Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Lee Zii Jia, Aaron Chia, Soh Wooi Yik bawa pulang kereta SUV Chery TIGGO 7 PRO

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png


Sebelum ini, Chery Malaysia ada mengumumkan bahawa pihaknya akan menawarkan habuan lumayan berupa sebuah kenderaan utititi sukan (SUV) kepada mana-mana atlet Malaysia yang berjaya  membawa pulang pingat pada Sukan Olimpik Paris 2024.

Untuk itu, pasangan beregu badminton negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik, yang berjaya meraih pingat yang pertama untuk Malaysia dalam Sukan Olimpik Paris 2024 disahkan akan menerima  hadiah istimewa berupa SUV Chery Tiggo 7 Pro. 

Terbaharu, Chery Malaysia mengumumkan selain pasangan beregu itu, pemain berseorangan badminton, Lee Zii Jia akan turut menerima SUV Chery Tiggo 7 Pro sebaik beliau pulang ke tanah air nanti.

image.png

“Congratulations to the new proud owner of The TIGGO 7 Pro,” tulisnya di dalam poster yang tertera gambar Zii Jia  yang berjaya menumpaskan pemain India, Lakshya Sen malam tadi.

Terdahulu, Presiden Chery Malaysia, Leo Chen ada menyatakan bahawa habuan berupa SUV Tiggo 8 Pro akan dihadiahkan kepada atlet yang membawa pulang pingat emas, Omoda E5 untuk pemenang pingat perak sementara Tiggo 7 Pro bagi yang membawa pulang gangsa.

image.png

Buat masa ini, hanya pengeluar kereta, Chery Malaysia sahaja yang menawarkan habuan yang lumayan itu.

Adakah pengeluar kereta nasional bakal mengikut jejak langkah Chery Malaysia memandangkan  sandaran emas terletak di bahu jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang yang hanya akan memulakan saingannya dalam acara pecut di Velodrom de Saint-Quentin-en-Yvelines pada hari esok.

Biarpun tiada tawaran kereta daripada pengeluar kereta tempatan setakat ini, apapun  marilah kita berdoa agat The Pocket Rocketman  kita mampu memecahkan ‘sumpahan’ emas pada penampilan kelimanya di pentas Olimpik.

Gallery

Tag:

Chery Tiggo 7 Pro
Chery Malaysia
Sukan Olimpik Paris 2024
Aaron Chia & Soh Wooi Yik
National Badminton Player Lee Zii Jia
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Teknologi
Chery Tawar Sambungan Android Auto & Apple CarPlay Tanpa Wayar Secara Standard Untuk Semua Model

Chery Tawar Sambungan Android Auto & Apple CarPlay Tanpa Wayar Secara Standard Untuk Semua Model

Tanpa Android Auto dan Apple CarPlay, sesebuah kereta itu terasa tidak cukup sempurna. Setuju?

20-12-2024
Berita Auto
Chery Malaysia Kotakan Janji, Hadiahkan 3 Tiggo 7 Pro Pada Atlet Badminton

Chery Malaysia Kotakan Janji, Hadiahkan 3 Tiggo 7 Pro Pada Atlet Badminton

Chery Malaysia meraikan pencapaian atlet-atlet Olimpik Malaysia yang memenangi pingat gangsa di Sukan Olimpik Paris dalam satu majlis, semalam.

23-08-2024
Global
Rekaan Chery Tiggo 7 Sport Didedahkan – Seperti Range Rover & Jaecoo J7?

Rekaan Chery Tiggo 7 Sport Didedahkan – Seperti Range Rover & Jaecoo J7?

Model terbaru, Chery Tiggo 7 Sport, kini menerima "sentuhan jenama Land Rover." Apa yang menarik?

21-08-2024
Berita Auto
Berjaya Raih Pingat Gangsa, Chery Hadiahkan Tiggo 7 Pro Kepada Aaron Chia & Soh Wooi Yik

Berjaya Raih Pingat Gangsa, Chery Hadiahkan Tiggo 7 Pro Kepada Aaron Chia & Soh Wooi Yik

Pasangan beregu badminton negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yi berjaya menumpaskan pasukan Denmark dan meraih pingat gangsa.

05-08-2024
Pandu Uji
[PANDU UJI] Chery Tiggo 7 Pro: Banyak Ciri Hebat Tapi Harga Marhaen, Ini 6 Kelebihannya...
Kereta Baru
2,000 Pelanggan Awal, Dapat Harga Murah, Jimat RM4K

2,000 Pelanggan Awal, Dapat Harga Murah, Jimat RM4K

Chery Malaysia melancarkan sebuah lagi SUV terbaharunya, Chery Tiggo 7 Pro ke pasaran tempatan, sebentar tadi.

21-06-2024
Berita Auto
Sempena Ulang Tahun Pertama, Chery Tawar Ganjaran Istimewa

Sempena Ulang Tahun Pertama, Chery Tawar Ganjaran Istimewa

Ada berita baik buat yang mereka sedang mempertimbangkan untuk membeli kereta jenama Chery.

17-05-2024
Global
Auto China 2024: Tiggo 7 Pro PHEV, Lambat Lagi Masuk M'sia

Auto China 2024: Tiggo 7 Pro PHEV, Lambat Lagi Masuk M'sia

Tiggo 7 Pro Phev turut didedahkan kepada umum.

29-04-2024

Berita Terkini

Berita Auto
Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam

Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam

Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.

16-07-2026
Berita Auto
Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya

Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya

Hampir 70% Kemalangan Jalan Raya Babitkan Golongan Muda.

16-07-2026
Berita Auto
Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel

Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel

Jangan Terkejut Kalau Nampak Abang Polis KTMB Naik Scrambler Tepi Landasan Selepas Ini.

16-07-2026
Berita Auto
Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal

Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal

Jangan Anggap Semua Negara Sama, JPJ Dedah Sebab Anda Perlu Lesen Fizikal ke Thailand

15-07-2026
Berita Auto
LRT 3 Pula Dah ...

LRT 3 Pula Dah ...

LRT 3 laluan Shah Alam alami isu teknikal baru-baru ini.

14-07-2026
Berita Auto
Harga Petrol  Malaysia Lebih Rendah Berbanding Arab Saudi, UAE

Harga Petrol Malaysia Lebih Rendah Berbanding Arab Saudi, UAE

Harga petrol Malaysia lebih murah berbanding Arab Saudi, UAE.

14-07-2026
Berita Auto
Pindaan Akta 333 Beri Kuasa Mahkamah Perintah Pesalah  Bayar Pampasan Kepada Waris

Pindaan Akta 333 Beri Kuasa Mahkamah Perintah Pesalah Bayar Pampasan Kepada Waris

Pindaan Akta 333: Mahkamah Diberi Kuasa Arah Pesalah Jalan Raya Bayar Pampasan Kepada Waris.

14-07-2026
Berita Auto
DBKL Guna Lampu Isyarat AI Atasi Kesesakan Trafik Kuala Lumpur