Link Copiedcheck_circle
EV

Program smartCo Khas untuk Pemilik EV smart Diperkenalkan – Tawaran Eksklusif, Peluang Perniagaan

Sofea Najmi

Kongsi melalui

smartCo-Programme.jpg


Selain pelancaran kenderaan elektrik (EV) baharu, smart #3, smart Malaysia (PRO-NET) turut memperkenalkan inisiatif terbarunya, smartCo. Program ini direka untuk memberi peluang perniagaan kepada pemilik smart serta keistimewaan eksklusif daripada perniagaan yang dipromosikan oleh pemilik lain.


Menurut smart Malaysia, smartCo bertujuan mewujudkan komuniti peminat automotif yang dinamik dan membantu menjadikan hobi mereka sebagai perniagaan yang berjaya. 


Menurut CEO smart Malaysia, Zhang Qiang, "Kami berhasrat untuk menggalakkan ebih banyak kerjasama bagi meningkatkan nilai kualiti jenama yang kami hargai, serta mewujudkan komuniti smart yang lebih dinamik.”


Baca: smart #3 Kini Rasmi di Pasaran – 3 Varian, Capai 455 KM, dari RM175,000


Kerjasama untuk Memperluaskan Rangkaian Pengecasan


Caricarz-web-smart-3-Launch-1.jpg


Sempena pelancaran smart #3 EV dan smartCo, smart Malaysia turut mengumumkan kerjasama dengan dua lagi pengendali titik pengecasan EV (CPO), iaitu DC Handal dan Carput Zap. Dengan penambahan dua CPO ini, smart Malaysia kini mempunyai enam rakan CPO, memberi akses kepada lebih 80% rangkaian pengecasan awam di Malaysia untuk model smart #1 dan smart #3.


smart Tour


smart-Malaysia-Tour.jpg


Bagi mereka yang ingin melihat smart #3 baharu dengan lebih dekat, boleh menghadiri smart Tour yang dijadualkan akan berlangsung di beberapa bandar utama di seluruh negara. 


Jelajah ini bermula di Kuala Lumpur, Pavilion Bukit Jalil dari 11 hingga 14 Julai 2024. Lokasi seterusnya ialah Setia Alam Convention Centre dari 20 hingga 21 Julai, diikuti Penang, Gurney Plaza dari 4 hingga 8 September, dan berakhir di Johor, Mid Valley South Key dari 19 hingga 22 September.


Baca: SmartCare: Tawar Perkhidmatan Selepas Jualan


Harga dan Maklumat Lanjut


Caricarz-Web-TA-smart-3-Launch-13.jpg


EV smart #3 kini boleh didapati dengan harga bermula RM175,000 untuk varian Pro, RM215,000 untuk varian Premium dan RM255,000 untuk varian Brabus. 


Untuk maklumat lanjut mengenai smart #3 dan produk smart Malaysia lain, layari laman web rasmi mereka di https://my.smart.com/

Tag:

smartCo
smartCo Community Privileges
smart Malaysia
smart#3
smart Tour
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Kereta Baru

smart #5 Kini Rasmi Di Malaysia – Audio Sennheiser, Capai 590 KM, Dari RM199,800

smart Malaysia (PRO-NET) hari ini melancarkan secara rasmi kenderaan elektrik (EV) premium terbaharu mereka, smart #5, ke pasaran tempatan. Dengan rekaan yang lebih menyerlah, SUV ini disasarkan kepada rakyat Malaysia yang ingin beralih kepada sistem mobiliti yang lebih canggih.

14-11-2025
Kereta Baru

Tempahan smart #5 Sudah Dibuka, Bayaran Tempahan Cuma RM2,000, Ada 2 Varian

smart Malaysia mengumumkan bahawa tempahan untuk smart #5 kini dibuka

21-10-2025
EV

MAS 2025: smart #1 BRABUS Edisi Terhad Didedah, Hanya Ada 20 Unit

smart #1 Brabus Limited Edition yang didedahkan di MAS 2025, hanya ditawarkan 20 unit di seluruh negara.

