Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Kereta Hibrid Terbaru Perodua akan Dipertontonkan di MAS 2024 Minggu Depan?

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Perodua-MAS2023-(2).jpgPerodua-MAS2023-(1).jpg


Malaysia Autoshow 2024 (MAS 2024) bakal membuka tirainya dalam masa beberapa hari sahaja lagi. Bagi menyemarakkan semangat orang ramai untuk mengunjungi acara automotif terbesar di Malaysia ini, syarikat-syarikat terlibat kini telah mula ‘menggoda’ orang ramai melalui poster promosi dan pendedahan yang menarik. 


Perodua-MAS2024-PromoImage-(2).jpg


Bahagian tengah poster promosi Perodua untuk acara MAS 2024 ini menunjukkan sebuah model hibrid.


Baru-baru ini, syarikat automotif terkemuka negara yang bakal menyertai acara di MAEPS, Perodua, telah mengeluarkan poster promosi yang menunjukkan antara model yang akan dipamerkan. Imej yang menarik perhatian adalah sebuah kenderaan di bahagian tengah poster tersebut, ia memaparkan trenkuasa sebuah kenderaan yang berkemungkinan model hibrid baharu Perodua. 


Perodua-MAS2024-PromoImage-(1).jpg


Mungkinkah Perodua akan mempertontonkan model hibrid baharunya di MAS 2024?


Model dengan bentuk badan hatchback ini dilihat menggunakan trenkuasa hibrid dengan enjin pembakaran dalaman (ICE) di bahagian hadapan dan bateri di bahagian tengah badan. 


Jika diamati dengan lebih teliti, pek bateri yang digunakan kelihatan lebih besar, berbeza dengan sistem hibrid yang digunakan pada model hibrid khas yang pernah dihasilkan Perodua sebelum ini untuk Ativa.  


Baca: PERODUA Mulakan Kajian Ativa Hybrid, Tetapi Hanya Terhad Kepada 300 Pelanggan


web_CariCarz_Perodua-D66B-Nexis_Theottle_1.jpgweb_CariCarz_2023-Toyota-Yaris-Cross_HEV_Thailand_-(4).jpg


Perodua D66B yang akan datang (kiri) mungkin menggunakan sistem HEV sama seperti pada model DNGA, Toyota Yaris Cross HEV (kanan).


Pengenalan model hibrid ini di pameran itu nanti bukanlah satu perkara yang mengejutkan kerana sebelum ini Perodua pernah mendedahkan mengenai usahanya untuk mengembangkan model hibridnya melalui projek yang digelar D66B, kemungkinan menggunakan Toyota Yaris Cross versi hibrid sebagai asas pembangunan teknologinya. 


Baca: Perodua Rancak Bangunkan Model D66B


Selain hibrid, Perodua juga sedang berusaha untuk membangunkan model EV bateri pertama mereka yang dijadualkan untuk diperkenalkan pada tahun 2025. 


CariCarz_Malaysia-Autoshow-2023_Perodua-EMO-Concept_.jpgCariCarz_Malaysia-Autoshow-2023_Perodua-EMO-Concept_-10.jpg


Kereta konsep elektrik, Perodua EMO, yang dipamerkan di Malaysia Autoshow tahun lalu. 


Sebelum ini, Perodua juga pernah mendedahkan model EV mereka yang akan datang semasa acara Malaysia Autoshow yang diadakan tahun lalu. Model elektrik yang dipamerkan ketika itu ialah kereta konsep EMO dalam bentuk hatchback


Baca: Konsep EV Perodua EMO: ‘Myvi’ Elektrik Yang Dinanti-Nantikan?


Perodua-MAS2024-PromoImage-(3).jpg


Turut mencuri perhatian di dalam poster promosi sama, terdapat sebuah lagi model lain yang diselubungi warna hitam (atas). Apabila dilihat dengan lebih dekat, model tersebut memiliki bentuk badan yang  menyamai crossover MPV Aruz. 


Walaupun pengeluaran Aruz sebelum ini dilaporkan telah dihentikan untuk memberi ruang kepada projek D66B, imej promosi ini mungkin satu petunjuk bahawa kita bakal melihat kedatangan Aruz dalam versi facelift. Untuk makluman, kembar Aruz, Daihatsu Terios, baru-baru ini telah diberikan nafas baharu dalam versi facelift di pasaran Indonesia. 


2023-Daihatsu-Terios-Resize.jpgweb_CariCarz_2021-Perodua-Aruz-AV_1.jpg


Daihatsu Terios Facelift (kiri) dan Perodua Aruz (kanan). 


