- Berita
- Kereta Baru
- Jangkaan Meleset! Harga Mercedes-Benz C350e PHEV CKD Rupanya Hanya RM338,888
Jangkaan Meleset! Harga Mercedes-Benz C350e PHEV CKD Rupanya Hanya RM338,888

Harga rasmi model PHEV CKD, Mercedes-Benz C350e 2024 telah diumumkan, mula daripada RM338,888.
Selepas membuat kemunculan sulungnuya di Malaysia beberapa bulan yang lepas, Mercedes-Benz Malaysia (MBM) akhirnya mengumumkan harga untuk model hibrid plug-in (PHEV) Mercedes-Benz C350e generasi W206.
Model yang dikilangkan secara CKD di Pekan, Pahang ini dijual pada harga RM338,888, atas jalan, menjadikannya model bukan AMG C-Class paling mahal di pasaran kita buat masa ini walaupun lebih murah daripada harga yang dijangkakan semasa tempahannya dibuka pada Februari lalu.
-full.webp)
-full.webp)
C350e menggunakan trenkuasa hibrid plug-in yang terdiri daripada enjin berpengecas turbo empat silinder.
Berdiri sebagai satu-satunya varian C-Class di pasaran Malaysia dengan sistem hibrid plug-in, model ini menggunakan enjin petrol turbo 2.0 liter 4 silinder yang dengan output 201 hp (150 kW) dan 320 Nm. Sistem ini digabungkan dengan motor elektrik yang memiliki output kuasa 127 hp (95 kW) dan 440 Nm.
Secara keseluruhan, seluruh sistem ini memberikan 308 hp (230 kW) dan 550 Nm kepada roda belakang (RWD) melalui transmisi sembilan kelajuan 9G-Tronic. Trenkuasa yang digunakan membolehkan sedan ini membuat pecuan daripada 0-100 km/j dalam masa hanya 6.1 saat dengan kelajuan tertinggi pada 245 km/j. Sementara itu, kelajuan tertinggi hanya dalam keadaan EV dihadkan pada 140 km/j.


Motor elektriknya dikuasakan oleh bateri berkapasiti 25.4 kWj yang memberikan C350e jarak EV sejauh 117 km berdasarkan standard WLTP yang lebih ketat. Dari segi pengecasan, C350e PHEV menyokong pengecasan AC 11 kW, yang mengisi semula bateri dalam masa kira-kira dua jam. Malangnya, pilihan pengecas DCFC 50 kW tidak ditawarkan untuk C350e yang dijual di Malaysia.






Untuk pasaran kita, C350e PHEV didatangkan secara standard dengan pakej AMG Line dan Night yang menjadikannya tampil lebih sporty. Antara elemen menarik adalah termasuk kit badan AMG Line, gril bercorak bintang Mercedes-Benz berwarna krom yang ikonik, rim aloi ringan 5 jejari AMG bersaiz 18 inci, serta pelbagai bahagian dalam kemasan dan aksen hitam berkilat.
Kelengkapan standard lain ialah lampu depan LED DIGITAL LIGHT dengan ciri Adaptive Highbeam Assist Plus, bumbung suria panoramik dan banyak lagi.





Di dalam kabin, C350e PHEV CKD diberikan kesemua ciri premium yang boleh dijangkakan daripada sebuah model berspesifikasi tinggi Mercedes. Ciri mewahnya terserlah dengan stereng sport yang dibalut kulit Nappa, upholsteri kulit sintetik ARTICO berwarna hitam dan nappa pada bahagian lain termasuk tempat duduk, karpet AMG, lampu ambien serta pakej MBUX yang terdiri daripada kluster instrumen 12.3 inci dan infotainmen 11.9 inci.


Tempahan bagi model CKD, Mercedes-Benz C350e generasi W206 PHEV ini telah dibuka sejak awal dipertontonkan lagi. Kali ini, kita sudah mengetahui harga jualannya yang sebenar, RM338,888, atas jalan. Pembelian adalah termasuk jaminan standard 4 tahun tanpa had perbatuan oleh MBM, ditambah dengan jaminan berasingan 6 tahun atau 100,000 km untuk sistem bateri bervoltan tinggi.

Tag:
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv