Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

MAS 2024 Terima 2,620 Tempahan Kenderaan

Suhana Veru

Kongsi melalui

OC-CEO-MAS24-2.JPG

Malaysia Autoshow 2024 melabuhkan tirai dengan menjana potensi jualan bernilai  RM1.4 bilion bersama pengeluar peralatan tulen (OEM) sempena Malaysia Autoshow 2024 yang berlangsung selama lima hari di MAEPS, Selangor pada minggu lepas.

Dalam satu kenyataan, Institut Automotif, Robotik & IoT Malaysia (MARii) berkata acara yang bermula 21 Mei hingga 26 Mei  ditutup dengan mendapat sokongan paling kukuh daripada industri apabila mencatat kira-kira 2,620 tempahan kenderaan dan 13,799 pelanggan berpotensi.

image.png

Untuk pameran kali ini, acara tersebut berjaya menarik 223, 876 pengunjung iaitu merekodkan peningkatan sebanyak 17% dari tahun ke tahun.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif MARii, Azrul Reza berkata, pihaknya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan  semua penaja, rakan kongsi, peserta pempamer dan para pengunjung , yang memeriahkan  Autoshow pada tahun ini.

CEO-berucap-OC.JPG

 “Sokongan ini membuatkan kami diiktiraf oleh Malaysia Book of Records sebagai Pameran Autoshow Antarabangsa Terbesar.'

IMG_0281.JPG

“Kami sangat teruja untuk mengumumkan bahawa Malaysia Autoshow akan kembali pada tahun 2025, dengan latar yang berbeza apabila Malaysia mengambil alih jawatan Pengerusi ASEAN pada tahun 2025 nanti,” katanya dalam satu kenyataan.

Menerusi acara itu, sebanyak 47 kereta dilancarkan dan para pengunjung diberi peluang untuk merasai pemanduan trek off-road dan dapat merasai  prestasi jentera yang dipilih untuk dipandu uji.

image.png

Sejumlah 6,263 pandu uji dan tunggang uji direkodkan.

image.png

Selain itu, pameran berkenaan turut menampilkan pelbagai kereta konsep, kenderaan yang menggunakan petrol, versi elektrik, terdapat demonstrasi pemanduan autonomi, kereta diubah suai, kereta klasik, campervan dan kenderaan tentera.

Acara itu turut menyaksikan 15 perjanjian MoU dimeterai antara pemain industry automotif.

Apa yang cukup menarik ialah pameran model xEV, yang menyumbang 50% daripada kenderaan yang dipamerkan, sejajar dengan Dasar Automotif Nasional (NAP2020) dan Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP2030) yang menekankan teknologi yang lebih hijau dan lebih cekap.

image.png

Sepanjang acara itu, beberapa forum dan sidang kemuncak penting telah berlangsung, termasuk Sidang Kemuncak Automotif Malaysia-China Peringatan Ke-50, Forum Alam Sekitar Automotif ASIAN (AAEF) ke-13, Anugerah Grand Prix MyMAP 2024, dan acara Forum Perniagaan dan Padanan Perniagaan. 

Turut hadir delegasi antarabangsa dari Australia, Belgium, England, Indonesia, Jepun, China, dan Korea, untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai  landskap automotif yang semakin berkembang.

Gallery

Tag:

Malaysia Autoshow 2024 (MAS 2024)
OEM
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto
Berita Auto

25-05-2024
Berita Auto

24-05-2024
Berita Auto
Kereta Baru

23-05-2024
Teknologi

23-05-2024
Berita Auto
EV

22-05-2024

Berita Terkini

Berita Auto

Rebut Peluang Bida Nombor Plat P_P

Bida nombor plat JPJ Siri P_P: Tarikh, Harga & Cara Mohon di JPJeBid.

17-04-2026
Berita Auto

Cukai Jalan 'Mati' 8 Tahun, Bila Kena Tahan, Tiba-Tiba Nak Bakar Kereta

"Drama" seorang pemandu yang mahu membakar kereta akhirnya tidak menjadi.

17-04-2026
Berita Auto

Tamatlah Era Myvi Lama? Perodua Myvi D01D Bakal Ubah Segalanya?

Perodua Myvi D01D: Segala Butiran Yang Kita Ketahui Setakat Ini.

17-04-2026
Berita Auto

Proses Lupus Kereta Tersadai Kini Lebih Cepat: Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu

Amaran Pemilik Kereta Lama: DBKL Kini 'Bersihkan' Ibu Kota, Elakkan Kenderaan Anda Ditunda.

16-04-2026
Berita Auto

Siti Nurhaliza Kemalangan Di MEX

Siti Nurhaliza kemalangan di Lebuh Raya MEX.

16-04-2026
Berita Auto

Harga Minyak "Terjun", Diesel Tanpa Subsidi Turun 75 Sen

Petanda Baik! Harga Diesel & Petrol Malaysia Turun, Rakyat Boleh Tarik Nafas Lega.

15-04-2026
Berita Auto

15 Tahun Auto Bavaria KL: Apa Yang Menjadikan Mereka Ikon Mobiliti Premium Malaysia?

auto Bavaria KL Raikan Ulang Tahun Ke-15, Bakal Lancar BMW X3 Edisi Terhad Hujung Minggu Ini!

15-04-2026
Berita Auto

Kenapa Anda Boleh Percaya Bateri Chery? Ujian Ekstrem Ini Jawapannya

Chery menganjurkan Cabaran Keselamatan Bateri Chery Super Hybrid yang pertama di Malaysia dengan membakar bateri CSH pada 1,000 darjah celsius selama 1 minit dan 20 saat.

15-04-2026