Namun begitu, semua ini hanyalah spekulasi semata-mata, kerana Perodua masih belum memberikan sebarang respons atau kenyataan rasmi mengenai foto promosinya. Nantikan ketibaan Malaysia Autoshow 2024 yang akan berlangsung pada 22 hingga 26 Mei ini, di MAEPS, Serdang, Selangor. 


Baca: Perodua Sasar Tingkat Eksport 79%, Brunei Kini Pasarkan Alza, Axia



Tag:

Perodua
MAS 2024
Malaysia Autoshow 2024
Perodua Hibrid
Hatchback Hibrid
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

UCar-e: Perodua Sedia 50 Kenderaan Pandu Kongsi Untuk Warga UUM, UPM Dan UTM

Perodua Jalin Kerjasama Dengan 3 Universiti Perkenal UCar-e.

03-06-2026
Kereta Baru

Siap Sedia! Ativa Hybrid Bakal Jadi Kereta Hibrid Paling Mampu Milik Di Malaysia?

Perodua Sahkan Rancangan Pengeluaran Tempatan (CKD) Bagi Model Ativa Hybrid

15-05-2026
Kereta Baru

Pertempuran 'Kembar' Bermula! Toyota Yaris Cross Dah Sampai, Traz Perlu Risau Atau Tidak?

Toyota Yaris Cross vs Perodua Traz: Perbandingan Spesifikasi, Harga.

08-05-2026
Berita Auto

Perodua, UTM Jalin Kerjasama, Latih Jurutera Masa Depan

Langkah Proaktif Perodua: Latih Jurutera Masa Hadapan' bersama UTM demi ekosistem xEV.

22-04-2026
Berita Auto

Industri Automotif Malaysia: Perodua Puji MITI

Perodua, menyatakan sokongan padu terhadap penjelasan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) mengenai hala tuju Dasar Automotif Negara (NAP).

01-04-2026
Berita Auto
Tips

Proton e.MAS 5 Atau Perodua Myvi: Jangan Pening Pilih Kereta, Ini Kira-Kira Padu Untuk Kos 5 Tahun

Jangan Pening Pilih Kereta! Myvi vs Proton e.MAS 5: Mana Satu Yang Tak 'Makan' Gaji Anda Selepas 5 Tahun?

08-03-2026
Tips

Berapa Kali Tekan Push Start Button? Ini Penjelasan PERODUA

Perodua tampil memberi penjelasan mengenai cara menekan Push Start Button dengan betul.

25-02-2026

Berita Terkini

Berita Auto

Proton X70 Terbabas, Wanita Putus Kaki

Lagi kemalangan di LPT2.

06-06-2026
Berita Auto

KLIMS 2026 Bermula 12-21 Jun Ini

Tiket Serendah RM11.40 Sehari: Lubuk EV Terbesar Malaysia Kini di KLIMS 2026!

03-06-2026
Berita Auto

XPENG Malaysia Lancar Program 'MEGA X9 REWARDS', Tawaran Istimewa Berbaloi Hingga RM45,000

XPENG X9 2025: MPV Mewah Dengan Ganjaran Hebat MEGA X9 REWARDS.

03-06-2026
Berita Auto

Cuti Dah Habis? PLUS Jangka 2.2 Juta Kenderaan 'Serbu' Lembah Klang Mulai Esok

Trafik PLUS Dijangka Cecah 2.2 Juta: Ini 5 Tip Elak Sangkut 'Jam' Mulai 4 Jun.

03-06-2026
Berita Auto

Siri e.MAS Laku Keras! PROTON Labur RM37 Juta Gara-Gara Kilang Tak Menang Tangan

Ini Sebab Kenapa PROTON Sanggup Labur RM37 Juta Lagi Di Tanjung Malim...

03-06-2026
Berita Auto

JPJ Buru Pasangan Bermanja Dalam Kenderaan

Aksi wanita dan lelaki ini tular di media sosial.

03-06-2026
Berita Auto

UCar-e: Perodua Sedia 50 Kenderaan Pandu Kongsi Untuk Warga UUM, UPM Dan UTM

Perodua Jalin Kerjasama Dengan 3 Universiti Perkenal UCar-e.

03-06-2026
Berita Auto

Kuota BUDI95 Kekal 200 Liter, Paparan 150 Liter Akibat Ralat Sistem

Kecoh Kuota Subsidi Turun 150 Liter Semalam? Ini Penjelasan Sebenar MOF.

01-06-2026