Link Copiedcheck_circle
EV

Lexus Malaysia Kongsi Teaser SUV Elektrik Lexus RZ450e – Pelancaran Tak Lama Lagi?

Sofea Najmi

Kongsi melalui

web_CariCarz_TA_First-Look_Lexus-RZ450e_Toyota-Beyond-Zero_-1.jpg


Lexus RZ450e yang dipertontonkan semasa acara 'Beyond Zero' awal tahun ini. 


Lexus Malaysia baru-baru ini memuat naik teaser model baharu di Facebook dan Instagram. Walaupun tidak dinyatakan secara langsung, pratonton lampu depan dan bampar hadapan kelihatan seperti sebuah kenderaan elektrik (EV) daripada Lexus, RZ450e.



Dijangka akan dilancarkan tidak lama lagi. Model ini telah dipertontonkan awal tahun ini di pameran 'Beyond Zero' oleh UMW Toyota Motor (UMWT), di mana pendaftaran minat (ROI) turut dibuka.


Spesifikasi Lexus RZ450e


web_CariCarz_TA_First-Look_Lexus-RZ450e_Toyota-Beyond-Zero_-2.jpgweb_CariCarz_TA_First-Look_Lexus-RZ450e_Toyota-Beyond-Zero_-9.jpgweb_CariCarz_TA_First-Look_Lexus-RZ450e_Toyota-Beyond-Zero_-10.jpg


Lexus RZ450e dibina atas platform e-TNGA yang sama dengan Toyota bZ4X, tetapi menampilkan reka bentuk luaran yang lebih sporty dan ruang kabin yang lebih mewah. Untuk ruang  kabinnya, kita boleh menjangkakan pelbagai ciri mewah yang sama seperti dalam RX350 dan RX500h.


Dari segi trenkuasa, model Lexus ini menjanjikan prestasi lebih tinggi. Dengan sistem pacuan semua roda (AWD) dan dua motor, model ini menghasilkan 313 ps dan 435 Nm, membolehkannya membuat pecutan 0-100 km/j dalam masa sepantas 5.3 saat dengan kelajuan tertinggi dihadkan pada 160 km/j. 


web_CariCarz_TA_First-Look_Lexus-RZ450e_Toyota-Beyond-Zero_-11.jpgweb_CariCarz_TA_First-Look_Lexus-RZ450e_Toyota-Beyond-Zero_-12.jpgweb_CariCarz_TA_First-Look_Lexus-RZ450e_Toyota-Beyond-Zero_-7.jpg


Lexus RZ450e dikuasakan oleh bateri 71.4 kWj, bateri ini boleh dicas menggunakan input AC 11 kW dan DC sehingga 150 kW. Masa yang diambil untuk dicas daripada 0-80% menggunakan pengecas DC hanyalah 30 minit. Dengan cas penuh, model ini dijangkakan mampu mencapai jarak perjalanan maksimum sehingga 440 km. 


Dari segi keselamatan, model ini dilengkapi dengan ciri bantuan pemandu aktif (ADAS) yang membolehkan pemanduan separa autonomi.


Harga yang Kompetitif


Walaupun harga belum diumumkan, insentif pengecualian cukai untuk EV yang diimport sepenuhnya (CBU) oleh kerajaan mungkin membolehkan RZ450e ditawarkan pada harga yang kompetitif, berbanding model Eropah lain seperti BMW iX1 dan Volvo C40 Recharge.


web_CariCarz_TA_First-Look_Lexus-RZ450e_Toyota-Beyond-Zero_-4.jpg


Tag:

Lexus Malaysia
Lexus RZ450e
Lexus EV
EV Malaysia
Toyota Beyond Zero
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Kereta Baru

Lexus GX 550 2026 Dilancar, Ada 2 Varian, Harga Bermula Daripada RM780,000

Lexus Malaysia telah melancarkan Lexus GX generasi ketiga, baru-baru ini.

04-12-2025
Kereta Baru

SUV Mewah Off-Road Lexus GX 2026 Disahkan Bakal Tiba Di Malaysia

Lexus Malaysia beri bayangan pelancaran SUV Lexus GX generasi ketiga. Model body-on-frame tujuh tempat duduk ini hadir dengan enjin V6 Turbo dan teknologi off-road E-KDSS.

