Link Copiedcheck_circle
Global

Wagon Elektrik, BMW i5 Touring, Buat Kemunculan Sulung di Singapura

Sofea Najmi

Kongsi melalui

G61-BMW-i5-eDrive40-Touring-34.jpg

Beberapa bulan selepas kemunculan sulungnya, wagon elektrik BMW i5 Touring G61 akhirnya membuat penampilan pertamanya di rantau ASEAN di Singapura baru-baru ini. Untuk pasaran negara tersebut, i5 Touring tiba dalam varian eDrive40 sahaja, dengan spesifikasi trenkuasa yang sama seperti kembar sedan yang telah dilancarkan di Malaysia.


Trenkuasa & Prestasi


G61-BMW-i5-eDrive40-Touring-46.jpg


Untuk pasaran Singapura, i5 eDrive40 Touring yang dilancarkan menggunakan satu motor RWD yang sama seperti kembar sedannya, dengan kuasa sistem keseluruhan mencecah 335 hp (250 kW) dan 430 Nm, membolehkannya membuat pecutan 0-100 km/j dalam masa hanya 6.1 saat, sebelum mencapai kelajuan maksimum yang dihadkan secara elektronik pada 193 km/j.


Kapasiti Bateri & Pengecasan


G61-BMW-i5-eDrive40-Touring-15.jpg


i5 eDrive40 Touring dilengkapi dengan pek bateri 81.2 kWj dengan  senibina elektrikal yang mampu menampung 400 volt. Dengan cas penuh, model ini boleh mencapai jarak perjalanan EV sehingga 548 km berdasarkan standard WLTP. 


Untuk pengecasan, i5 eDrive40 Touring spesifikasi Singapura boleh dicas dengan pengecas AC dan DC yang masing-masing dihadkan pada 22 kW dan 205 kW.


Rekaan & Sentuhan Sporty M Sport


G61-BMW-i5-eDrive40-Touring-2.jpgG61-BMW-i5-eDrive40-Touring-3.jpgG61-BMW-i5-eDrive40-Touring-5.jpgG61-BMW-i5-eDrive40-Touring-13.jpg


Dari segi rekaan, i5 eDrive40 Touring di Singapura didatangkan standard dengan kit badan M Sport, yang membuatkannya tampil lebih sporty. Antara sentuhan M Sport yang diberikan adalah termasuk bilah mendatar pada gril kidney  di bahagian depan yang dikelilingi oleh pencahayaan BMW Iconic Glow LED, lambang M Sport pada fender depan, kemasan hitam berkilat pada beberapa bahagian badan, termasuk perumah cermin sisi dan rim aerodinamik M berukuran 20 inci.


G61-BMW-i5-eDrive40-Touring-4.jpg


Selain ciri kosmetik, sentuhan M Sport juga turut diberikan pada sistem jentera ini seperti suspensi M Sport, yang membuatkannya berdiri lebih rendah sebanyak 8 mm berbanding model standard.


Kabin


G61-BMW-i5-eDrive40-Touring-8.jpg


Menjengah ke bahagian dalam kabin, i5 wagon di pasaran tersebut kelihatan tidak jauh berbeza daripada versi sedannya, namun dengan beberapa ciri yang tidak terdapat di pasaran kita. 


G61-BMW-i5-eDrive40-Touring-7.jpg


Antara kelengkapan penting di kabin ini ialah skrin lengkung BMW yang dikuasakan oleh BMW OS 8.5, papar pandu (HUD), upholsteri kulit buatan Veganza, stereng kulit M dan sistem audio 12 speaker Harman Kardon yang boleh dinaik taraf kepada sistem lebih premium 18 speaker daripada Bowers & Wilkins.


Selain pakej BMW Live Cockpit Professional standard, sistem infotainmen i5 wagon untuk pasaran Singapura juga hadir dengan fungsi sambungan 5G terbina dalam (built-in) dan perkhidmatan AirConsole, yang membolehkan pengguna strim video dan bermain permainan video melalui skrin infotainmen.


Ruang Bagasi Praktikal


G61-BMW-i5-eDrive40-Touring-1.jpgG61-BMW-i5-eDrive40-Touring-12.jpg


Dengan garis bumbung yang memanjang, i5 Touring tampil sebagai pilihan yang lebih praktikal berbanding sedan. Ruang bagasi standardnya mencapai kapasiti 570 liter. Masih tidak cukup? Boleh diperluaskan lagi sehingga 1,700 liter apabila tempat duduk barisan belakang dilipat. 


Harga Jualan di Singapura


G61-BMW-i5-eDrive40-Touring-41.jpg


Termasuk bayaran sijil pemilikan (COE), BMW i5 eDrive40 Touring baharu ini dijual pada harga SGD 399,888 (~RM1.389 juta) untuk pasaran Singapura. Harga tersebut termasuk pengecas rumah BMW Wallbox 22 kW dan pakej langganan  stesen pengecasan Shell Recharge sebanyak 10,000 kWj selama 3 tahun tanpa had bulanan. 

