- Berita
- EV
- Syarikat EV China Rancang Bina Kilang di Johor - JIMEX
-full_normal.webp)
Johor bakal menjadi hab utama pembuatan kenderaan elektrik (EV) di Malaysia berikutan beberapa syarikat China menunjukkan minat untuk menubuhkan kilang berskala besar di negeri ini.
Datuk Seri Farid Ibrahim daripada Persatuan Industri Import dan Eksport Johor (JIMEX) mengesahkan bahawa beliau sedang mengetuai rundingan untuk memuktamadkan pelaburan besar ini.
-full_normal.webp)
"Lokasi strategik Johor, yang menawarkan kelebihan logistik untuk operasi eksport, adalah sebab utama pemilihan negeri ini untuk pelaburan," tambahnya.
Tiga lokasi yang sedang dinilai oleh syarikat China termasuk Tanjung Langsat di Pasir Gudang, Tanjung Piai di Pontian dan Pengerang di Kota Tinggi.
-full_normal.webp)
Walaupun rundingan masih berlangsung, kilang yang dirancang ini akan menyasarkan pasaran Afrika membabitkan pengeluaran 10,000 unit EV sebulan.
Projek ini dijangka memberi manfaat besar kepada ekonomi tempatan. Farid menekankan bahawa pembinaan kilang pembuatan EV ini akan mewujudkan lebih daripada 10,000 peluang pekerjaan dan menaikkan Johor sebaga hab pembuatan EV yang berpengaruh.
Sumber: The Star
Tag:
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

