Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

MAS 2024: Ada Berita Baik Buat Pembeli BMW!

Suhana Veru

Kongsi melalui

01.-BMW-Group-Malaysia-celebrates-their-return-to-the-Malaysia-Autoshow-2024-with-a-plethora-of-one-of-a-kind-special-offerings.jpg

Sempena Malaysia Autoshow (MAS) 2024, BMW Group Malaysia menawarkan  tawaran eksklusif dan istimewa untuk barisan model  BMW, MINI serta BMW Motorrad. 

Bagaimanpun, tawaran ini hanya ditawarkan untuk bulan Mei dan Jun ini.

Berikut adalah perinciannya:

1.jpg

Diskaun terhadap komponen M Performance untuk BMW 520i – Pelanggan BMW yangmembuat tempahan untuk BMW 520i (G60) yang baru sahaja diperkenalkan, dari sekarang hingga 30 Jun 2024 akan memperoleh diskaun 15 peratus bagi pelbagai jenis komponen M Performance yang berkualiti premium termasuk set tayar, pedal, rim, penutup cermin, ambang pintu, penutup antena dan banyak lagi.

Percuma BMW Motor Insurance selama satu tahun bernilai RM5,000 dan LEBIH – Bagi tempahan yang dibuat dan dihantar dari 1 hingga 31 Mei 2024 untuk model BMW 2 Series, BMW 3 Series dan BMW X yang terpilih, pelanggan boleh menikmati BMW Comprehensive bernilai RM5,000 selama satu tahun secara percuma termasuk kadar pembiayaan yang menarik dengan BMW Group Financial Services atau memilih untuk menukar semua tawaran tersebut kepada rebat tunai hingga RM20,000 bagi memberikan lebih nilai terhadap pembelian mereka untuk model terpilih.

Lebih fleksibiliti dalam memiliki model BMW i – BMW juga memberi pilihan untuk menukar BMW Motor Insurance tahun pertama yang bernilai RM5,000 kepada rebat tunai segera secara percuma atau memilih kredit pengecasan ChargEV bernilai RM6,000 untuk model BEV terpilih.

1-(1).jpg

GANJARAN MENARIK MOTORRAD

Rebat tunai masa terhad untuk BMW CE 04 – Pengunjung Malaysia Autoshow 2024 yang memilih untuk Make Life a Ride dengan BMW CE 04 boleh mendapat rebat tunai hingga RM7,000. Tawaran ini berlangsung hingga 30 Jun 2024.

MINI Malaysia pula menawarkan:

image.png

MINI Wallbox percuma – Semua pelanggan yang menempah MINI Countryman SE baharu dan MINI Cooper SE baharu di MAS 2024 layak menerima pengecas MINI Wallbox secara percuma bernilai RM5,000 untuk pengecasan yang mudah di rumah.

Pengunjung boleh mendapatkan maklumat mengenai portfolio kenderaan baharu BMW GroupMalaysia dan model premium lain di MAS 2024 hingga 26 Mei di Dewan A2 Taman Ekspo AgroMalaysia Serdang (MAEPS) dari jam 10 pagi hingga 10 malam serta berpeluang menikmati semua terpilih.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web BMW Group Malaysia.


Gallery

Tag:

BMW Malaysia
BMW MINI
BMW Motorrad
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

19-01-2026
Berita Auto

15-01-2026
Kereta Baru

20-06-2025
Berita Auto

06-03-2025
Pandu Uji

13-02-2025
Berita Auto

16-01-2025
Kereta Baru

16-01-2025
Berita Auto

28-11-2024

Berita Terkini

Berita Auto

Krisis Tenaga Global, ERL Tawar Diskaun 90%

ERL Tawar Diskaun 90%! MyPutrajaya & MyKLIA Monthly Travel Card kini lebih murah.

14-04-2026
Berita Auto

Polis Hanya Ditempatkan Di Stesen Minyak Sempadan

Penempatan PDRM di stesen minyak hanya tertumpu di kawasan sempadan negara.

14-04-2026
Berita Auto

Krisis Tenaga Global, KTMB Tawar Diskaun 30%

Jimat 30%! KTMB Tawar Diskaun Besar Tiket ETS & ERT – Ini Cara Rebut Kod Promosi Anda Bermula Esok!

14-04-2026
Berita Auto

Michelin Perluas Primacy 5 Untuk SUV, Tambah 34 Saiz Baharu (16-22 Inci)

MICHELIN Primacy 5, kini diperluaskan khusus untuk menepati keperluan kenderaan SUV.

13-04-2026
Berita Auto

Proton Kereta Penumpang Pertama Di Malaysia Terima ISO 50001:2018

Proton melakar satu lagi sejarah apabila sebagai pengeluar kereta penumpang pertama di Malaysia yang menerima pensijilan berprestij ISO 50001.

13-04-2026
Berita Auto

Pemandu Perlu Tahu: Kenapa Beberapa Stesen Shell Kehabisan RON95?

Tular Notis 'RON95 habis di Shell: Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Situasi Bahan Api Sekarang

10-04-2026
Berita Auto

Aplikasi CarLinko Untuk Pemilik Tiggo 7 PHEV, Tiggo 8 PHEV

Kawal Chery Tiggo 7 & 8 PHEV Di Hujung Jari – Aplikasi CarLinko Kini Rasmi Di Malaysia.

10-04-2026