Link Copiedcheck_circle
EV

EV Dapat Jimatkan Kos Operasi Ladang Felda

Sofea Najmi

Kongsi melalui

ev-felda-1.jpg


EV bakal digunakan untuk menjimatkan kos operasi di Felda. (Foto: Sinar Harian)


Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) akan menggunakan kenderaan elektrik (EV) dalam usaha mengurangkan kos operasi dan menyokong penjagaan alam sekitar, lapor Sinar Harian. 


Ketua Pegawai Operasi Abra International, Izahar Atan, menyatakan EV dijangka digunakan di Felda secara berperingkat mulai hujung tahun ini.


Baca: EV Jadi Pilihan Golongan M40, Kereta Mampu Milik Golongan B40 – Kenanga Research


Namun begitu, proses penggunaan EV sepenuhnya di seluruh Felda memerlukan masa dan perancangan yang teliti. Izahar menjelaskan bahawa memorandum kerjasama telah ditandatangani dengan Sabah, dan mereka dijangka mula menggunakan EV untuk operasi di ladang pada akhir tahun ini.


Penjimatan Kos & Pengurangan Penggunaan Diesel


felda-2.jpeg


"Saya pasti dengan penggunaan EV dapat menjimatkan setidak-tidaknya 20 hingga 30 peratus kos berbanding kenderaan biasa. Kalau dulu Felda perlu tanggung kos diesel yang amat tinggi sekarang dapat dijimatkan," katanya. 


448086384_895058442658301_2938137639927716719_n.jpg448074860_895058449324967_5560155888048450296_n.jpg


Penggunaan EV juga diharapkan dapat mengurangkan kos penyelenggaraan berkala seperti menukar minyak enjin, palam pencucuh dan penapis minyak hitam.


Baca: Pengeluaran 'Fleet Card' Perlu Dipercepat, KPDN, Syarikat Minyak Bincang Isu Kelewatan


Manfaat Kepada Alam Sekitar


Kerjasama ini bukan sahaja membantu Felda mengurangkan kos operasi tetapi juga memberi manfaat kepada penjagaan alam sekitar. 


"Bila sebut pasal EV, ia bukan sahaja dapat membantu mengurangkan kos penggunaan bahan api tetapi mesra alam. Penggunaannya dapat merealisasikan bumi sifar karbon," tambah Izahar.


Rancangan Masa Hadapan Untuk Ladang Lain


Selain Felda, ladang-ladang lain juga akan memulakan penggunaan EV untuk aktiviti seperti pembinaan. Dengan langkah ini, Felda dan ladang-ladang lain dapat menikmati penjimatan kos yang signifikan sambil menyokong usaha penjagaan alam sekitar.


Sumber: Sinar Harian

Tag:

EV Felda
Felda Kenderaan Elektrik
Trak Elektrik
Lori Elektrik
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Terkini

EV

1 Aplikasi, Tapi Banyak Pengecas: Akses Stesen Pengecas Gentari Melalui Aps ChargeSini

Nak Cas EV Lagi Mudah, ChargeSini, Gentari Kini Roaming Bersama.

02-09-2026
EV

Kenapa Jaecoo J5 EV Malaysia Lagi Mahal Dari Thailand, Indonesia

JAECOO J5 EV CKD dilancarkan pada RM118,800.

02-09-2026
EV

Pengecas EV Murah: ChargeSini Kurangkan Harga Di Seluruh Malaysia

Berita baik pemilik EV, ChargeSini turunkan harga Pengecas DC. Semak kadar tarif baharu sekarang.

01-09-2026
EV

Sukar Pasang Pengecas EV: Ini Sebab Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Buat Suka Hati

Niat Ada, Halangan Banyak: Kenapa Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Bebas Bina Pengecas EV?

27-08-2026
EV

Pengecasan Berjenama Proton e.MAS Kini Di Seluruh Negara

Hilang Risau Pemandu e.MAS: Proton e.MAS Tambah Stesen Pengecas Suku Ketiga Tahun Ini.

26-08-2026
EV

Pemilik EV Boleh Lega, PLUS, LPT2 Sediakan 350 Titik Pengecas EV

PLUS dan LPT 2 bakal menyediakan 350 titik pengecas EV.

25-08-2026
EV

EV Makin Banyak Tapi Pengecas EV Di Lebuhraya Tak Cukup

Dilema Pemandu EV: Pengecas EV Di Lebuhraya Masih Tak Cukup.

24-08-2026
EV

Had Insurans Rumah RM50k Tak Cukup Jika EV Terbakar

Ingat Insurans Cover Full? Had Liabiliti Rumah Sebenarnya Cuma RM50k.

24-08-2026