Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Proton Bina Rangkaian Stamping Di Tanjung Malim

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Pengeluar kereta nasional, PROTON telah mengadakan majlis  Pecah Tanah untuk membina rangkaian kemudahan stamping baharu di Tanjung Malim, Perak. Untuk tujuan itu, Proton dikatakan telah memperuntukkan  RM253 juta.

Rangkaian baharu itu akan dikenali sebagai stamping E dan F yang mana ia  akan meningkatkan jumlah pengeluarannya di PROTON Tanjong Malim dan bersedia untuk memindahkan pengeluaran Proton Saga dari Shah Alam menjelang tahun 2026 nanti.

image.png

Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Dr Li Chunrong, berkata penambahan rangkaian stamping E dan F adalah penting bagi rancangan pengembangan volum pengeluaran masa depan PROTON kerana ia memberikan lebih banyak fleksibiliti untuk meningkatkan pengeluaran dan memenuhi permintaan pasaran.

Menurutnya, sepanjang tahun 2023 sehingga Jun 2024, kilang PROTON Tanjung Malim telah menghasilkan sebanyak 6,067,064 komponen, di mana 395,211 daripadanya adalah dari rangkaian D.

"Jumlah ini akan berkembang dengan pesat apabila pengeluaran untuk Proton Saga dipindahkan ke sini pada tahun 2026," katanya pada upacara pecah tanah rangkaian kemudahan stamping baharu PROTON Tanjung Malim, baru-baru ini.

image.png

Difahamkan, rangkaian baharu E akan mempunyai proses pengecapan empat peringkat dengan mesin pengecapan 1600 tan dan tiga mesin 800 tan, manakala rangkaian F akan menggunakan proses pengecapan lima peringkat dengan mesin pengecapan 2000 tan, 1200 tan, dan tiga mesin dengan daya pengecap 1000 tan. 

Selain mesin pengecapan, robot juga akan digunakan untuk memindahkan alat ganti antara stesen kerja, manakala teknologi IR 4.0 akan dilaksanakan dengan menggunakan data secara langsung dan pembelajaran mesin untuk meningkatkan kualiti alat ganti yang dihasilkan.

image.png

Malah, rangkain baharu itu akan membantu mengurangkan lagi kebergantungan PROTON terhadap alat ganti import untuk model-modelnya. Ini akan melindungi syarikat daripada kemungkinan gangguan dalam perdagangan global, dan menambahbaik bekalan alat ganti tempatan. 


Gallery

Tag:

Proton Tanjung Malim
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Kualiti Kereta Proton Akan Bertambah Baik, Ini Yang Akan Dilakukan...

Kualiti kereta Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd (Proton) berkemungkinan besar akan bertambah baik.

07-05-2024
Berita Auto

Rangkaian Stamping Baharu Kilang Proton Dilancarkan, Import Komponen Kurang Hingga 115K Unit

Pengeluar kereta nasional, PROTON, telah melancarkan rangkaian stamping baharu di kilangnya di Tanjung Malim, Perak.

15-03-2023

Berita Terkini

Berita Auto

Susulan Tragedi Pokok Tumbang: DBKL Pergiat Kerja Mitigasi di 6 Lokasi Utama

Isu Pokok Tumbang di KL: Ini 6 Lokasi Fokus Kerja Mitigasi DBKL Minggu Ini.

21-07-2026
Berita Auto

Raymond Tan Anak Tempatan Pertama Terajui BMW Group Malaysia

Raymond Tan Chor Ann dilantik sebagai Pengarah Urusan Baharu BMW Group Malaysia.

21-07-2026
Berita Auto

Suspek Ceroboh Landasan LRT3 Ditahan, Perkhidmatan Tergendala 30 Minit

LRT3 Tergendala 30 Minit Anggara Lelaki Cerohoh Landasan di Stesen Jalan Meru

21-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

smart #5 BRABUS Tampil Lebih Berani Dengan Edisi Khas Laser Red

Garang & Mengoda! smart #5 BRABUS Edisi Terhad 'Laser Red' Kini Di Malaysia.

20-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

PROTON Skills Challenge 2026 Cetus Penanda Aras Baharu Servis Automotif

Sengit! 34 Pakar Automotif Lepasi Saringan 390 Peserta Demi Buktikan Kepakaran Di PROTON Skills Challenge.

20-07-2026
Berita Auto

iCAUR V23 Versi CKD Sah Tiba Bilik Pameran Julai Ini

EV Top 3 Malaysia Kini CKD! iCAUR V23 iWD Mula Masuk Showroom Akhir Bulan Ini, Harga Kekal RM132,780.

20-07-2026