Link Copiedcheck_circle
EV

SUV Elektrik Off-Road, Jaecoo J6, Dipertontonkan Di Malaysia Autoshow 2024 – 279 HP, 500 KM

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Caricarz-MBA-Jaecoo-J6-MAS2024-1.jpg

Setelah sebulan berlalu sejak CariCarz.com pertama kali menyaksikan Jaecoo J6 semasa lawatan ke China,  model ini akhirnya dipertontonkan untuk tatapan rakyat Malaysia di Malaysia Autoshow 2024 (MAS 2024) yang sedang berlangsung di MAEPS hingga 26 Mei ini. Jadi apa yang menarik tentang model ini? Teruskan membaca…


Jaecoo J6 ini pada dasarnya ialah sebuah Chery iCar 03 yang ‘disarungkan’ dengan jenama Jaecoo, menjadikannya SUV elekrik pertama jenama ini yang memiliki kemampuan off-road. 


Caricarz-MBA-Jaecoo-J6-MAS2024-5.jpgCaricarz-MBA-Jaecoo-J6-MAS2024-9.jpgCaricarz-MBA-Jaecoo-J6-MAS2024-3.jpgCaricarz-MBA-Jaecoo-J6-MAS2024-13.jpg


Berbanding dengan unit yang disaksikan semasa Persidangan Perniagaan Antarabangsa Chery bulan lalu, J6 yang dipamerkan di tapak pameran Jaecoo Malaysia di MAS 2024 kelihatan sedkit berbeza dengan perubahan reka bentuk yang kecil. Dua perbezaan yang paling ketara adalah gril hadapan yang kini menampilkan lambang iCar, bukannya tulisan Jaecoo, serta kewujudan kotak simpanan khas pada pintu but. 


Caricarz-MBA-Jaecoo-J6-MAS2024-19.jpgCaricarz-MBA-Jaecoo-J6-MAS2024-16.jpgCaricarz-MBA-Jaecoo-J6-MAS2024-18.jpgCaricarz-MBA-Jaecoo-J6-MAS2024-22.jpg


Perubahan turut dapat dilihat di ruangan kabin, kerana J6 yang dipamerkan di Malaysia ini hadir dengan kombinasi warna dalaman putih dan hitam berbanding dengan kombinasi hijau dan hitam pada unit di China. Selain daripada perubahan warna, kelengkapan lain di bahagian kabin kelihatan sama.


Caricarz-MBA-Jaecoo-J6-MAS2024-7.jpgCaricarz-MBA-Jaecoo-J6-MAS2024-25.jpg


Dari segi trenkuasa, SUV EV ini menggunakan sistem yang sama seperti iCar. Varian yang lebih rendah menggunakan motor tunggal, RWD, berkuasa 184 hp dan 220 Nm, varian lebih tinggi menggunakan dwi-motor, 4WD, yang lebih bertenaga dengan output sistem keseluruhan sebanyak 279 hp dan 385 Nm. 


Motor tersebut dikuasakan oleh bateri lithium logam fosfat (LFP) 69.8-kWj daripada CATL, membolehkan SUV ini mencapai jarak perjalanan sehingga 500 km dengan sekali cas, berdasarkan piawaian CLTC yang lebih longgar.


Caricarz-MBA-Jaecoo-J6-MAS2024-4.jpgCaricarz-MBA-Jaecoo-J6-MAS2024-11.jpg


Sehingga kini, Jaecoo Malaysia masih belum mengumumkan sebarang rancangan untuk memperkenalkan Jaecoo J6 ke pasaran kita. Memandangkan rangkaian produk ICE penuhnya, iaitu Jaecoo J7 dan J8, dijangka membuat penampilan tempatan tidak lama lagi iaitu sekitar suku kedua tahun ini, mungkin kita boleh menjangkakan J6 untuk membuat penampilan dalam tahun 2025.


Caricarz-MBA-Jaecoo-J6-MAS2024-2.jpg


Nak lihat Jaecoo J6  dengan lebih dekat? Lawati tapak pameran Jaecoo Malaysia di Malaysia Autoshow 2024, yang berlangsung di MAEPS Serdang dari 22 hingga 26 Mei ini. Tiket boleh dibeli melalui laman web rasmi acara atau secara walk-in pada harga RM20 kecuali kanak-kanak, OKU dan warga emas (percuma). 


Baca: Auto China 2024: Ini Dia Perincian JAECOO J6


Baca: MAS 2024: JAECOO Malaysia Meterai Kerjasama Dengan 30 Wakil Pengedar



Tag:

Jaecoo J6
Jaecoo J6 Malaysia
Jaecoo Malaysia
Chery iCar03
MAS 2024
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV

EV Off-Road, Jaecoo J6 Sudah Boleh Ditempah Di Thailand – Malaysia Seterusnya?

