Link Copiedcheck_circle
EV

Sasar 30 Cawangan Pengedar e:MAS

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Proton New Energy Technology Sdn Bhd (PRO-NET) kini  mencari rakan kongsi yang berminat untuk menyertai rangkaian pengedar jenama kenderaan elektrik pertama Proton, Proton e.MAS.

Ini kerana pihak PRO-NET menyasarkan untuk mencapai 30 cawangan pengedar Proton e.MAS menjelang 2025.

Bercakap mengenai perkara itu, Ketua Pegawai Eksekutif PRO-NET, Zhang Qiang, mengakui dengan penambahan rangkaian pengedar Proton e.MAS, PRO-NET berhasrat untuk memimpin industri kereta nasional dalam memanfaatkan perubahan kepada EV untuk membina masa depan yang lebih lestari.

Recruitment-KV.jpg

"Pengedar kami bukan sekadar untuk menjual kenderaan, malahan menyediakan pusat inovasi dan pembelajaran yang bertujuan untuk mendidik dan memberi inspirasi kepada pengguna. "

"Inisiatif ini menunjukkan komitmen kami untuk membina kepercayaan yang lebih kukuh dalam kalangan pelanggan dan kami bertekad menjadi peneraju bagi segmen kereta nasional dalam sektor EV," katanya dalam satu kenyataan, pada minggu lepas.

Proton-e.MAS-Dealers.png

Terdahulu, PROTON telah mengumumkan pelantikan 17 pengedar rasmi Proton e.MAS yang pertama di dalam majlis menandatangani perjanjian semasa pelancaran jenama Proton e.MAS pada 12 Jun lalu.

Bagaimanapun, sehingga ini, jumlah itu telah  bertambah kepada 18 pengedar di seluruh Malaysia.

Untuk makluman, sebanyak 17 cawangan ini ditempatkan secara strategik di seluruh Semenanjung Malaysia: 3 di Kuala Lumpur, 4 di Selangor, 2 di Johor, 3 di Perak, 2 di Pulau Pinang, 1 di Kedah, 1 di Kelantan, dan 1 di Pahang, manakala satu cawangan di Malaysia Timur terletak di Sabah.

Jadi, PRO-NET  kini mengalu-alukan rakan kongsi yang berminat dan komited menyertai rangkaian pengedar Proton e.MAS di Alor Setar, Kuala Terengganu, Selangor, Kuala Lumpur, Seremban, Melaka, Johor Bahru, Batu Pahat, Muar, Kuching, Sibu, Bintulu, Miri, Sandakan, dan Tawau.

Pengembangan strategik ini dilihat dapat  menyediakan rangkaian yang mudah diakses dan sokongan menyeluruh kepada para pelanggan di seluruh negara demi melangkah ke mobiliti masa hadapan dan lestari bersama Proton e.MAS.


Gallery

Tag:

Proton New Energy Technology (PRO-NET)
e.MAS
Proton e.MAS EV SUV
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

24-12-2025
Berita Auto

04-12-2025
Berita Auto

03-12-2025
Berita Auto
Kereta Baru

14-11-2025
EV

11-11-2025
Kereta Baru

10-11-2025

Berita Terkini

EV

Jangan Terkejut EV Proton, Perodua Bakal Kuasai Pasaran BEV Tahun Ini

Jenama automotif nasional dijangka menguasai bahagian pasaran kenderaan elektrik bateri (BEV) yang lebih besar bermula tahun ini.

09-01-2026
EV
EV

Rapid Bus Hidupkan Bas Diesel Tua, Jadi Canggih Dengan Teknologi EV

Rapid Bus, pengendali rangkaian bas Rapid KL, Rapid Penang dan Rapid Kuantan, kini sedang menerokai langkah inovatif dalam usaha ‘menghijaukan’ pengangkutan awam negara, lapor The Star.

08-01-2026
EV

Xiaomi SU7 Didedah, Bakal Dijual Tetapi Bukan Di Malaysia

Xiaomi baru sahaja mengemas kini SU7 2026, dimana pra-pesanan kini dibuka secara rasmi di China.

07-01-2026
EV

CES 2026: Prototaip Afeela 2026 Dipertonton

Sony Honda Mobility menayangkan sebuah prototaip terbaharunya, Afeela 2026.

07-01-2026
EV

Harga EV Lain Naik Melambung Tapi Kenapa Tesla Masih Kekal Sama?

Di saat industri automotif tempatan sedang bersiap sedia menghadapi kenaikan harga susulan berakhirnya insentif cukai kenderaan elektrik (EV) import sepenuhnya (CBU), Tesla Malaysia tampil dengan pengumuman mengejutkan.

07-01-2026
EV

VW 'Taubat'! Kembalikan Butang Kawalan Fizikal Dalam VW ID.Polo

Jenama Jerman ini mendedahkan rekaan dalaman yang bakal membuatkan ramai peminat old-school tersenyum lebar.

06-01-2026
EV

Model PHEV BYD, Song Pro, Qin L & Qin Plus Capai Jarak Elektrik Menakjubkan, Cecah 210 KM!

Gergasi automotif China, BYD, nampaknya semakin rancak berinovasi. Terbaru, BYD mempertontonkan versi Long Range untuk tiga model popularnya, Song Pro DM-i (SUV) serta dua model sedan, Qin L dan Qin Plus.

06-01-2026