Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Kereta Peugeot Kini Dengan Jaminan Standard & Lanjutan Baharu, Lebih Lama!

Sofea Najmi

Kongsi melalui

web_CariCarz_TA_Launch_Peugeot-408_-16.jpg


Stellantis Malaysia kini menawarkan pakej jaminan standard baharu dan jaminan lanjutan untuk pembelian model 2008, 3008, 5008 dan model baharu, 408.


Perlindungan Sehingga 5 Tahun atau 150,000 KM


Pembelian model-model tersebut kini disertakan dengan pakej jaminan standard selama 5 tahun atau 150,000 km, mana-mana yang terdahulu. Stellantis Malaysia menjelaskan bahawa tawaran ini terdiri daripada jaminan pengilang selama 3 tahun dengan jaminan tambahan selama 2 tahun.


Program Jaminan Lanjutan Turut Ditawarkan


Untuk 'ketenangan jiwa' buat tempoh yang lebih lama panjang, pelanggan boleh memilih untuk mendapatkan jaminan lanjutan selama 2 tahun, menjadikan perlindungan keseluruhan sehingga 7 tahun atau 200,000 km, mana-mana yang terdahulu. 


Peugeot-2008-SE-6.jpgCariCarz_2023_Twin-test_Peugeot-3008_Peugeot-5008_-1.jpg


Pelanggan boleh mendapatkan jaminan lanjutan ini pada harga promosi dalam tempoh 90 hari pertama pembelian, atau harga normal sebelum 90 hari terakhir tempoh waranti sedia ada. Berikut adalah senarai harga untuk jaminan lanjutan 2 tahun (bagi tahun ke-6 dan ke-7) untuk kesemua model terlibat:


NEW-PEUGEOT-EXTENDED-WARRANTY-PRICE.png


Peugeot Landtrek 4x4


PEUGEOT-introduced-the-improved,-locally-assembled-PEUGEOT-LANDTREK-Special-Edition-(SE)-at-the-Malaysia-Autoshow-2024.jpg


Untuk trak pikap 4X4 Peugeot Landtrek yang baru-baru ini dilancarkan semula di Malaysia Autoshow 2024, ia ditawarkan dengan pakej jaminan standard selama 3 tahun atau 100,000 km. Dalam tempoh 90 hari pertama, jaminan ini boleh dilanjutkan kepada 5 tahun atau 150,000 km dengan bayaran RM2,942 atau sehingga 7 tahun atau 200,000 km dengan bayaran RM5,148.


Komited Untuk Memberikan Yang Terbaik Kepada Pelanggan 


Pengarah Urusan Stellantis Malaysia, Jamie Francis Morais berkata, “Kami mahu memberikan fleksibiliti kepada pelanggan untuk memilih pakej jaminan berdasarkan keperluan mereka. Kami faham bahawa membeli kereta baharu merupakan satu pelaburan yang besar, dan jaminan lanjutan ini mencerminkan janji kami untuk membina hubungan jangka panjang.”


Untuk maklumat lanjut mengenai jaminan standard baharu dan jaminan lanjutan yang ditawarkan oleh Stellantis Malaysia, boleh hubungi talian hotline 1-800-18-STLA (7852), atau layari laman web rasmi Peugeot Malaysia di Peugeot.com.my.



Tag:

Stellantis Malaysia
Peugeot Malaysia
Jaminan Standard Peugeot
Jaminan Lanjutan Peugeot
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Stellantis Malaysia Tak Jadi Bawa Masuk Jenama Jeep?

Ramai menjangkakan Stellantis Malaysia akan menghidupkan semula jenama Jeep di negara ini, bagaimanapun, laporan terkini mendedahkan bahawa tugasan tersebut kini akan dilaksanakan oleh Red Rock & Rosso Motor.

10-06-2025
Berita Auto

Pusat Servis, Bilik Pameran Untuk Peugeot & Leapmotor Sudah Dibuka

Stellantis Malaysia merasmikan pusat servis Subang dan bilik pameran untuk pelbagai jenama yang terletak di Desa Park City, Kuala Lumpur baru-baru ini.

10-03-2025
Berita Auto

Pusat 3S Peugeot Kini Dibuka Di Kuching, Sarawak

Peugeot Malaysia (Stellantis Malaysia) terus memperkukuh kehadirannya di Malaysia dengan pembukaan Pusat 3S (jualan, servis, alat ganti) di Kuching, Sarawak.

