Link Copiedcheck_circle
EV

Hab Pengecasan 400 kW DC Handal Kini Di Plaza Tol Trong WCE – Dari RM1.50/kWj

Sofea Najmi

Kongsi melalui

IMG-20240627-WA0060.jpg

Baru-baru ini, DC Handal dan West Coast Expressway (WCE) mengaktifkan kemudahan pengecasan pantas DC (DCFC) di Plaza Tol Trong. Semakan melalui aplikasi Plugshare mengesahkan perkara ini dengan satu ulasan telah diberikan oleh seorang pemilik Porsche Taycan.


Lokasi Strategik


Kemudahan pengecasan kenderaan elektrik (EV) baharu ini terletak hanya 14 km dari Plaza Tol Taiping Selatan yang baru dilancarkan. Kelebihan utama kemudahan pengecasan di Trong adalah aksesibilitinya kepada trafik arah utara dan selatan. Setakat ini, terdapat tiga lokasi di sepanjang WCE yang menawarkan perkhidmatan DCFC, termasuk stesen di Plaza Tol Assam Jawa.


Baca: Hab Pengecasan DC Handal Kini Di WCE Taiping – Dari RM1.50/kWj


Baca: Pengecas Pantas 200 kW DC Handal @ WCE Assam Jawa – RM1.50/kWj


Maklumat Pengecasan


DC-Taiping-(14).jpg


Menurut aplikasi ChargEV, Plaza Tol Trong mempunyai satu kabinet yang menyokong empat pengecas satelit,  menyalurkan kuasa kepada empat petak pengecasan EV (EVCB).


IMG-20240627-WA0046.jpgIMG-20240627-WA0058.jpg


Tiga daripada empat pengecas satelit mampu menghasilkan output maksimum 200 kW setiap satu, manakala satu lagi (dengan teknologi penyejukan cecair) mampu mengeluarkan output maksimum 400 kW bergantung kepada kadar input maksimum kenderaan. 


Kamera Pemantau


IMG-20240627-WA0045.jpg


Stesen DC Handal di Trong turut dilengkapi dengan dua kamera pemantauan keselamatan yang berkemungkinan mempunyai keupayaan komunikasi dua hala untuk membantu pengguna yang menghadapi kesukaran.


Harga dan Kaedah Pembayaran


image-(18).jpg


Harga pengecasan di sini ialah RM1.50/kWj, sama seperti stesen DC Handal lain. Kaedah pembayaran yang diterima termasuk kad debit dan kredit, MyDebit, Google Pay, Apple Pay, Samsung Pay, serta pembayaran melalui aplikasi JomCharge dan ChargEV. Stesen ini juga menyokong AutoCharge.


Tag:

Pengecas EV
Pengecas EV WCE
DC Handal
DC Handal WCE
DC Handal Plaza Tol Trong
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Terkini

EV

VW 'Taubat'! Kembalikan Butang Kawalan Fizikal Dalam VW ID.Polo

Jenama Jerman ini mendedahkan rekaan dalaman yang bakal membuatkan ramai peminat old-school tersenyum lebar.

06-01-2026
EV

Model PHEV BYD, Song Pro, Qin L & Qin Plus Capai Jarak Elektrik Menakjubkan, Cecah 210 KM!

Gergasi automotif China, BYD, nampaknya semakin rancak berinovasi. Terbaru, BYD mempertontonkan versi Long Range untuk tiga model popularnya, Song Pro DM-i (SUV) serta dua model sedan, Qin L dan Qin Plus.

06-01-2026
EV

EV & Pengecas Ada Risiko Renjatan Elektrik Semasa Banjir? Ini Jawapan TNB

Seiring dengan peningkatan mendadak penggunaan kenderaan elektrik (EV) di Malaysia, timbul kegusaran mengenai tahap keselamatannya ketika musim banjir. Ramai yang bimbang jika tersentuh air banjir berdekatan EV atau pengecasnya boleh membawa maut akibat renjatan elektrik.

05-01-2026
EV

EV/REEV XPeng P7+ Dikemaskini – 100+ Penambahbaikan, Bakal Tiba Di Malaysia?

Syarikat kenderaan elektrik dari China, XPeng, baru sahaja memperkenalkan versi yang dikemaskini bagi tahun 2026 untuk model sedan segmen E, XPeng P7+.

02-01-2026
EV

SUV Forthing Friday Raih ASEAN NCAP 5 Bintang, Bakal Gegar Pasaran Malaysia

SUV segmen C keluaran negara China, Forthing Friday, kini sah memegang status sebagai antara kenderaan paling selamat di rantau ini.

02-01-2026
EV

Skuter Elektrik Marhaen, EZI TS-1 Semurah RM4,288 - Jarak Gerak 100KM

Skuter elektrik EZI TS-1 dijual semurah RM4,288.

01-01-2026
EV

Sistem JPJ Alami Isu Teknikal Di Saat Akhir Cukai Jalan EV Percuma

Di saat-saat akhir 'cuti' cukai jalan (LKM) terhadap kenderaan elektrik (EV) bakal berakhir, kemunculan isu teknikal telah mencetuskan ‘huru-hara’.

31-12-2025
EV

Kembar e.MAS 5, Geely EX2 Dilancarkan Di Indonesia – Jauh Lebih Murah?

Selepas mendarat di Thailand, SUV elektrik kompak Geely EX2 baru-baru ini secara rasmi telah ‘menyerang’ pasaran Indonesia.

29-12-2025