Link Copiedcheck_circle
Global

Flying Spur 2025, Guna Enjin V8

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Bentley mengesahkan bahawa pihaknya akan mengeluarkan versi semakan limosin empat pintu Flying Spur yang menggunakan enjin V8 plug in hybrid (PHEV) sebagai model tahun 2025.

Susulan itu, , Bentley turut menyiarkan beberapa imej teaser  bahagian hadapan Flying Spur dimana ia nyata jelas menunjukkan bahawa ia akan menerima pengemaskinian serta penggayaan terbaharu.

image.png

Antara perkara yang boleh dilihat ialah rekaan gril honeycomb serba baharu, saluran pengambilan udara direka semula dan ada beberapa sensor ADAS tambahan.

Apa yang cukup penting ialah enjin  V8 PHEV Flying Spur baharu akan menjadi tumpuan utama kerana ia akan menyalurkan kuasa dan prestasi yang cukup luar biasa.

Lagipun,  rangkaian kuasa V8 elektrik ini dikongsi dengan Bentley Continental GT generasi keempat yang baru didedahkan baru-baru ini.

image.pngimage.png

Dikatakan GT coupe ini didedahkan dalam bentuk Speed, yang mana sebelum ini dikhaskan untuk varian enjin W12 dimana ia boleh menghasilkan kuasa sehingga 771 hp dan tork  1,000 Nm.

Malah, ia adalah rangkaian kuasa yang sama dipasang pada Porsche Panamera Turbo S E-Hybrid yang juga baru dikeluarkan..

Difahamkan, pek bateri yang ada pada model ini menawarkan jarak gerak elektrik  sehingga 72 kilometer manakala  pek bateri 25.9 kWj menerima input pengecasan AC 11 kW.

image.pngimage.png

Bagaimanapun,  Bentley seterusnya menyatakan sejumlah amaun  telah dilaburkan untuk  ekzos Flying Spur baharu.

Firma yang berpangkalan di Crewe menekankan bahawa tiada peningkatan buatan digunakan untuk itu, walaupun cara ini mungkin masih tidak jelas.

image.png

Sebaliknya, syarikat yang berpangkalan di Crewe menekankan bahawa tiada peningkatan buatan digunakan untuk tujuan itu (pembangunan ekzos).

Apapun, Bentley Flying Spur 2025 baharu ini akan muncul dalam beberapa minggu atau bulan lagi.

Gallery

Tag:

Bentley
Bentley Flying Spur
Bentley Flying Spur Hybrid
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Tak Perbaharui Cukai Jalan Sebab Terlepas Pandang, Pemandu Bentley

Guna Bentley tetapi tidak perbaharui lesen kenderaan motor (LKM) dan insurans sejak 2018.

09-02-2026
Berita Auto

Bentley Continental Supersports Didedahkan – Model Paling Ringan Bentley, Capai 657 HP

Hanya lebih setahun selepas Continental GT generasi baharu diperkenalkan, Bentley Motors kini menghidupkan semula model ikonik grand tourer dua pintunya, Bentley Continental Supersports Edisi Terhad terbaru.

17-11-2025
Global

Bentley Flying Spur Speed 2025: Saloon Terpantas Bentley

Flying Spur baharu ini adalah model saloon terpantas dan paling bertenaga yang pernah dibuat oleh jenama mewah itu.

12-09-2024
Kereta Baru

Bentley Continental GT Speed Kini Di Malaysia, Harga Dari RM1.1 Juta

Continental GT Speed generasi ketiga kini telah tiba secara rasminya di Malaysia.

04-04-2023
Berita Auto

Prestasi Jualan Kereta Global 2022: BMW Menandingi Mercedes-Benz, Jualan VW & Audi Turun?

Artikel ini mendedahkan pencapaian jualan antara jenama automotif terbesar sepanjang tahun lalu.

12-01-2023
Berita Auto

YouTuber Ini Terjumpa Koleksi Kereta Klasik Bernilai Lebih RM5 Juta! Ada Proton Perdana?

Koleksi mencecah £1 juta (RM 5.16 juta)! Itulah nilai kesemua kereta yang ditemukan dua orang YouTuber.

06-09-2022
Kereta Baru
Teknologi

Bentley Sanggup Buat Pelaburan Besar Demi Tingkatkan Kapasiti AM

Bentley Motors melabur sebanyak £3 juta (RM16.8 juta) untuk meningkatkan kapasiti Pembuatan Aditif.

06-04-2022

Berita Terkini

Global

Klon VW Beetle Moden? GWM Kemas Kini Ora Ballet Cat, Mungkin Dikenali Sebagai ORA 6

GWM bakal lancar Ora Ballet Cat versi kemas kini! Klon VW Beetle elektrik ini kini lebih berkuasa dengan 201 hp dan dijangka tukar nama kepada Ora 6?

15-07-2026
Global

Laku Keras! Denza Z Raih 1,000 Unit Tempahan Dalam Masa Hanya Sehari

Pecut 0-100 km/j Bawah 2 Saat! BYD Denza Z Cetus Fenomena, Raih 1,000 Tempahan Sehari.

15-07-2026
Global

Motor Elektrik BYD Tang Tercabut, Ini Penjelasan BYD

Rupanya ini sebab motor elektrik BYD Tang tercabut.

15-07-2026
Global

SUV Turbo Mewah Pada Harga 'Rahmah' Bermula RM44,800

Nissan Tekton Rasmi Dilancarkan, SUV Turbo Paling Murah.

14-07-2026
Global

India Haramkan Skuter, Motosikal, Rickshaw Petrol, Tekad Beralih ke EV Menjelang 2028

Tangani Pencemaran Toksik: New Delhi Rancang Haramkan Semua Skuter, Motosikal, Ricksaw Petrol.

07-07-2026
Global

WTCA Lakar Sejarah: Mula Eksport GAC GS3 EMZOOM Pemasangan Tempatan ke Vietnam

Satu Lagi Pengiktirafan Kilang Tempatan: GAC GS3 EMZOOM Buatan Malaysia Kini Dieksport ke Vietnam

08-06-2026
Global

Auto China 2026: iCAUR Tayang V27, Petanda Bakal Masuk Pasaran Malaysia?

iCAUR Gemparkan Beijing! Konsep ROBOX Tampil Unik, V27 RHD Sedia Takluk Asia Tenggara.

27-04-2026
Global

Auto China 2026: Lepas L6 EV, L4 Didedah

Kenali LEPAS: Jenama EV Terbaru Di Bawah Naungan Chery Group.

27-04-2026