Link Copiedcheck_circle
EV

Harga Xpeng Mona M03 Serendah RM73K, Patutlah Dalam 48 Jam, Terima 30K Tempahan

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Satu lagi model baharu didedahkan, Xpeng Mona M03 sempena Chengdu Auto Show 2024 yang diadakan baru-baru ini.

Apa yang cukup menarik, , Xpeng M03 menerima lebih 30,000 tempahan sejak pra tempahan dibuka pada 27 Ogos lalu.

Unit pertama Xpeng Mona M03 telah pun diserahkan kepada Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif XPeng, He Xiaopeng.

Mona M03  yang dijual pada harga sekitarRM73,000 disifatkan sebagai kenderaan elektrik (EV) mampu milik setakat ini.

Jentera itu yang cukup sarat dengan pelbagai teknologi canggih disasarkan kepada golongan muda yang mencari sebuah kenderaan yang berteknologi tinggi.

image.png

Difahamkan, varian premium,  M03 Max dilengkapi dengan  sistem bantuan pemanduan canggih yang dipanggil XNGP.

Bagaimanapun, varian itu hanya akan tersedia di pasaran menjelang suku pertama tahun 2025 nanti.

Apa yang cukup menarik ialah Xpeng M03 adalah sedan hatchback elektrik yang memiliki rintangan angin terendah di dunia kerana kadar seretan drag adalah  hanya 0.194cd.

Ini disebabkan oleh Xpeng M03 mempunyai girl pengambilan udara yang aktif dimana ia mampu mengurangkan seretan dan kecekapan.

Biarpun butiran mengenai kelajuan pengecasan AC dan DC masih belum didedahkan, namun  XPeng mendakwa bahawa Mona M03 mempunyai kecekapan tenaga sebanyak 11.5 kWj setiap 100 kilometer (km).

Ia boleh mencapai kadar pengecasan pantas untuk 200 kilometer hanya dalam masa 15 minit.

Mona M03 yang dibina berdasarkan  XPeng Fuyao, berukuran sepajang 4,780 mm, selebar 1,896 mm dan setinggi 1,445 mm manakala  jarak roda pula 2,815 mm. 

image.png

Di dalam kabin,  Mona M03 menawarkan pengalaman pemanduan moden dengan paparan tengah 15.6 inci dan paparan dipasang pada stereng pilihan. 

Kenderaan ini dikuasakan oleh cip Qualcomm Snapdragon 8155, dimana ia  membolehkan ciri seperti pengimejan panorama 360 darjah dan pemaparan peta 3D.

Ia didatangkan dalam dua unit motor:  unit 140 kW (188 HP) atau 160 kW (215 HP), dan kapasiti bateri masing-masing adalah 51.8 kWj atau 62.2 kWj. 

Kedua-dua varian menawarkan  kelajuan tertinggi 155 km/j.

image.pngimage.png

Sehubungan itu, XPeng menyasarkan untuk menjual 10,000 unit Mona M03 setiap bulan, dengan penghantaran pertama dijadualkan pada September nanti.

Prestasi syarikat pada tahun ini dilihat hanya mencecah 63,000 dari segi jualan dari Januari hingga Julai. Xpeng dikatakan tidak mencapai sasaran tahunannya. 

image.png

Bagaimanapun, dengan pelancaran Mona M03, XPeng menjangkakan peningkatan ketara dalam jualan, sekali gus mengukuhkan lagi kedudukannya di pasaran.

Gallery

Tag:

Xpeng
Xpeng EV
Xpeng Mona M03
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV

05-02-2026
Kereta Baru

12-01-2026
EV

09-01-2026
Pandu Uji

07-01-2026
EV

06-01-2026
EV

02-01-2026
EV

23-12-2025
EV

11-11-2025

Berita Terkini

EV

Proton e.MAS 7 PHEV Kini Lebih Garang Dengan Warna Emerald Green

PRO-NET secara rasminya memperkenalkan pilihan warna baharu, Emerald Green, untuk model Proton e.MAS 7 PHEV.

02-04-2026
EV

4 'Pembunuh Senyap' Jarak Gerak Yang Gagal Diramal Dashboard Anda

Jangan jadi mangsa tunda! Ketahui kenapa baki 100km di dashboard EV boleh hilang sekelip mata.

26-03-2026
EV

Arab Saudi Kurangkan Bekalan Minyak ke Asia, Adakah EV Satu-Satunya Tidak Terjejas

Ketegangan geopolitik yang memacu kenaikan harga minyak dikatakan tidak akan menjejaskan EV.

24-03-2026
EV

Kebenaran di Sebalik Status ‘Low Battery’ di Stesen Pengecas EV Musim Raya Ini

Ramai ke yang ternampak status Low Battery di pengecas ev?

24-03-2026
EV

Minyak Naik? Pemilik Proton e.MAS 'Senyum Lebar'

Harga Minyak Naik: Kelebihan Pemilik Proton e.MAS Balik Kampung Musim Perayaan.

19-03-2026
EV

Edisi 2026: Top 10 CPOs di Malaysia

Siapa pemain terbesar dalam industri pengecas EV Malaysia? Ini senarai Top 10 CPO Malaysia 2026 yang sedang memacu pembangunan rangkaian pengecas pantas di seluruh negara.

13-03-2026
EV

Tak Cukup Tanah Nak Deliver! Sebab Terlalu Laku, Proton e.MAS 5 Lanjut Lagi Rebat RM500 Tanda Terima Kasih

Proton e.MAS 5 meraiakn pencapaian 5,000 Unit dengan dengan melanjutkan rebat Raya istimewa sebanyak RM500 bagi semua tempahan yang dibuat antara 31 Oktober 2025 hingga 23 Mac 2026.

11-03-2026
EV

Tak Sempat Habis Kopi, Bateri Dah 60%! Gentari Lancar Pengecas 200kW Di Penchala Link

Pengguna Kenderaan Elektrik (EV) boleh menarik nafas lega kerana anda tidak perlu menunggu berjam-jam untuk mengecas kenderaan elektrik (EV) memandangkan Gentari dengan kerjasama Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) telah melancarkan hab pengecas kenderaan elektrik (EV) antara bandar berkelajuan tinggi

06-03-2026