Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Pratonton SUV BAIC X55 Di Malaysia – Anggaran Harga Dari RM120K

Sofea Najmi

Kongsi melalui

IMG_4926.JPG


Jenama automotif China, BAIC, hari ini telah mempertontonkan SUV X55. Dua varian ditawarkan iaitu Standard dan Premium dengan harga  yang dianggarkan bermula daripada RM120,000. 


CIRI MEKANIKAL X55


X55 dikuasakan oleh enjin  A156T2H  1.5TD yang dibangunkan BAIC yang boleh mencapai output 185 hp (138 kW) dan tork 305 Nm. Kuasa disalurkan kepada roda melalui transmisi dwi-klac basah tujuh-kelajuan. Kadar penggunaan bahan apinya ialah 7.18 liter/100 km (WLTC). 


Screenshot-2024-05-16-at-1.53.12-PM.pngScreenshot-2024-05-16-at-5.40.19-PM.png


Enjin yang digunakan hadir dengan beberapa ciri seperti Variable Geometry Turbocharging (VGT) yang menjanjikan penyaluran kuasa yang optimum namun dalam masa yang sama kadar penggunaan bahan api kekal efisien. Penjimatan petrol digandakan dengan penggunaan teknologi kitaran Miller, suntikan terus bertekanan tinggi (350 bar) dan ciri aerodinamik kenderaan yang mencatatkan angka pekali seret (coefficient drag) hanya pada 0.32 cd.


Empat mod pemanduan ditawarkan iaitu Eco, Normal, Sport dan Smart. Menurut BAIC, mod Smart ialah mod pemanduan khas yang boleh ‘mempelajari’ dan ‘menyimpan’ corak atau gaya pemanduan pengguna. 


REKA BENTUK X55 


IMG_4924.JPGIMG_4933.JPGIMG_4931.JPGIMG_4934.JPG


Dari segi dimensi, X55 berukuran 4620 mm panjang, 1886 mm lebar, 1680 mm tinggi. Antara ciri menarik dari segi reka bentuk X55 ialah pemegang pintu yang terbenam (keluar secara automatik apabila pengguna mendekati kenderaan) dan bumbung suria panoramik yang boleh mengesan hujan untuk penutupan secara automatik. 


web_MA_CariCarz_BAIC-X55-preview_-4.jpg


Ciri lain ialah rim aloi berukuran 19 inci, lampu depan LED dengan ciri follow-me-home, DRL LED, lampu belakang LED, pengelap cermin dengan sensor hujan serta but belakang dengan bukaan automatik dan memori ketinggian. 


KABIN X55 


Screenshot-2024-05-16-at-5.41.49-PM.png


Untuk ruang kabin X55,  beberapa ciri menarik dan unik diberikan iaitu stereng  dan tombol penukar gear yang antibakteria, tempat duduk boleh laras secara automatik dengan fungsi ventilasi, pemanas dan sokongan lumbar, lampu ambien 10 warna serta skrin infotainmen dan instrumen yang masing-masing berukuran 10 inci (boleh dikawal dengan sentuhan jari). Untuk hiburan, 6 speaker disediakan. 


IMG_4949.JPGIMG_4937.JPGIMG_4943.JPG


Kelengkapan lain ialah port pengecas 12V, port USB, stereng boleh laras empat arah, kawalan pendingin hawa dua zon, pendingin hawa untuk barisan tempat duduk belakang. Sistem penyejuk udara ini hadir dengan ciri penapis udara PM2.5 dan CN95. 


Dari segi kemasan, tempat duduk untuk varian Standard dibalut kulit sintetik (PU), dan versi Premium pula diberikan balutan kulit. 


KESELAMATAN


Screenshot-2024-05-16-at-1.59.04-PM.pngScreenshot-2024-05-16-at-1.58.54-PM.png


Dari segi keselamatan, X55 telah menerima penarafan C-NCAP 5 bintang, dilengkapi dengan enam beg udara, kekerasan casis mencapai 21872 Nm satu darjah, memberikan perlindungan menyeluruh kepada penumpang. 


