Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Tesla Optimus Robot Dipamerkan Di Pavilion KL, Tapi...

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Pavilion-KL-1.jpg


Tesla kini kembali ke Pavilion Kuala Lumpur bagi mempromosikan Model 3 dan Model Y. Kali ini, daya tarikan utama yang digunakan untuk menarik perhatian orang ramai ialah kehadiran Tesla Optimus Robot, memandangkan Cybertruck telah meninggalkan Malaysia.


Optimus Robot: Menarik, Tetapi Statik


Optimus Robot yang dipamerkan buat pertama kali ini bukanlah varian Gen 3 yang terkini, tetapi varian Gen 2. Robot humanoid ini direka untuk melaksanakan tugas-tugas harian yang berulang-ulang, membosankan atau berbahaya. 


Pavilion-KL-2.jpg


Reka bentuk Tesla Optimus Robot membolehkannya mengendalikan peralatan manusia, membawa objek dan bekerja di kilang. Teknologi AI yang sama seperti yang digunakan pada kereta Tesla turut digunakan dalam robot ini, membolehkannya bergerak dengan selamat dan cekap.


Bagaimanapun, Optimus Robot yang dapat disaksikan di Pavilion ini hanya dipamerkan sebagai model statik tanpa sebarang aksi menarik untuk membuktikan kemampuan sebenarnya. 


Promosi Pembelian Model 3 dan Model Y


Pavilion-KL-3.jpg


Bagaimanapun, tujuan utama pameran ini adalah untuk menguar-uarkan kepada orang ramai bahawa Model 3 RWD kini ditawarkan dengan kadar faedah 0% pada harga serendah RM2,430 sebulan (anggaran RM81 sehari). Sementara itu, Model Y pula boleh dimiliki dengan bayaran bulanan serendah RM1,810 (anggaran RM60 sehari).


Namun, promosi ini hanya terpakai untuk model yang sedia ada dalam inventori Tesla Malaysia dan bukan untuk tempahan kustom melalui laman web.


Baca: Trak ‘Kalis Peluru,' Tesla Cybertruck Dipertontonkan Di Malaysia – Ini Spesifikasinya...


Tag:

Tesla
tesla model 3
Tesla Model Y
Tesla Malaysia
Pavilion Kuala Lumpur
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Global

China Panggil Balik 4.3 Juta Kenderaan Kerana Isu Pemegang Pintu

Bahaya Pintu EV: 4.3 Juta Kenderaan Dipanggil Balik di China.

28-08-2026
Global

Lampu Terlalu Terang, Tesla Panggil Balik Lebih 20,000 Kenderaan di AS

Tesla panggil balik lebih 20,000 kenderaan di AS.

17-08-2026
EV

Tesla Destination Charger Mula Dikenakan Bayaran RM0.88/kWh

Masih Murah Berbanding Pasaran: Berapa Kos Sebenar Cas Tesla Sekarang?

28-07-2026
Berita Auto

Menyesal Beli EV, Kesudahannya Beli Myvi

Pempengaruh menyesal membeli EV, baru-baru ini.

27-07-2026
Berita Auto

Beli Sekarang atau Gigit Jari! Harga EV Import Bakal Melonjak Lepas 1 Julai

Ini Senarai EV Yang Mungkin Tak Boleh Dijual Lagi Di Malaysia.

07-05-2026
EV

Harga EV Lain Naik Melambung Tapi Kenapa Tesla Masih Kekal Sama?

Di saat industri automotif tempatan sedang bersiap sedia menghadapi kenaikan harga susulan berakhirnya insentif cukai kenderaan elektrik (EV) import sepenuhnya (CBU), Tesla Malaysia tampil dengan pengumuman mengejutkan.

07-01-2026
Teknologi

Tesla Ubah Prinsip, Sedia Tawar Apple CarPlay Untuk Tarik Pembeli

Tesla mungkin akan mula menyokong dan mengintegrasikan Apple CarPlay dalam kenderaannya tidak lama lagi.

18-11-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026