28-11-2025
Kereta Baru

Lexus NX 350h Luxury 2025 Kini Rasmi Di Malaysia – Varian Hibrid Terbaru, Dari RM395,888

Lexus Malaysia sekali lagi membuat kemas kini barisan produknya ‘dalam diam’ dengan memperkenalkan varian baharu SUV NX, iaitu Lexus NX 350h Luxury.

29-07-2025
Kereta Baru

Dilancar: Lexus RX 500h F Sport Special Edition-Harga RM512,888, HANYA Ada 50 Unit Di Malaysia!

Lexus Malaysia secara senyap-senyap melancarkan edisi terhad baharu SUV saiz sederhana mereka, dikenali sebagai Lexus RX 500h F Sport Special Edition.

22-07-2025
Global

Lexus RX 2025 Dikemaskini – Lebih Sporty dengan F Sport Design & Black Line Special Edition

Lexus RX, antara model terlaris Lexus, telah diberikan kemas kini untuk model tahun 2025 (2025MY).

23-08-2024
Berita Auto

UMWT Dah Jual Kereta Dari Jan-Julai, Lebih 55K Kereta

UMWT mencapai jualan yang memberangsangkan pada Julai lepas apabila jualan bulanan melebihi 9,000 unit.

15-08-2024
Kereta Baru

Lexus LBX, Ada 2 Varian, Harga Bermula Dari RM238K

Lexus LBX Premium dijual bermula dari RM238,888 manakala varian teratasnya, Luxury (RMRM268,888).

23-07-2024
EV

Harga Lexus RZ450e Cuma RM429,888, Ada 1 Varian

Nama pun Luxury, harga pun agak mewah.

10-07-2024

Berita Terkini

EV

Jangan Terkejut EV Proton, Perodua Bakal Kuasai Pasaran BEV Tahun Ini

Jenama automotif nasional dijangka menguasai bahagian pasaran kenderaan elektrik bateri (BEV) yang lebih besar bermula tahun ini.

09-01-2026
EV
EV

Rapid Bus Hidupkan Bas Diesel Tua, Jadi Canggih Dengan Teknologi EV

Rapid Bus, pengendali rangkaian bas Rapid KL, Rapid Penang dan Rapid Kuantan, kini sedang menerokai langkah inovatif dalam usaha ‘menghijaukan’ pengangkutan awam negara, lapor The Star.

08-01-2026
EV

Xiaomi SU7 Didedah, Bakal Dijual Tetapi Bukan Di Malaysia

Xiaomi baru sahaja mengemas kini SU7 2026, dimana pra-pesanan kini dibuka secara rasmi di China.

07-01-2026
EV

CES 2026: Prototaip Afeela 2026 Dipertonton

Sony Honda Mobility menayangkan sebuah prototaip terbaharunya, Afeela 2026.

07-01-2026
EV

Harga EV Lain Naik Melambung Tapi Kenapa Tesla Masih Kekal Sama?

Di saat industri automotif tempatan sedang bersiap sedia menghadapi kenaikan harga susulan berakhirnya insentif cukai kenderaan elektrik (EV) import sepenuhnya (CBU), Tesla Malaysia tampil dengan pengumuman mengejutkan.

07-01-2026
EV

VW 'Taubat'! Kembalikan Butang Kawalan Fizikal Dalam VW ID.Polo

Jenama Jerman ini mendedahkan rekaan dalaman yang bakal membuatkan ramai peminat old-school tersenyum lebar.

06-01-2026
EV

Model PHEV BYD, Song Pro, Qin L & Qin Plus Capai Jarak Elektrik Menakjubkan, Cecah 210 KM!

Gergasi automotif China, BYD, nampaknya semakin rancak berinovasi. Terbaru, BYD mempertontonkan versi Long Range untuk tiga model popularnya, Song Pro DM-i (SUV) serta dua model sedan, Qin L dan Qin Plus.

06-01-2026