km, termasuk bahagian dan buruh, mana-mana yang terdahulu.

(2) Pemilik pertama GWM TANK 300 bakal memperolehi waranti seumur hidup untuk enjin dan transmisi dengan jarak perjalanan tanpa had.

(3) Apa yang lebih menarik ialah GWM Malaysia turut menyediakan hadiah misteri untuk 300 pemilik pertama ini, yang akan diumumkan semasa pelancaran rasmi nanti.

Untuk keterangan lanjut, KLIK. 


Gallery

Tag:

GWM Tank
GWM Tank 300
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Global

GWM Tank 400 Versi Terbaru Didedahkan Di China – Ada Varian Hibrid

Pengeluar kenderaan China, Great Wall Motor (GWM), memperkenalkan versi baharu SUV lasak Tank 400 dengan teknologi enjin hibrid di China minggu ini. Gambar serta maklumat awal mengenai model ini mula tersebar di alam maya.

25-09-2025
Global

GWM Tank 500 PHEV Bakal Dilancar Di China

Sub jenama SUV off-road GWM, Tank, baru sahaja memperkenalkan versi terkini SUV plug-in hybrid , GWM Tank 500 PHEV.

28-07-2025
Berita Auto

GWM Cipta Rekod Tersendiri, Catat Jualan 331% Tahun Lepas

reat Wall Motor (GWM) Malaysia meraikan pertumbuhan tahunan sebanyak 331% pada tahun lepas.

10-01-2025
Berita Auto

SUV Ranggi, GWM Tank 300 Masuki Pasaran Malaysia Tak Lama Lagi?

GWM beri petanda akan bawa masuk GWM Tank 300 di Malaysia tidak lama lagi.

08-02-2024
Berita Auto

Pandu Uji & Menang Hadiah! GWM Malaysia Meriahkan Penang Autoshow Dengan Tawaran Eksklusif

Penangan GWM di PWCC: Dari SUV Lasak Hingga MPV Mewah, Semua Ada di Penang Autoshow.

27-04-2026
Berita Auto

Ramadan: GWM Malaysia Tawar Promosi Eksklusif Untuk Pelanggan Baharu, Dapat Jimat Sampai RM25,000!

GWM Malaysia menawarkan pelbagai ganjaran menarik sempena bulan Ramadan ini.

05-03-2025
Pandu Uji

Sudah Diuji: GWM Tank 300

Penulis berkesempatan memandu uji jentera luar biasa ini di M4TREC, Semenyih, pada minggu lepas.

17-07-2024
Berita Auto

MAS 2024: SUV Ranggi, GWM Tank 300 & SUV Jimat Minyak, Haval H6 HEV Bakal Dipertontonkan

Great Wall Motor (GWM) Malaysia telah mengumumkan kehadirannya di acara Malaysia Autoshow 2024 (MAS 2024). Ini model yang dipamerkan.

14-05-2024

Berita Terkini

Berita Auto

Lesen Kena ‘Gantung’ Tapi Masih Memandu? Sedia Ke "Dalam" 3 Tahun

Lesen Digantung Mahkamah? Jangan Nekad Memandu Jika Tidak Mahu Dipenjara 3 Tahun.

22-07-2026
Berita Auto

'Test Speed' Solo Di Jalan Awam, Bakal Jadi Kesalahan Jenayah: Denda Hingga RM10,000, Penjara 2 Tahun

Tak Berlumba Pun Kena Saman RM10,000? Ini Maksud Baharu 'Menduga Kelajuan' Yang Wajib Anda Tahu.

21-07-2026
Berita Auto

Susulan Tragedi Pokok Tumbang: DBKL Pergiat Kerja Mitigasi di 6 Lokasi Utama

Isu Pokok Tumbang di KL: Ini 6 Lokasi Fokus Kerja Mitigasi DBKL Minggu Ini.

21-07-2026
Berita Auto

Raymond Tan Anak Tempatan Pertama Terajui BMW Group Malaysia

Raymond Tan Chor Ann dilantik sebagai Pengarah Urusan Baharu BMW Group Malaysia.

21-07-2026
Berita Auto

Suspek Ceroboh Landasan LRT3 Ditahan, Perkhidmatan Tergendala 30 Minit

LRT3 Tergendala 30 Minit Anggara Lelaki Cerohoh Landasan di Stesen Jalan Meru

21-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

smart #5 BRABUS Tampil Lebih Berani Dengan Edisi Khas Laser Red

Garang & Mengoda! smart #5 BRABUS Edisi Terhad 'Laser Red' Kini Di Malaysia.

20-07-2026
Berita Auto