Link Copiedcheck_circle
EV

Kereta Elektrik Perodua 2025 Nanti Dipasarkan Pada Harga Marhaen, Dari RM50,000 Ke RM100,000

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Perodua-MAS2023-(1).jpg


Pameran kereta Perodua semasa Malaysia Autoshow 2024.


Perodua dijangka akan menawarkan kenderaan elektrik (EV) dalam lingkungan harga antara RM50,000 hingga RM100,000, menurut penganalisis Kenanga Research, Wan Mustaqim Wan Ab Aziz. Jangkaan awal projek EV Kebangsaan oleh Perodua ialah menjual kira-kira 10,000 unit.


Permintaan Terhadap EV Bertambah 


Permintaan terhadap EV dijangka meningkat dengan kehadiran pelbagai model baharu dan pengurangan cukai jalan. Kenanga Research juga meningkatkan unjuran jumlah keseluruhan industri (TIV) 2024 sebanyak 4% kepada 740,000 unit berbanding 710,000.


2025 Bakal Jadi Tahun Kemeriahan EV Buatan Malaysia


Wan Mustaqim menyatakan bahawa MBM Resources Bhd mengunjurkan tahun 2025 sebagai tahun yang menarik dengan kemunculan model hibrid Perodua D66B pada awal 2025 dan model EV Perodua menjelang akhir tahun tersebut.


Baca: Proton Sasar Lancar 5 EV Di Bawah Jenama e.MAS – Platform GMA, Harga Berpatutan


social_TA_MAS-2024_Perodua-EMO-Myvi-EV-Concept_-6-(1).jpg


 Prototaip EV Perodua, emo-1


Semasa acara automotif, Malaysia Autoshow 2024, Perodua telah mempamerkan prototaip EV pertama 'Myvi Conversion' dikenali sebagai emo-1 yang menjadi asas kepada pembangunan teknologi elektrik syarikat.


Perodua-MAS2024-PromoImage-(1).jpg


Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad, menyatakan bahawa prototaip ini dibangunkan dengan kerjasama tiga universiti tempatan iaitu Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), Universiti Kuala Lumpur dan Universiti Putra Malaysia (UPM).


Baca: Konsep EV Perodua EMO: ‘Myvi’ Elektrik Yang Dinanti-Nantikan?


Harga Kompetitif


Zainal Abidin menegaskan bahawa harga EV keluaran Perodua dijangka tidak akan melebihi RM100,000 dan tidak kurang daripada RM50,000, menawarkan alternatif mampu milik untuk pasaran tempatan.




Tag:

Perodua
EV Perodua
EV Kebangsaan
Perodua D66B
Perodua emo-1 EV Concept
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV

Tekejut: Pembeli Perodua QV-E Terawal Terima Bayaran Balik RM16,501

Perodua Pulangkan RM16,501 Kepada Pembeli Terawal QV-E, Rupanya Ada Sebabnya.

06-08-2026
Berita Auto

Kereta Bajet: Axia VS Saga, Mana Satu Pilihan Anda?

Pilihan Kereta RM40k di Malaysia: Perodua Axia atau Proton Saga?

03-08-2026
Berita Auto

Perodua Axia Kini Lebih Mampu Milik: Harga Turun Sehingga RM4,700 Serta-Merta

Berita Baik! Perodua Potong Harga Axia Demi Bantu Rakyat Hadapi Cabaran Ekonomi.

03-08-2026
Berita Auto

Perodua Traz & Alza 'Takluk' Sri Lanka: Bukti Kereta Malaysia Mampu Bersaing di Luar Negara

Dari Malaysia Ke Sri Lanka: Perodua Lebarkan Sayap, Eksport Traz dan Alza!

28-07-2026
Global

Harga Boleh Beli Rumah! Perodua Traz & Alza Mula Dijual Pada Harga RM242k

Perodua Traz, Alza Serba Baharu Rasmi Dilancar Di Sri Lanka.

27-07-2026
Berita Auto

Tuah 'Download' P-Circle, Pelajar UiTM Menang Perodua Myvi

Tuah Menggunakan Super App P-Circle, Penuntut UiTM Dipilih Pemenang Utama Myvi 1.3G.

07-07-2026
EV
Berita Auto

Mula 19 Jun: Servis Kereta Perodua Kini Lebih Murah, Diskaun 10% Termasuk Kos Buruh!

Bukan Setakat Model Biasa, Insentif Diskaun Servis Perodua Turut Merangkumi QV-E.

18-06-2026

Berita Terkini

EV

1 Aplikasi, Tapi Banyak Pengecas: Akses Stesen Pengecas Gentari Melalui Aps ChargeSini

Nak Cas EV Lagi Mudah, ChargeSini, Gentari Kini Roaming Bersama.

02-09-2026
EV

Kenapa Jaecoo J5 EV Malaysia Lagi Mahal Dari Thailand, Indonesia

JAECOO J5 EV CKD dilancarkan pada RM118,800.

02-09-2026
EV

Pengecas EV Murah: ChargeSini Kurangkan Harga Di Seluruh Malaysia

Berita baik pemilik EV, ChargeSini turunkan harga Pengecas DC. Semak kadar tarif baharu sekarang.

01-09-2026
EV

Sukar Pasang Pengecas EV: Ini Sebab Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Buat Suka Hati

Niat Ada, Halangan Banyak: Kenapa Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Bebas Bina Pengecas EV?

27-08-2026
EV

Pengecasan Berjenama Proton e.MAS Kini Di Seluruh Negara

Hilang Risau Pemandu e.MAS: Proton e.MAS Tambah Stesen Pengecas Suku Ketiga Tahun Ini.

26-08-2026
EV

Pemilik EV Boleh Lega, PLUS, LPT2 Sediakan 350 Titik Pengecas EV

PLUS dan LPT 2 bakal menyediakan 350 titik pengecas EV.

25-08-2026
EV

EV Makin Banyak Tapi Pengecas EV Di Lebuhraya Tak Cukup

Dilema Pemandu EV: Pengecas EV Di Lebuhraya Masih Tak Cukup.

24-08-2026
EV

Had Insurans Rumah RM50k Tak Cukup Jika EV Terbakar

Ingat Insurans Cover Full? Had Liabiliti Rumah Sebenarnya Cuma RM50k.

24-08-2026