Link Copiedcheck_circle
Global

Selepas 118 Tahun, Recaro Pun Kecundang

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Pengeluar tempat duduk kereta terkemuka global, Recaro Automotive yang berada di pasaran selama 118 tahun akhirnya kecundang apabila syarikat itu dilaporkan telah memfailkan kebankrapan, kelmarin.

Untuk makluman, syarikat itu ditubuhkan sebagai coachbuilder Stuttgarter Carosserie pada tahun 1906.

Sejak itu, syarikat terbabit telah  menghasilkan badan untuk pelbagai Porsche dan Volkswagen sehingga awal 1960-an.

image.png

Bagaimanapun, pada tahun 1960, syarikat itu menumpukan pada bahagian tempat duduk, dan pada tahun 1963 pula, ia menukar namanya kepada Recaro.

Maka, sejak itu juga tempat duduk Recaro menjadi kelengkapan OEM  buat kebanyakan syarikat pembuat kereta seperti Mitsubishi, Nissan, Volkswagen dan banyak lagi.

image.pngimage.png

Perniagaan mereka mendapat sambutan yang cukup menggalakkan disebabkan reputasi mereka yang menyediakan ciri sokongan dan keselamatan yang cukup cemerlang.

Syarikat itu juga menawarkan tempat duduk selepas pasaran, dengan pelbagai barisan produk termasuk bucket seat yang diluluskan FIA untuk perlumbaan dan reka bentuk klasik yang disasarkan pada sektor pemulihan yang sedang berkembang.

Apapun berita mengenai Recaro bankrap mengejutkan ramai pihak terutama bagi 215 pekerja yang merupakan ahli Kesatuan sekerja IG Metall yang bekerja di kilang Recaro yang terletak di Stuggart, Jerman.

Mereka kini dikatakan menuntut penjelasan daripada pengurusan Recaro berhubung kejadian yang menimpa syarikat terbabit.

image.png

Ini kerana para pekerja tidak dimaklumkan bahawa Recaro  akan memfailkan muflis.

Buat masa ini, operasi Recaro Automotive Germany boleh diteruskan dengan pentadbir yang menyelia kewangan dan gaya pengurusan syarikat berikutan pemfailan muflis di Mahkamah Daerah Esslingen.


Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Global

China Panggil Balik 4.3 Juta Kenderaan Kerana Isu Pemegang Pintu

Bahaya Pintu EV: 4.3 Juta Kenderaan Dipanggil Balik di China.

28-08-2026
Global

Lampu Terlalu Terang, Tesla Panggil Balik Lebih 20,000 Kenderaan di AS

Tesla panggil balik lebih 20,000 kenderaan di AS.

17-08-2026
Global

Kecil Tapi 'Laris', BYD Racco Jadi Rebutan Pembeli Kereta Elektrik Di Jepun

Kei Car, EV BYD Racco Terima Sambutan Luar Biasa Di Jepun.

12-08-2026
Global

Bila Kapal Tak Cukup: Ini Cara Pengeluar Kereta China Hantar Kereta Ke Seluruh Dunia

Apabila Kapal Pengangkut Tak Cukup: Inilah Cara Bijak Pengeluar China Eksport Kereta.

11-08-2026
Global

Chevrolet Tamat Operasi di China Selepas 21 Tahun

Chevrolet Ucap Selamat Tinggal Kepada Pasaran China Sebaliknya Tumpu Kepada Pasaran Eksport.

11-08-2026
Global

Zeekr 7X Terbakar Tiba-Tiba di Stesen Pengecasan

Imej Jenama "Kalis Api" Tercabar? Zeekr 7X Terbakar.

10-08-2026
Global

Pemilik Berang Tengok Iklan Spider-Man Muncul Dalam Skrin Infotainmen

Pemilik BMW berang tengok iklan Spider-Man pada infotainmen setiap kali enjin dihidupkan.

06-08-2026