10-05-2025
EV

MAS 2025: smart Malaysia mendedahkan smart #5

smart Malaysia mendedahkan smart #5, sempena pameran Malaysia Autoshow 2025, di MAEPS, Serdang, tadi.

08-05-2025
EV

2 Pusat Pengedar smart Kini Dibuka Di Pahang & Sarawak

Pengedar kenderaan smart di Kuantan akan dikendalikan oleh HK Electra manakala Ghee Hua di Kuching.

14-02-2025
EV

smart Malaysia Rai Ulang Tahun Pertama Dengan Acara smartAWAY Gathering Bersama Pelanggan

smart Malaysia telah menyambut kejayaan ulang tahun pertamanya dengan acara istimewa bersama pelanggan, smartAWAY Gathering pada 14 Disember 2024 lalu.

20-12-2024
Berita Auto

Jom Tengok kereta smart Di Sunway Pyramid, Mana Tahu Berkenan!

smart Malaysia kini mengadakan smart Tour Brand Roadshow di pusat beli-belah Sunway Pyramid, bermula hari ini hingga 20 Oktober 2024.

16-10-2024

Berita Terkini

EV

UPSI, Proton Cadang Wujudkan Pusat Pembelajaran EV Pertama di Malaysia.

UPSI menjalinkan kerjasama dengan Proton Holdings Berhad (PROTON) bagi mempromosikan ekosistem pengetahuan Kenderaan Elektrik Bateri (BEV) serta teknologi Kenderaan Tenaga Baharu (NEV) di Malaysia.

25-02-2026
EV

Krisis Kewangan Bukan Penghalang, Polestar Bakal Lancar 4 Model EV Baharu

Jenama kacukan Sino-Sweden ini baru sahaja mengumumkan strategi pengembangan produk yang cukup berani dengan empat model elektrik (EV) baharu bakal dilancarkan menjelang 2028.

20-02-2026
EV

Buat Julung Kalinya, Tesla Malaysia Buat Penghantaran Keretanya Ke Malaysia Timur

Tesla Malaysia telah membuat penghantaran rasmi kenderaannya ke Kuching, Sarawak, baru-baru ini.

19-02-2026
EV

BYD Atto 3 Evo Didedahkan – Sistem 800V, Cas 25 Minit, Pecutan 3.9 Saat

BYD nampaknya belum mahu berhenti 'membuli' pesaingnya. Kali ini, syarikat automotif dari China itu secara rasmi mendedahkan BYD Atto 3 Evo.

12-02-2026
EV

Toyota Highlander EV 2027 Didedahkan – Lebih Berkarisma, Capai 515 KM, 338 HP

Toyota akhirnya mendedahkan secara rasmi model SUV tiga baris tempat duduk elektrik, Toyota Highlander EV 2027 untuk pasaran Amerika Utara.

12-02-2026
EV

smart #6 EHD Tempuhi Ujian Ekstrem -30°C Sejauh 30,000 KM – Bukti Sistem PHEV Luar Biasa

Jenama smart kini selangkah ke arah pelancaran model terbaharunya, smart #6 EHD, selepas berjaya menamatkan fasa ujian musim sejuk yang ekstrem di China.

11-02-2026
EV

Ferrari Luce: EV Pertama Ferrari Ini Diberi Suntikan DNA F1 & Apple

Bukan lagi rahsia, Ferrari kini secara rasmi mendedahkan nama model elektrik (EV) sulung mereka yang bakal menggegarkan dunia, Ferrari Luce.

11-02-2026
EV

Cas DC RM2.80/kWj Terlalu 'Kayangan'? Shell Akui Sedang Semak Harga Supaya Lebih Marhaen

Shell Malaysia menegaskan komitmennya untuk meningkatkan pelaburan dan memperbanyak inovasi dalam ekosistem kenderaan elektrik (EV) tempatan, selari dengan peningkatan penggunaan EV yang semakin ketara.

11-02-2026