Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Ada Sebab Jualan Proton Makin Melonjak

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Pengeluar kereta Nasional PROTON mencatatkan kadar pertumbuhan jualan sebanyak 13.6% berbanding bulan sebelumnya dengan 12,522 unit (domestik dan eksport) terjual pada bulan Mei tahun ini.

Jualan pada bulan lalu agak memberangsangkan disebabkan Proton X90 dan Proton S70 mengakhiri bulan Mei sebagai peneraju jualan segmen.

Ini kerana Proton X90 telah merampas kembali gelaran SUV segmen-D paling popular di Malaysia dengan 364 unit terjual.

Sementara itu, jualan Proton Saga meningkat 21.6% kepada 6,119 unit di bulan Mei membawa jualan tahun sehingga kini meningkat sebanyak 8% ke 29,397 unit, kerana ia kekal menjadi produk yang menarik kepada pembeli kereta Malaysia.

Malah, peneraju pasaran PROTON yang lain pada bulan Mei ialah sedan segmen C, Proton S70. 

image.png

Jualannya meningkat 23% kepada 2,011 unit daripada 1,635 unit pada bulan April, dan jualan kumulatif untuk lima bulan pertama 2024 kini berjumlah 9,474 unit.

image.png

Bagaimanapun, Ketua Pegawai Eksekutif, Proton Edar, Roslan Abdullah mengakui  jualan pada  April agak perlahan disebabkan cuti perayaan.

image.png

“Namun, jualan pada Mei menunjukkan perkembangan positif . Bagi memasuki separuh kedua tahun 2024, PROTON akan fokus pada peningkatan jualan melalui kemas kini model sedia ada,” katanya.

Selain  Proton X90 dan Proton S70, beberapa model lain juga laku keras, berikut adalah perinciannya:

ror.png

Difahamkan, PROTON mahu  mengembangkan dan membina semula jenamanya di negara-negara seperti Trinidad dan Tobago, Bangladesh dan Iraq pada  tahun ini .

image.png

Hasrat pengeluar kereta nasional itu tercapai apabila jualan eksportnya mencapai 509 unit pada bulan Mei sekali gus merupakan penghantaran tertinggi yang dicatatkan untuk 2024 setakat ini.

Sejak Februari tahun ini, model eksport paling laris ialah Proton Saga, yang sekali lagi mendahului model yang lain dengan 360 unit dieksport dalam bulan Mei. 

Kebanyakan model juga mencatatkan peningkatan jualan eksport, menjadikan jualan eksport kumulatif kepada 1,344 unit sejak Januari tahun ini berbanding 820 unit untuk tempoh masa yang sama pada tahun 2023. Ini bersamaan dengan peningkatan 63.9% dalam jualan eksport YTD.



Gallery

Tag:

Proton Saga
Proton S70 Sedan
Proton X70
Proton X50
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Tawaran Khas Servis Ihsan MADANI @ PROTON 2026: Ini 4 Model Yang Layak Terima Diskaun RM70

Servis Ihsan MADANI @ PROTON 2026: Pemilik Saga, Persona, Iriz & Exora Nikmati Diskaun RM70.

18-08-2026
Berita Auto

Gegar Pasaran Julai 2026: Proton Jual 18,442 Unit, Siri e.MAS Pecah Rekod EV Negara

Proton Mengganas Julai 2026! Jualan Lonjak 18,442 Unit, Eksport Pula Pecah Rekod Dalam Tempoh 13 Tahun.

06-08-2026
Berita Auto

Kereta Bajet: Axia VS Saga, Mana Satu Pilihan Anda?

Pilihan Kereta RM40k di Malaysia: Perodua Axia atau Proton Saga?

03-08-2026
Berita Auto

Lebih 2.2 Juta Proton Saga Terjual Sejak 41 Tahun Lalu

2,203,409 Perjalanan, 41 Tahun: Kenapa Proton Saga Kekal Sebagai Kereta Paling Dekat di Hati Kita?

09-07-2026
Berita Auto

Prestasi Terbaik 15 Tahun: Jualan PROTON Pintas 100,000 Unit Separuh Pertama 2026

PROTON Mengganas! Rekod Jualan Separuh Pertama Terbaik Sejak 2011.

02-07-2026
Gaya Hidup

Dari Jalan Raya Ke Koleksi Peribadi: Proton Saga & e.MAS 5 Kini Ada Versi Miniatur 1/64!

PROTON kini meneruskan usaha mendekati rakyat Malaysia daripada pelbagai peringkat usia melalui kolaborasi terbaharu bersama Sunway Tiny Toys dengan memperkenalkan model miniatur berskala 1/64 bagi Proton Saga baharu dan Proton e.MAS 5.

25-06-2026
Berita Auto
Kereta Baru

SUV Kompak Baharu Proton Bakal Tunjuk Belang

Bagaimanapun, Proton masih mengunci mulut.

06-05-2026

Berita Terkini

Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026