G61-BMW-i5-eDrive40-Touring-36.jpg

Tag:

BMW i
BMW i5
BMW i5 Touring
BMW Singapura
BMW EV
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV

BMW iX XDrive50 Sport 2023, 523hp, 765 Nm, Harga Lebih RM500K

Sebaik melangkah masuk tahun 2023, BMW Malaysia mengumumkan ketibaan BMW iX xDrive50 Sport ke pasaran tempatan baru-baru ini.

03-01-2023
EV

BMW, Millennium Welt Sediakan Dua Fasiliti Pengecasan BMW i Di Gamuda Gardens, Rawang

BMW Group Malaysia dan Millennium Welt telah melancarkan dua stesen pengecasan baharu.

28-02-2022
Berita Auto

BMW March Into Joy: BMW Beri Tawaran Istimewa Hanya Untuk Model BMW Terpilih

BMW Malaysia menawarkan tawaran eksklusif menerusi acara jualan BMW March Into JOY bermula dari 7 hingga 9 Mac ini di seluruh negara.

06-03-2025
Berita Auto

BMW Tawar BMW i5, i7 Pada Delegasi WCEC

BMW Group Malaysia akan memeriahkan Konvensyen Usahawan Cina Sedunia (WCEC) pada tahun ini dengan menyediakan barisan kenderaan elektrik BMW i terbaharunya.

12-09-2024
Kereta Baru

Harga BMW i5 M60, Bawah RM480K

M60 xDrive sudah didapati di semua pengedar sah BMW.

24-06-2024
Berita Auto

Eksklusif: Hanya Ada 20 Unit Di Auto Bavaria Seluruh Negara

Auto Bavaria bangga apabila menjadi pengedar pertama di Malaysia yang memperkenalkan dua model baharu.

12-06-2024
EV

Teaser BMW 5 Series & i5 Touring Didedah: Segalanya Yang Kita Tahu Setakat Ini

Teaser terbaru daripada jenama automotif Jerman ini telah mengesahkan bahawa versi wagon bagi 5 Series bakal diperkenalkan. Ini perinciannya...

24-01-2024
EV

Imej BMW i5 Touring Bocor Lebih Awal, Dilancarkan Musim Bunga 2024

Beberapa imej BMW i5 Touring tersebar di internet tanpa pelekat samaran. Ini beberapa ciri yang kita dapat lihat...

25-01-2024

Berita Terkini

Global

Mitsubishi Muncul Semula Di UK, Kali ini Bawa Masuk Outlander PHEV, Triton

Mitsubishi Motors akan kembali ke pasaran UK pada tahun ini selepas lima tahun menghentikan jualan kereta baharu di sana.

26-02-2026
Global

Ini Dia Trak PHEV Pertama Chery, Rely P3X

Chery Automobile akan melancarkan trak pikap PHEV diesel pertamanya, Chery Rely P3X di Australia pada suku keempat tahun ini.

26-02-2026
Global

Kabin Leapmotor A10 Didedahkan – Model Global Ini Jelas Canggih & Sarat Ciri Praktikal

Leapmotor A10 kini sudah boleh ditempah di China sebelum pelancaran rasminya bulan depan. Apa yang menarik sangat dengan SUV ini?

26-02-2026
Global

Nio ES9 Bakal Dilancar, Harga Belum Didedahkan!

SUV Nio ES9 Flagship bakal dilancarkan secara rasminya pada Mei nanti.

26-02-2026
Global

Lotus Emira Turbo Bathurst Edition Paling Berkuasa, Hanya Untuk Pasaran Australia, Ada 15 Unit

Pengedar Lotus di Australia, Simply Sports Cars telah membangunkan Lotus Emira edisi terhad, Emira Turbo Bathurst Edition yang dikatakan antara Lotus Emira paling berkuasa.

25-02-2026
Global

Nissan Kicks 2026 Versi Facelift ‘Make-Up Tebal’ Bakal Tiba Di Thailand

Nissan Kicks e-Power facelift (P15) dilaporkan bakal dilancarkan secara rasmi di Thailand pada Mac ini.

25-02-2026
Global

MG Cipta Rekod, Jual Lebih 1 Juta Kereta Di Pasaran Eropah, UK

enama MG milik SAIC telah menjadi jenama kereta pertama China yang mencapai jualan terkumpul melebihi satu juta kenderaan di Eropah dan UK.

24-02-2026
Global

Tata Punch EV Facelift 2026 Dilancar, Harga Marhaen, Tapi Bateri Dijual Asing

Tata Motors melancarkan secara rasminya, Punch EV Facelift 2026, ke pasaran tempatan, baru-baru ini.

24-02-2026