- Berita
- Gaya Hidup
- smart Anjur Pertandingan Video Pendek EV

smart Malaysia telah bekerjasama dengan Universiti Wollongong Malaysia untuk menganjurkan pertandingan video pendek mengenai kenderaan elektrik untuk masa depan.
Ketua Pegawai Eksekutif smart Malaysia, Zhang Qiang berkata, kerjasama itu adalah bukti dedikasi smart dalam memperkasakan pemikiran yang progresif dan bersedia mempengaruhi naratif terhadap mobiliti lestari dalam industri automotif.
“Matlamat ini dapat membina kemahiran inovatif mereka dalam menyampaikan mesej tentang penggunaan kenderaan elektrik pada masa hadapan dalam dunia moden pada hari ini,” katanya dalam satu kenyataan.
Difahamkan, seramai 100 orang para pelajar telah menghadiri taklimat pertandingan berkenaan. Pertandingan ini terbuka kepada semua Fakulti di UOW Malaysia.

Syarat pertandingan ini ialah para pelajar perlu membentuk satu kumpulan yang terdiri daripada 3 hingga 4 orang ahli.
Setiap kumpulan dikehendaki menghantar video mereka yang berdurasi 2-3 minit dan penghantaran video selewat-lewatnya pada 7 Ogos 2024.
Penilaian dilakukan oleh dua orang wakil daripada setiap organisasi.
Kriteria pemilihan pemenang adalah berdasarkan kreativiti, keaslian, relevan pada tema, penceritaan, dan kualiti video.
Setiap penyertaan akan dinilai dengan teliti bagi memastikan bahawa kumpulan yang memenangi pertandingan ini mengikuti tema “Electrifying The Future” dan menunjukkan pandangan inovatif mereka terhadap fungsi kenderaan elektrik dalam membentuk mobiliti lestari.
Pemenang hadiah tempat pertama pertandingan penghasilan video pendek ini akan menerima wang tunai sebanyak RM5,000 setiap kumpulan.
Tempat kedua akan menerima wang tunai sebanyak RM4,000, dan di tempat yang ketiga akan menerima wang tunai RM3,000.
Hadiah Honourable Mention Prize akan menerima wang tunai sebanyak RM1,000 dan yang terakhir pemenang Hadiah Most Likes and Shares akan menerima wang tunai RM1,000.
Tidak lupa juga, pemenang dan para pelajar dari Universiti Wollongong berpeluang untuk menyertai program Latihan Industri di smart Malaysia.
Pertandingan ini bukan sahaja mencabar para pelajar untuk penghasilan konten video yang menarik dan kreatif, tetapi juga menawarkan laluan untuk pembangunan kerjaya melalui program Latihan Industri di PRO-NET.
Program ini dianjurkan untuk membuka peluang pekerjaan dalam sektor Kenderaan Tenaga Baharu (NEV) yang semakin berkembang pesat.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/