Link Copiedcheck_circle
EV

BYD Dedah Hatchback Elektrik Terbaru, Seal 06 GT, Di China

Sofea Najmi

Kongsi melalui

BYD-Seal-06-GT-3.JPG


BYD baru-baru ini telah memperkenalkan hatchback elektrik (EV) terbaru, Seal 06 GT, selepas versi konsepnya, BYD Ocean M Concept, dipertontonkan di Beijing Motor Show pada awal tahun ini. 


Trenkuasa BYD Seal 06 GT


Seal 06 GT dibangunakn berdasarkan platform BYD e-Platform 3.0 Evo, sama seperti yang digunakan pada model sedan Seal yang baru dikemas kini. Hatchback ini hadir dalam dua pilihan trenkuasa, iaitu motor tunggal RWD dan dua motor AWD. 


Walaupun spesifikasi terperincinya belum diumumkan secara rasmi oleh BYD, Kementerian Industri dan Teknologi Informasi (MIIT) China menyatakan bahawa model RWD boleh menghasilkan sehingga 215 hp (160 kW), manakala model dua motor AWD mempunyai output sistem keseluruhan sebanyak 416 hp (310 kW).


Reka Bentuk BYD Seal 06 GT


BYD-Seal-06-GT-7.JPGBYD-Seal-06-GT.JPGBYD-Seal-06-GT-9.JPG


Dari segi dimensi, BYD Seal 06 GT berukuran 4,630 mm panjang, 1,880 mm lebar, 1,490 mm tinggi dan mempunyai jarak roda sepanjang 2,820 mm. Ini meletakkannya di antara EV hatchback Dolphin dan sedan Seal dan lebih besar daripada hatchback lain seperti MG4 dan Volkswagen ID.3 GTX.


BYD-Seal-06-GT-8.JPG


Seperti model konsepnya, BYD Seal 06 GT mengekalkan gaya hatchback sporty, namun sentuhan yang diberikan untuk versi pengeluaran ini tidaklah terlalu radikal seperti yang diketengahkan pada model konsep. 


Bampar depan dan belakang Seal 06 GT nampak lebih sederhana berbanding model konsep dengan rekaan komponen ambilan udara dan aksen yang tidak terlalu menonjol. Di sudut belakang pula, spoiler yang digunakan juga lebih konvensional berbanding rekaan agresif pada model konsep. 


Seterusnya, lampu LED yang unik pada model konsep turut digantikan dengan rekaan yang ‘lebih biasa,’ manakala cermin sisi digital pada model konsep digantikan dengan cermin sisi konvensional.


Kabin BYD Seal 06 GT 


BYD-Seal-06-GT-5.JPGBYD-Seal-06-GT-4.JPG


Menjengah ke bahagian kabinnya, Seal 06 GT menawarkan ruang yang lebih praktikal dan ringkas, dengan kebanyakan elemen diambil daripada model sedan. Ini termasuk susunan papan pemuka (dashboard) yang menampilkan skrin infotainmen boleh putar dan kluster instrumen digital, stereng tiga jejari dan penukar gear jenis suis serta banyak lagi.


Penampilan Umum Pertama di Chengdu Motor Show


BYD-Seal-06-GT-2.JPG


BYD Seal 06 GT dijadualkan untuk membuat penampilan umum pertamanya di Chengdu Motor Show pada 30 Ogos nanti. Model ini dijangka ditawarkan pada harga antara CNY 150,000 (~RM90,000) hingga CNY 200,000 (~RM120,000). Selain pasaran China, terdapat kemungkinan besar bahawa BYD akan mengeksport Seal 06 GT ini ke pasaran antarabangsa lain seperti Eropah, Australia dan mungkin juga Malaysia.


Tag:

BYD Seal 06 GT
BYD EV
Hatchback Elektrik
BYD China
BYD Seal
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV

27-08-2024
EV

03-10-2025
EV

08-03-2024
EV

17-11-2023
EV

14-11-2023

Berita Terkini

EV

Hyundai Staria Electric Diperkenalkan – Cas 20 Minit, Cecah 400 KM

Selepas kejayaan barisan model IONIQ, kini tiba masa untuk MPV Hyundai Staria pula muncul dengan teknologi elektrik. Model yang dinamakan Staria Electric ini diperkenalkan di acara automotif Brussels Motor Show.

12-01-2026
EV

Jangan Terkejut EV Proton, Perodua Bakal Kuasai Pasaran BEV Tahun Ini

Jenama automotif nasional dijangka menguasai bahagian pasaran kenderaan elektrik bateri (BEV) yang lebih besar bermula tahun ini.

09-01-2026
EV
EV

Rapid Bus Hidupkan Bas Diesel Tua, Jadi Canggih Dengan Teknologi EV

Rapid Bus, pengendali rangkaian bas Rapid KL, Rapid Penang dan Rapid Kuantan, kini sedang menerokai langkah inovatif dalam usaha ‘menghijaukan’ pengangkutan awam negara, lapor The Star.

08-01-2026
EV

Xiaomi SU7 Didedah, Bakal Dijual Tetapi Bukan Di Malaysia

Xiaomi baru sahaja mengemas kini SU7 2026, dimana pra-pesanan kini dibuka secara rasmi di China.

07-01-2026
EV

CES 2026: Prototaip Afeela 2026 Dipertonton

Sony Honda Mobility menayangkan sebuah prototaip terbaharunya, Afeela 2026.

07-01-2026
EV

Harga EV Lain Naik Melambung Tapi Kenapa Tesla Masih Kekal Sama?

Di saat industri automotif tempatan sedang bersiap sedia menghadapi kenaikan harga susulan berakhirnya insentif cukai kenderaan elektrik (EV) import sepenuhnya (CBU), Tesla Malaysia tampil dengan pengumuman mengejutkan.

07-01-2026
EV

VW 'Taubat'! Kembalikan Butang Kawalan Fizikal Dalam VW ID.Polo

Jenama Jerman ini mendedahkan rekaan dalaman yang bakal membuatkan ramai peminat old-school tersenyum lebar.

06-01-2026