Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Proton X50: Ada 4 Varian: Harga Bermula Dari RM86K

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Proton  melancarkan secara rasminya,  versi facelift Proton X50 2024 di ibu pejabatnya yang terletak di Shah Alam, sebentar tadi.

Proton X50 2024 didatangkan dalam 4 varian:

*1.5T Standard - RM 86,300

*1.5T Executive - RM93,300

*1.5TPremium - RM101,800

*1.5 TGDi Flagship - RM113,300

Apa yang cukup menarik ialah sempena pelancaran Proton X50 itu, Proton turut menawarkan 5,000 tempahan awal akan menikmati diskaun tunai sebanyak RM7,000.

Selain itu, rebat RM1,500 ditawarkan untuk  tawaran jual-beli (trade-in), RM6,000 untuk Value Added Features, dan semua pakej ini sebenarnynya berjumlah RM14,500. 

Menyentuh mengenai trenkuasanya, ia masih mengekalkan enjin 1.5L turbo tiga-silinder petrol yang mampu menghasilkan kuasa setakat 177 PS dan tork 255 Nm.

Enjinnya yang digandingkan dengan transmisi DCT tujuh-kelajuan sekali gus membolehkan ia memecut dari  0-100 km/j hanya dalam 7.9 saat.

image.png

Untuk versi facelift ini, ia menerima penambahbaikan dari segi Noise, Vibration, and Harshness (NVH) di mana lebih 20 poin NVH yang bertujuan untuk memberikan lebih keselesaan.

Menjengah bahagian luarannya, ia tetapi sama dengan pendahulunya dimana ia masih menggunakan  lampu utama LED dengan fungsi lampu tinggi automatik ada lampu nyalaan siang LED, lampu kabus hadapan dan belakang.

image.pngimage.png

Bahagian kabin pula, ia dilengkapi dengan unit paparan utama (HUD) bersaiz 10.3-inci dengan resolusi yang lebih tinggi pada kadar 1920 x 720, unit pemprosesasan dual quad-core, 2GB bagi kapasiti RAM, kapasiti storan hingga 64GB, dan aplikasi Spotify Music. 

image.pngimage.png

Ia juga menampilkan arahan suara “Hi PROTON” yang popular dan aplikasi PROTON Link, yang membolehkan enjin dihidupkan dan kabin disejukkan dari jarak jauh.

PROTON X50 juga menyediakan kombinasi ideal keselamatan dan kemudahan dengan Kamera 360 Definisi Tinggi baharu yang memaparkan imej yang jelas walaupun dalam keadaan cahaya rendah, untuk memudahkan parkir.

image.pngimage.png

Bagi yang berminat, ia didatangkan dalam 5 pilihan warna: Snow White, Armour Silver, Jet Grey, Ocean Blue dan Passion Red.

Untuk makluman, setiap pembelian diberi waranti lima-tahun/tanpa had perbatuan, lima-tahun pakej data percuma (16G sebulan), dan enam kali penyelenggaraan dengan kos buruh percuma.

PROTON X50 kini boleh ditempah dalam talian di https://www.proton.com/en/purchase/register-interest) dan di bilik pameran PROTON yang sah.


Gallery

Tag:

Proton X50
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Prestasi Terbaik 15 Tahun: Jualan PROTON Pintas 100,000 Unit Separuh Pertama 2026

PROTON Mengganas! Rekod Jualan Separuh Pertama Terbaik Sejak 2011.

02-07-2026
Berita Auto

Bukan Sekadar Jual Kereta, Proton Iktiraf 97 Perunding Jualan Terbaik

PROTON mengiktiraf 97 perunding jualan terbaik dari seluruh negara menerusi program Elite Sales Achiever (ESA) Award Trip 2026 di Phuket.

01-07-2026
Berita Auto

PROTON Tapau Pasaran Automotif Sebab Saga, e.MAS 7 PHEV?

Dominasi ICE Dan EV: PROTON Catat Jualan 16,995 Unit Pada Mei 2026.

08-06-2026
Berita Auto

Tragedi Jalan Raya: 6 Maut Dalam Nahas Proton X50, Lori Tanah

Tak Sempat Elak: 6 Terkorban Pertembungan Proton X50 & Lori Tanah.

08-06-2026
Berita Auto

Bukan Sebab Murah, Ini Punca Sebenar Proton X50 Jadi Kegilaan Orang Malaysia

Sanggup 'Tinggal' Sedan & Hatchback, Kenapa Ramai Pakat Beralih Ke Proton X50?

28-05-2026
Berita Auto
Global

Proton X50 'Takluk' Caribbean, Bukti Kereta Proton Bertaraf Dunia

Strategi global PROTON: Trinidad dan Tobago jadi pasaran eksport kedua X50 selepas Brunei.

20-04-2026
Berita Auto

Rasmi: Proton X50 Kini Ditawarkan Dengan Warna Quartz Black Untuk Semua Varian Bermula April 2026

PROTON secara rasmi memperkenalkan warna Quartz Black sebagai pilihan warna tetap untuk semua varian Proton X50 bermula April ini.

10-04-2026

Berita Terkini

Kereta Baru

JAECOO J5 EV Kini Dibuka Untuk Tempahan Di Malaysia, Anggaran Harga Bermula RM125,000

OMODA | JAECOO Kini Jenama Ke-5 Terlaris Di Malaysia, Tempahan Jaecoo J5 EV sudah dibuka.

18-07-2026
Kereta Baru

BMW M3 Touring Kini Di Malaysia – Wagon Paling Ganas Cetus Sejarah, Harga Bermula RM898k

Ruang But 1,510L, Pecut 3.6 Saat! BMW M3 Touring Rasmi Mendarat Di Malaysia.

16-07-2026
Kereta Baru

Raja Litar Sepang Baharu? BMW M2 CS Tiba Di Malaysia Dengan DNA Jentera Lumba GT3

Seni Pembinaan Ringan: Bagaimana BMW M2 CS Baharu Memotong 30kg Untuk Prestasi Maksimum.

16-07-2026
Kereta Baru

DENZA Z9GT Dilancarkan: EV Mewah Yang Boleh Cas 5 Minit Sahaja? Ini Faktanya

EV Paling Laju Cas Kini Di Malaysia! DENZA Z9GT Boleh Cas 10%-70% Dalam 5 Minit Sahaja.

15-07-2026
Kereta Baru

Volkswagen Tayron Dilancar – SUV 7 Tempat Duduk CKD Pekan, Harga Bermula RM189k

Gergasi Baharu Di Antara Tiguan & Touareg: Volkswagen Tayron Rasmi Tiba Di Malaysia.

13-07-2026
Kereta Baru

Tempahan DENZA Z9GT Kini Dibuka Di Malaysia, Cas 5 Minit Sahaja

DENZA Z9GT Masuk Malaysia: GT Elektrik 1,156 PS, Sedia 'Tapau' 0-100 Km/J Dalam 2.7 Saat.

09-07-2026
Kereta Baru

Jaecoo J5 EV Didedah, 211 Hp, Jarak Gerak 402km

Orang ramai boleh melihat Jaecoo J5 EV di Mid Valley, KL.

09-07-2026
Kereta Baru

Suzuki eVITARA Rasmi Dilancarkan – SUV BEV Pertama Suzuki, Bermula RM188k

Bermula RM188k, Adakah Suzuki e VITARA eAxle Ini Bakal Jadi SUV Elektrik Pilihan Anda?

26-06-2026