Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

DBKL Tawar Diskaun Kompaun Trafik Serendah RM10 Sempena Merdeka

Sofea Najmi

Kongsi melalui

THUMB-DBKL-SAMAN-.png


Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengumumkan tawaran kadar istimewa untuk kompaun tertunggak bagi kesalahan lalu lintas tertentu hingga 30 September ini sempena sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia.


Kadar Diskaun yang Ditawarkan


DBKL-Saman-Summon-Discount-2022-full_normal.jpg


Bagi kesalahan lalu lintas seperti kesalahan parkir dan lain-lain, kadar istimewa yang ditawarkan adalah RM10 untuk motosikal; RM20 untuk kereta, MPV dan lori kecil; serta RM50 untuk bas dan lori besar.


Sementara itu, bagi kesalahan umum seperti perniagaan tanpa lesen dan lain-lain (tidak melibatkan warga asing), kadar diskaun adalah RM100.


Kesalahan yang Tidak Layak untuk Diskaun


Bagaimanapun, terdapat beberapa jenis kesalahan yang tidak layak untuk menerima diskaun iaitu:


i. Kesalahan yang telah disenarai hitam.


ii. Kesalahan di bawah Undang-Undang Kecil Pengangkutan Bahan (WPKL) 1997 dan Undang-Undang Kecil Pasar Borong (WPKL) 2002.


iii. Kesalahan mengambil pekerja warga asing tanpa permit kerja yang sah di bawah Undang-Undang Kecil Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (WPKL) 2016.


iv. Kesalahan mengambil pekerja warga asing di bawah Undang-Undang Kecil  Pelesenan Penjaja (WPKL) 2016.


v. Kesalahan di bawah Akta Hotel (WPKL) 2003, Akta Hiburan (WPKL) 1992, Akta (Perancangan) Wilayah Persekutuan 1982, serta kesalahan berkaitan kelulusan bangunan di bawah Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974.


vi. Notis kesalahan lalu lintas yang dikeluarkan melalui Seksyen 53 Akta Pengangkutan Jalan 1987 (kesalahan lorong bas).


Cara Pembayaran


Pembayaran kompaun boleh dibuat melalui aplikasi mudah alih Pay@KL atau di kaunter-kaunter DBKL.


Tag:

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)
Diskaun Kompaun Trafik
Kompaun Trafik
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Isu Tak Kapit Tayar Kereta Mewah: Ini Penjelasan DBKL

DBKL perjelas isu tak kapit tayar kenderaan mewah.

18-11-2024
Berita Auto

KL Lumpuh, Banyak Jalan Dinaiki Air

Beberapa jalan utama menuju ke pusat bandar dinaiki air disebabkan hujan lebat.

15-10-2024
Berita Auto

Tanah Mendap Di KL, Mujur Tiada Kemalangan Jiwa

Kejadian tanah mendap itu berlaku disebabkan paip pecah.

24-09-2024
Berita Auto

Jalan Merekah Di Kampung Attap, KL

Sekeping gambar tular di media sosial yang menunjukkan sebatang jalan raya merekah.

29-08-2024
Berita Auto

DBKL Batal Ambang Merdeka

Sambutan Ambang Merdeka 2024 anjuran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di Dataran Merdeka pada Jumaat ini dibatalkan.

29-08-2024
Berita Auto

Lagi Jalan Mendap 50 Meter Dari Lokasi Tanah Jerlus Di Jalan Masjid India

Mujur, kali ini tidak menyebabkan kemalangan jiwa.

28-08-2024
Berita Auto

Perhatian Warga KL, DBKL Naikkan Harga Kompaun Trafik

DBKL laksana kadar baharu kompaun saman trafik.

01-07-2024
Berita Auto

Elak Insiden Pokok Tumbang Berulang, Prasarana Digesa Kaji Laluan Rel Berisiko

Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana) digesa untuk menjalankan kajian mendalam mengenai kawasan-kawasan yang berisiko.

10-05-2024

Berita Terkini

Berita Auto

Gambar Intipan Tersebar, Butiran Proton Saga MC3 2025 Bocor Di Media Sosial

Butiran mengenai Proton Saga 2025 yang turut digelar sebagai Proton Saga generasi baharu MC3 telah pun bocor di media sosial sejak beberapa hari lalu.

06-08-2025
Berita Auto

Kapal BYD Zhengzhou Sudah Tiba Di Malaysia, Bawa Kereta Siap Dipasang Dari China

BYD Malaysia dan Sime Motors yang merupakan pengedar rasmi kenderaan BYD di Malaysia mengesahkan ketibaan kapal pengangkut BYD dari Zhengzhou ke Pelabuhan Klang, Selangor, semalam.

06-08-2025
Berita Auto

Harga Minyak Naik, Diesel Lebih Mahal Bermula 7 Ogos

Pengumuman harga minyak terkini Malaysia bermula 7 Ogos 2025.

06-08-2025
Berita Auto

Sistem Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) Tidak Jejaskan Kewangan

Pelaksanaan sistem Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) tidak akan membabitkan sebarang implikasi kewangan kepada kerajaan.

06-08-2025
Berita Auto

MG Cyberster No 1 Di Asia & Oceania, Sebab Gaya Mengancam?

MG Cyberster menduduki tempat pertama kerana ia merupakan model paling laris di Asia dan Oceania.

06-08-2025
Berita Auto

PALSU: Tular Pula Lesen Kopi-O, Guna Gambar Menteri Pengangkutan

Iklan menggunakan gambar Menteri Pengangkutan, bertujuan memancing keyakinan orang ramai.

06-08-2025
Berita Auto

Imej Teaser Tersiar, Maknanya Jaecoo J5, Omoda C9 Bakal Dilancar Tak Lama Lagi!

Omoda & Jaecoo (O&J) Malaysia baru sahaja menyiarkan imej teaser dua model terbaharunya, Jaecoo J5 dan Omoda C9 PHEV yang dikatakan bakal menggoyahkan pasaran SUV tidak lama lagi.

06-08-2025
Berita Auto

Perodua Aruz Kini Ada Warna Baharu, Vintage Brown, Jangan Risau, Harga Aruz Masih Kekal!

Walaupun menerima warna baharu, namun tiada perubahan spesifikasi untuk Aruz.

05-08-2025