28-02-2025
Pandu Uji

[PANDU UJI RINGKAS] 6 Ciri Ini Menyerlah Pada Leapmotor C10

Dalam sesi pandu uji hari ini penulis berpeluang untuk merasai sendiri keistimewaan Leapmotor C10 walaupun hanya untuk beberapa jam. Teruskan membaca untuk kupasannya...

26-02-2025
Berita Auto

Rebat RM21,500 untuk Peugeot 2008 – Kini Hanya RM111,888!

Stellantis Malaysia kini menawarkan rebat istimewa sebanyak RM21,500 untuk model SUV kompak Peugeot 2008, menjadikannya lebih mampu milik untuk rakyat Malaysia. Tawaran ini menjadikan harga terbarunya hanyalah serendah RM111,88, atas jalan tanpa insurans dan aksesori tambahan.

13-01-2025
Berita Auto

Beli Kereta Peugeot Dengan Rebat Cecah RM40K, Waranti Lanjutan 7 Tahun & Banyak Lagi, Masa Terhad!

Tahun 2024 hampir melabuhkan tirainya, sempena penghujung tahun ini, Stellantis Malaysia melancarkan kempen jualan istimewa "Year End Extravaganza" untuk jenama Peugeot.

18-11-2024
Berita Auto

Pusat Pengedaran Pelbagai Jenama Pertama Stellantis Dibuka Di Jalan Klang Lama

Selepas melancarkan Leapmotor C10, Stellantis Malaysia meneruskan momentumnya dengan pembukaan pusat pengedaran pelbagai jenama pertama di Malaysia pada hujung minggu lalu.

22-10-2024
Kereta Baru

Leapmotor C10 Kini Rasmi Di Malaysia – Hanya RM149,000 Hingga 30 Nov Ini

Sebentar tadi, Stellantis Malaysia telah melancarkan secara rasmi kenderaan elektrik (EV) Leapmotor C10 untuk pasaran Malaysia.

16-10-2024

Berita Terkini

Berita Auto

Tubuh HMY: Hyundai Bakal Perkenal 3 Model Baharu CKD Pada Suku Ketiga 2025

Hyundai Motor Company (HMC) melakar satu lagi sejarah dengan menubuhkan rasmi Hyundai Motor Malaysia (HMY) sekali gus menandakan jenama ini mula mengendalikan operasi secara terus tanpa orang tengah.

18-06-2025
Berita Auto

MAA: TIV Naik Bulan Lepas Sebab Tempoh Hari Bekerja Yang Tinggi

Persatuan Auomotif Malaysia (MAA) mendedahkan Jumlah Volum Industri (TIV) meningkat sebanyak 12.4 peratus kepada 68,007 unit pada Mei lalu.

18-06-2025
Berita Auto

Akhirnya Harga Minyak Naik! Harga Runcit RON97, Diesel Naik 7 Sen Bermula Esok

Harga runcit RON97, diesel naik tujuh sen bermula esok.

18-06-2025
Berita Auto

Harga Runtuh: MG Tawar MG5 Semurah RM86,900

MG Motor Malaysia menawarkan harga promosi kaw-kaw untuk dua model terbaharunya, MG5 dan MG4 sempena promosi pertengahan tahun.

18-06-2025
Berita Auto

Gagal Pemeriksaan Tayar: 600 Kenderaan Perdagangan Guna Tayar Tidak Ikut Spesifikasi

Kebanyakan kenderaan perdagangan didapati menggunakan tayar tidak selamat.

18-06-2025
Berita Auto

Selepas Subsidi Bersasar RON95, Cukai Karbon Pula?

Nampaknya, selepas subsidi RON95, cukai karbon pula menanti kita!

18-06-2025
Berita Auto

Lokasi Kemalangan Pelajar UPSI, Sudah Ada Garisan Kembar

Tular mengenai lokasi kemalangan yang meragut nyawa 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Jalan Raya Timur Barat (JRTB), Gerik, Perak sudah mempunyai garisan berkembar.

17-06-2025
Berita Auto

Banyaknya Kereta Terbiar Di KL, Kenapa Pemilik Tak Nak Jual?

Di Kuala Lumpur sahaja, aduan awam berkaitan kenderaan terbiar mencecah lebih 2,500 kes setiap tahun.

17-06-2025