Link Copiedcheck_circle
Global

BMW M5 Tampil Lebih Agresif Dengan M Performance Parts

Sofea Najmi

Kongsi melalui

BMW-M5-G90-MPerformanceParts-13.jpg


BMW M5 (G90) yang baru sahaja membuat kemunculan global kini bakal menjadi lebih ekstrem dengan pengenalan kit badan sporty M Performance Parts. Pakej aksesori tambahan ini menjanjikan transformasi sedan elektrik M5 kepada versi yang lebih agresif dengan elemen gentian karbon. 


Gaya Lebih Agresif


BMW-M5-G90-MPerformanceParts-14.jpgBMW-M5-G90-MPerformanceParts-12.jpgBMW-M5-G90-MPerformanceParts-15.jpgBMW-M5-G90-MPerformanceParts-11.jpg


Melalui katalog M Performance Parts, pembeli boleh melengkapkan M5 mereka dengan pelbagai elemen sporty


Untuk rekaan, terdapat kit badan gentian karbon yang bergaya. Diperbuat daripada gentian karbon diperkuat plastik (CFRP), kit ini merangkumi splitter depan yang lebih menyerlah, skirt sisi dengan sirip yang aerodinamik, spoiler belakang yang lebih besar dan diffuser yang lebih agresif. 


BMW-M5-G90-MPerformanceParts-18.jpgBMW-M5-G90-MPerformanceParts-9.jpgBMW-M5-G90-MPerformanceParts-8.jpg


Selain itu, antena berbentuk sirip jerung dan penutup tangki bahan api juga diperbuat daripada gentian karbon. Pada penutup tangki terdapat logo M Performance daripada aluminium. Gaya sporty boleh diserlahkan lagi dengan pelekat sisi M Performance berwarna hitam Frozen Black. Bagaimanapun, buat masa ini BMW masih belum menawarkan pilihan rim M Perfomance, yang dijangka akan mula ditawarkan tahun depan. 


Sentuhan M Performance di Ruang Kabin


BMW-M5-G90-MPerformanceParts-24.jpg


Selain daripada penampilan luar yang lebih sporty, pakej M Performance Parts juga menawarkan peningkatan kelengkapan dalaman seperti karpet baharu dengan jahitan berwarna kontra dan logo M Performance. 


Selain itu, turut ditawarkan ialah sarung kunci daripada kulit Nappa hitam dan beg tayar BMW M. 


Trenkuasa


BMW-M5-G90-MPerformanceParts-4.jpgBMW-M5-G90-MPerformanceParts-1.jpg


Pakej M Performance Parts tidak membawa perubahan pada trenkuasa M5. Model ini masih dikuasakan oleh V8 hibrid plug-in (PHEV) yang menghasilkan 717 hp dan 1,000 Nm, menjadikannya model M5 paling berkuasa setakat ini. 


BMW-M5-G90-MPerformanceParts-3.jpg


Walaupun mencatatkan angka prestasi yang tinggi, M5 baharu ini ‘dibebani’ oleh beratnya yang agak tinggi iaitu 2,445 kg, hampir 500 kg lebih berat daripada versi sebelum ini. 


Walaupun tidak banyak memberi kesan pada prestasi kereta, BMW menawarkan ciri tambahan seperti bumbung gentian karbon dan brek karbon seramik yang membantu mengurangkan berat sehingga kira-kira 55 kg. 


Memandangkan model yang kita dapat saksikan buat masa ini adalah versi standard, mungkin versi yang akan dilancarkan dalam masa beberapa tahun akan datang seperti Competition atau CS yang lebih sporty adalah jauh lebih ringan.


Harga M Performance Parts


BMW-M5-G90-MPerformanceParts-6.jpg


Buat mas ini, BMW masih belum mengumumkan harga sebenar M Performance Parts untuk G90 BMW M5, yang pasti, pakej kit badan ini membuatkan harganya jauh lebih tinggi berbanding harga asasnya, $119,500 (~RM558,035). 

Baca: Wagon Elektrik, BMW i5 Touring, Buat Kemunculan Sulung di Singapura

BMW-M5-G90-MPerformanceParts-17.jpg


Tag:

BMW M5
BMW M5 G90
M Performance Parts
BMW M Performance
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Global

17-06-2025
Kereta Baru

12-06-2025
Global

19-11-2024
Global

11-09-2024
Global

25-07-2024
Global

26-06-2024
Global

29-08-2023
Global

25-01-2023

Berita Terkini

Global

Klon VW Beetle Moden? GWM Kemas Kini Ora Ballet Cat, Mungkin Dikenali Sebagai ORA 6

GWM bakal lancar Ora Ballet Cat versi kemas kini! Klon VW Beetle elektrik ini kini lebih berkuasa dengan 201 hp dan dijangka tukar nama kepada Ora 6?

15-07-2026
Global

Laku Keras! Denza Z Raih 1,000 Unit Tempahan Dalam Masa Hanya Sehari

Pecut 0-100 km/j Bawah 2 Saat! BYD Denza Z Cetus Fenomena, Raih 1,000 Tempahan Sehari.

15-07-2026
Global

Motor Elektrik BYD Tang Tercabut, Ini Penjelasan BYD

Rupanya ini sebab motor elektrik BYD Tang tercabut.

15-07-2026
Global

SUV Turbo Mewah Pada Harga 'Rahmah' Bermula RM44,800

Nissan Tekton Rasmi Dilancarkan, SUV Turbo Paling Murah.

14-07-2026
Global

India Haramkan Skuter, Motosikal, Rickshaw Petrol, Tekad Beralih ke EV Menjelang 2028

Tangani Pencemaran Toksik: New Delhi Rancang Haramkan Semua Skuter, Motosikal, Ricksaw Petrol.

07-07-2026
Global

WTCA Lakar Sejarah: Mula Eksport GAC GS3 EMZOOM Pemasangan Tempatan ke Vietnam

Satu Lagi Pengiktirafan Kilang Tempatan: GAC GS3 EMZOOM Buatan Malaysia Kini Dieksport ke Vietnam

08-06-2026
Global

Auto China 2026: iCAUR Tayang V27, Petanda Bakal Masuk Pasaran Malaysia?

iCAUR Gemparkan Beijing! Konsep ROBOX Tampil Unik, V27 RHD Sedia Takluk Asia Tenggara.

27-04-2026
Global

Auto China 2026: Lepas L6 EV, L4 Didedah

Kenali LEPAS: Jenama EV Terbaru Di Bawah Naungan Chery Group.

27-04-2026