Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

2,000 Pelanggan Awal, Dapat Harga Murah, Jimat RM4K

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Chery Malaysia melancarkan sebuah lagi SUV terbaharunya, Chery Tiggo 7 Pro yang dikatakan mampu menyaingi Proton X70.

SUV segmen- C versi pemasangan tempatan (CKD) ini dijual pada harga RM123,800.

Bagaimanapun,  untuk 2,000 pelanggan terawal, Tiggo 7 Pro ditawarkan pada harga  RM119,800.

image.png

Untuk kedua-dua harga itu tadi, ia juga termasuk dengan waranti 7 tahun atau 150,000 KM, 7 tahun atau 150,000 km, perkhidmatan tundaan tanpa had, dan pakej perkhidmatan percuma 5 tahun (mengikut syarat dan terma).

Dari segi penggayaan, Tiggo 7 Pro mempunyai penampilan yang 'konvensional' berbanding ‘abangnya’ Omoda 5.

Dari segi dimensi, ia adalah sepanjang 4,513 mm panjang, selebar 1,862 mm lebar dan setinggi 1,696 mm namun , Tiggo 7 Pro adalah enam milimeter lebih pendek, serta lebih lebar 31 mm  dan dua milimeter lebih tinggi daripada X70.

image.png

Selain didatangkan dalam empat pilihan warna, ia didatangkan dengan bumbung terapung, ‘gril eksagon, selain terdapat jalur berwarna di bahagian hadapannya.

Menjengah bahagian luarannya,  Tiggo 7 Pro didatangkan dengan lampu hadapan LED dengan lampu isyarat membelok jenis sequential, lampu nyalaan siang LED, lampu kombinasi belakang bersama lampu kabus LED, penderia hujan dan pintu belakang jenis berkuasa.  

image.pngimage.png

Dari sisi pula, ia juga didatangkan dengan brek kaliper berwarna merah dan dipadankan dengan rim aloi bersaiz 18-inci.

Bahagian kabin pula, ia hadir dnegan skrin berkembar yang bersaiz 24.6-inci, ada sambungan Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar, dan  sistem bunyi premium Sony dengan lapan speaker.

Di sebalik semua ini, sudah pasti ramai yang tertanya-tanya dengan trenkuasanya.

Difahamkan, varian Tiggo 7 Pro disumbat dengan  enjin 1.6 liter empat-silinder dimana ia mampu menghasilkan kuasa setakat  197 hp dan tork 290 Nm.

image.png

Angka itu nampak kecil namun hamburan kuasanya sebenarnya lebih tinggi berbanding Proton X70 yang mana ia cuma menghasilkan kuasa setakat 181 hp.

Enjinnya digandingkan dengan transmisi klac berkembar automatik tujuh kelajuan 7DCT . Ini membolehkan ia memecut dari 0-100 kilometer sejam hanya dalam 8.3 saat manakala penggunaan bahan api pula dikatakan mampu mencapai kadar 7.0L/100 km.

image.pngimage.png

Tidak ketinggalan mengenai ruang butnya dimana ia dikatakan seluas 475 liter namun saiz bertambah sehingga 1,672 liter  jika kerusi belakang direbahkan.

Berikut adalah ciri keselamatannya:

image.png

Namun apa yang menjadi persoalan sehingga penulis menulis berita ini adakah ia benar-benar mampu menyaingi Proton X70?

Semuanya akan terjawab sebaik penulis diberi kesempatan untuk pandu uji Tiggo 7 Pro nanti!

Gallery

Tag:

Chery Malaysia
Chery Tiggo 7 Pro
Proton X70
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto
Makin Agresif, Chery Perkukuh Pasaran Malaysia Dengan Model Ke-10, Tiggo 9

Makin Agresif, Chery Perkukuh Pasaran Malaysia Dengan Model Ke-10, Tiggo 9

Chery Malaysia: 3 Tahun, 60 Pengedar, Dan Kilang Baharu RM2.2 Bilion Di Lembah Beringin.

29-06-2026
Kereta Baru
Pencabar Baharu SUV 7-Tempat Duduk, Chery Tiggo 9 Rasmi Dilancar Di Malaysia, Harga Bermula RM166,800

Pencabar Baharu SUV 7-Tempat Duduk, Chery Tiggo 9 Rasmi Dilancar Di Malaysia, Harga Bermula RM166,800

Lengkap 10 Beg Udara & ADAS 2.5, Chery Tiggo 9 Muncul Sebagai SUV Keluarga Paling Selamat?

24-06-2026
Kereta Baru
Chery Tiggo 9 Didedahkan - Harga Anggaran RM189,000

Chery Tiggo 9 Didedahkan - Harga Anggaran RM189,000

Chery Malaysia akhirnya mendedahkan secara rasminya Chery Tiggo 9 ke pasaran tempatan sebentar tadi.