Berikut adalah antara teknologi keselamatan yang terdapat pada X55:

  • Pemantau pemandangan keliling  (AVM)
  • Kawalan jejah adaptif (ACC)
  • Amaran keluar lorong (LDW)
  • Sistem amaran titik buta (BSD)
  • Amaran pelanggaran hadapan (FCW)
  • ABS+EBD, EBA, EPB, ESP, HAC, HDC, BOS dll. 


PELANCARAN DI MALAYSIA 


web_MA_CariCarz_BAIC-X55-preview_-12.jpg


SUV crossover X55


SUV crossover X55 dijadualkan untuk dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada suku keempat tahun ini. Kami difahamkan bahawa pengilang kenderaan tempatan, EP Manufacturing (EPMB), telah dilantik sebagai rakan kongsi pemasangan tempatan (CKD) untuk jenama BAIC. 


web_MA_CariCarz_BAIC-BJ40-Plus-preview_-6.jpg


BJ40 Plus (klik sini untuk info lebih lanjut)


Selain X55, model lain yang bakal dilancarkan nanti ialah SUV off-road, BJ40 Plus, yang turut dipertontonkan hari ini. Kedua-dua model yang dipamerkan ini adalah dalam versi pra-produksi, bermakna masih terdapat pelbagai kelengkapan dan ciri yang belum ditetapkan. Lebih banyak butiran akan didedahkan menjelang pelancarannya. Nantikan berita selanjutnya daripada CariCarz.com


Tag:

BAIC Group
BAIC
BAIC X55
SUV X55
Pratonton X55
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Kereta Baru

SUV Off-Road, BJ40 Plus, Dipertontonkan Di Malaysia – Capai 221 HP, Anggaran Dari RM180K

BJ40 Plus telah dipertontonkan sebentar tadi, ini spesifikasinya SUV ranggi yang bakal dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi...

16-05-2024
Global

Polestone 01: Nampak Ganas, Macho Betul

BAIC melancarkan model pertama mereka berbentuk SUV, Polestone 01.

04-09-2023

Berita Terkini

Kereta Baru

INFO: Toyota bZ4X-RM220,000

UMW Toyota Motor (UMWT) secara rasmi memulakan revolusi elektriknya di Malaysia dengan pelancaran Toyota bZ4X.

02-04-2026
Kereta Baru
Kereta Baru

Vibe SUV Premium Harga Marhaen? JETOUR Dashing Dark Warrior

JETOUR Dashing Dark Warrior Edisi Terhad,

01-04-2026
Kereta Baru

PHEV Mana Patut Beli? Omoda C9, Jaecoo J7, or Proton e.MAS 7

Ramai pening nak pilih mana satu antara Omoda C9, Jaecoo J7 atau Proton e.MAS, kami bantu anda.

19-03-2026
Kereta Baru

JETOUR T2 -RM156,800, Sistem XWD pintar, ADAS Tahap 2

Jetour T2 rasmi dilancarkan di Malaysia,

13-03-2026
Kereta Baru

Proton X90 MC 2026 Rasmi Dilancarkan: Kini Dengan Enjin 4-Silinder & Apple CarPlay Tanpa Wayar

Proton X90 MC 2026 Kini Di Pasaran: Adakah Ini SUV 7-Tempat Duduk Impian Anda?

11-03-2026
Kereta Baru

Risalah BOCOR, Sebelum Lancar, Proton X90 2026 (MC) Bakal Gegarkan Pasaran Dengan Teknologi Baharu

Beberapa portal automotif tempatan menyatakan bahawa Proton X90 MC 2026 akan dilancarkan dalam tempoh terdekat ini.

09-03-2026
Kereta Baru

Mitsubishi Triton Championship Edition Bakal Dilancar, Edisi Terhad AXCR, Harga Bermula - RM155,980

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) secara rasmi bakal menggegarkan pasaran trak pikap tempatan dengan pelancaran Mitsubishi Triton Championship Edition pada 11 Mac ini.

06-03-2026