- Berita
- Berita Auto
- PALSU: Tular Pula Lesen Kopi-O, Guna Gambar Menteri Pengangkutan
Berita Auto
PALSU: Tular Pula Lesen Kopi-O, Guna Gambar Menteri Pengangkutan

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia telah menerima aduan berhubung iklan palsu lesen memandu tanpa latihan dan ujian atau digelar Lesen Kopi-O , di media sosial.
JPJ berkata, iklan atas nama akaun Sekolah Memandu Jaya bertindak mempromosikan pemilikan lesen memandu tanpa ujian dengan menggunakan gambar Yang Berhormat Anthony Loke, Menteri Pengangkutan, bertujuan memancing keyakinan orang ramai.
"JPJ ingin menegaskan bahawa iklan dan akaun tersebut adalah palsu.
"Orang ramai dinasihatkan agar tidak mudah terpedaya akan penyebaran promosi menerusi iklan atau akaun yang tidak sah seperti ini bagi mengelakkan sebarang kekeliruan dan kerugian," katanya.

Sehubungan itu, orang ramai menghubungi pihak JPJ terlebih dahulu untuk maklumat lanjut atau pertanyaan.
Sebarang aduan rasmi boleh disalurkan kepada pihak JPJ menerusi Portal Aduan Rasmi JPJ di https://jpj.spab.gov.my/.
Gallery


Tag:
JPJ
SPAB
Lesen Kopi O
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/