22-05-2026
Kereta Baru
Pendaftaran Minat  Chery Tiggo 9 Sudah Dibuka, SUV Mewah Yang Bakal Buat Pesaing 'Goyang'

Pendaftaran Minat Chery Tiggo 9 Sudah Dibuka, SUV Mewah Yang Bakal Buat Pesaing 'Goyang'

Chery Tiggo 9 Malaysia: Enjin 2.0T AWD, 23 Ciri ADAS & Skrin 15.6 Inci – Pendaftaran Kini Dibuka.

22-05-2026
Berita Auto
Chery Lantik Robert Lewandowski sebagai Duta Jenama Global

Chery Lantik Robert Lewandowski sebagai Duta Jenama Global

Chery melantik ikon bola sepak dunia, Robert Lewandowski, sebagai Duta Jenama Global Chery.

19-05-2026
Global
Auto China 2026: Lepas L6 EV, L4 Didedah

Auto China 2026: Lepas L6 EV, L4 Didedah

Kenali LEPAS: Jenama EV Terbaru Di Bawah Naungan Chery Group.

27-04-2026
Berita Auto
Chery  Malaysia, Touch 'n Go Jalin Kerjasama: Tag RFID Percuma Untuk Model Terpilih

Chery Malaysia, Touch 'n Go Jalin Kerjasama: Tag RFID Percuma Untuk Model Terpilih

Tiada Lagi Isu Pasang RFID Sendiri, Chery siap pasang RFID pada model terpilihnya.

22-04-2026
Berita Auto
Kenapa Anda Boleh Percaya Bateri Chery? Ujian Ekstrem Ini  Jawapannya

Kenapa Anda Boleh Percaya Bateri Chery? Ujian Ekstrem Ini Jawapannya

Chery menganjurkan Cabaran Keselamatan Bateri Chery Super Hybrid yang pertama di Malaysia dengan membakar bateri CSH pada 1,000 darjah celsius selama 1 minit dan 20 saat.

15-04-2026

Berita Terkini

Kereta Baru
JAECOO J5 EV Dilancar: SUV Elektrik CKD RM118,800

JAECOO J5 EV Dilancar: SUV Elektrik CKD RM118,800

JAECOO J5 EV Masuk Malaysia: Jarak 461km, RM118,800.

02-09-2026
Kereta Baru
Honda City 2026 Kini Boleh Ditempah: Ada Diskaun RM3,000

Honda City 2026 Kini Boleh Ditempah: Ada Diskaun RM3,000

Honda City 2026 Dibuka Untuk Tempahan: Semak Spesifikasi & Promo.

27-08-2026
Kereta Baru
Siap Pakej 'Dark Warrior' RM10.8k!,JETOUR T2 Edisi Merdeka Ke-69 Terhad 69 Unit Sahaja

Siap Pakej 'Dark Warrior' RM10.8k!,JETOUR T2 Edisi Merdeka Ke-69 Terhad 69 Unit Sahaja

JETOUR T2 Dark Warrior Edisi Terhad Menggegar Malaysia: Enjin 2.0L Turbo, 'Serba Hitam & Cuma ada 69 Unit.

22-08-2026
Kereta Baru
Miliki EV Mewah Dari RM2,988 Sebulan: Mercedes-Benz CLA 250+ AMG Line Rasmi Di Malaysia

Miliki EV Mewah Dari RM2,988 Sebulan: Mercedes-Benz CLA 250+ AMG Line Rasmi Di Malaysia

Mercedes-Benz CLA 250+ EV Dilancarkan Pada Harga RM274,888.

14-08-2026
Kereta Baru
48 Unit Sahaja: MINI Countryman S ALL4 Desert Night Edition Baharu Dilancar

48 Unit Sahaja: MINI Countryman S ALL4 Desert Night Edition Baharu Dilancar

MINI Malaysia Perkenalkan Countryman S ALL4 Desert Night Edition Berharga Bermula RM267,333.

10-08-2026
Kereta Baru
Gempur Xpander & Veloz: Mampukah Hyundai Stargazer Dominasi Pasaran MPV?

Gempur Xpander & Veloz: Mampukah Hyundai Stargazer Dominasi Pasaran MPV?

Hyundai Stargazer vs Xpander vs Veloz: Mana Satu Pilihan MPV Keluarga Terbaik?

07-08-2026
Kereta Baru
BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro Rasmi Mendarat di Malaysia

BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro Rasmi Mendarat di Malaysia

Super-SAV Paling Cekap Pernah Dihasilkan: Segala Yang Anda Perlu Tahu Tentang BMW iX3 Baharu di Malaysia.

06-08-2026
Kereta Baru
JETOUR T1 Rasmi Dilancarkan di Malaysia: Dua Varian, Harga Bermula RM129,800

JETOUR T1 Rasmi Dilancarkan di Malaysia: Dua Varian, Harga Bermula RM129,800

Pencabar Baharu SUV Urban: JETOUR T1 Ditawarkan Dari RM129,800 Bersama Waranti Enjin 1 Juta KM.

22-07-2026