Negara jiran kita, Thailand dapat merasai SUV elektrik lasak Jaecoo J6 lebih awal daripada kita selepas tempahannya dibuka secara rasmi.

09-08-2024
EV

Auto China 2024: Ini Dia Perincian JAECOO J6

Jenama Chery semakin menempa nama di persada antarabangsa.

27-04-2024
EV

Imej Teaser Sudah Mula Keluar, iCaur 03 Bakal Ditunjuk Di MAS 2025

iCaur 03 sebelum ini telah dipratonton pada tahun lepas di MAS 2024 sebagai Jaecoo J6.

30-04-2025
Berita Auto

MAS 2024: JAECOO Malaysia Meterai Kerjasama Dengan 30 Wakil Pengedar

JAECOO Malaysia sebentar tadi telah merasmikan kerjasama dengan 30 wakil pengedar eksklusifnya di negara ini.

21-05-2024
Berita Auto

Video Teaser Sudah Dibelanja, Petanda Pelancaran Jaecoo J5 Semakin Hampir

Omoda | Jaecoo Malaysia menyiarkan video teaser yang menunjukkan Jaecoo J5, di halaman Facebook rasminya, beberapa jam lalu.

06-01-2026
Kereta Baru

Jaecoo J8 Dilancarkan, Ada 2 Varian, Harga Bermula Dari RM178,800

Omoda | Jaecoo Malaysia melancarkan secara rasminya, Jaecoo J8 ke pasaran tempatan, sebentar tadi.

18-07-2025
Berita Auto

'Content Creator' & Golongan Profesional Boleh Beli Jaecoo J7 Dengan Diskaun Khas

Jenama kenderaan premium dari China, Jaecoo Malaysia, hari ini mengumumkan pelancaran rasmi Program Rakan Profesional atau Professional Affiliates Programme (PAP).

06-05-2025
Berita Auto

Jaecoo Malaysia Dedah Imej Omoda C9, Boleh Datang Jenguk Omoda C9 Di MAS 2025

Jaecoo Malaysia menjadi bualan hangat apabila memuat naik imej teaser Omoda C7 di media sosial, baru-baru ini.

29-04-2025

Berita Terkini

EV

VW 'Taubat'! Kembalikan Butang Kawalan Fizikal Dalam VW ID.Polo

Jenama Jerman ini mendedahkan rekaan dalaman yang bakal membuatkan ramai peminat old-school tersenyum lebar.

06-01-2026
EV

Model PHEV BYD, Song Pro, Qin L & Qin Plus Capai Jarak Elektrik Menakjubkan, Cecah 210 KM!

Gergasi automotif China, BYD, nampaknya semakin rancak berinovasi. Terbaru, BYD mempertontonkan versi Long Range untuk tiga model popularnya, Song Pro DM-i (SUV) serta dua model sedan, Qin L dan Qin Plus.

06-01-2026
EV

EV & Pengecas Ada Risiko Renjatan Elektrik Semasa Banjir? Ini Jawapan TNB

Seiring dengan peningkatan mendadak penggunaan kenderaan elektrik (EV) di Malaysia, timbul kegusaran mengenai tahap keselamatannya ketika musim banjir. Ramai yang bimbang jika tersentuh air banjir berdekatan EV atau pengecasnya boleh membawa maut akibat renjatan elektrik.

05-01-2026
EV

EV/REEV XPeng P7+ Dikemaskini – 100+ Penambahbaikan, Bakal Tiba Di Malaysia?

Syarikat kenderaan elektrik dari China, XPeng, baru sahaja memperkenalkan versi yang dikemaskini bagi tahun 2026 untuk model sedan segmen E, XPeng P7+.

02-01-2026
EV

SUV Forthing Friday Raih ASEAN NCAP 5 Bintang, Bakal Gegar Pasaran Malaysia

SUV segmen C keluaran negara China, Forthing Friday, kini sah memegang status sebagai antara kenderaan paling selamat di rantau ini.

02-01-2026
EV

Skuter Elektrik Marhaen, EZI TS-1 Semurah RM4,288 - Jarak Gerak 100KM

Skuter elektrik EZI TS-1 dijual semurah RM4,288.

01-01-2026
EV

Sistem JPJ Alami Isu Teknikal Di Saat Akhir Cukai Jalan EV Percuma

Di saat-saat akhir 'cuti' cukai jalan (LKM) terhadap kenderaan elektrik (EV) bakal berakhir, kemunculan isu teknikal telah mencetuskan ‘huru-hara’.

31-12-2025
EV

Kembar e.MAS 5, Geely EX2 Dilancarkan Di Indonesia – Jauh Lebih Murah?

Selepas mendarat di Thailand, SUV elektrik kompak Geely EX2 baru-baru ini secara rasmi telah ‘menyerang’ pasaran Indonesia.

29-12-2025