Link Copiedcheck_circle
Global

31 Honda N-Box Hangus, Mujur Tiada Yang Rentung

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Sebanyak 31 buah  kereta Honda N-Box hangus terbakar dalam satu kejadian kebakaran di atas bumbung tempat letak kereta  bangunan komersial Golden Mile Tower di Beach Road, Singapura, kelmarin.

Bagaimanapun, kebakaran itu   tidak melibatkan kenderaan elektrik dan mujur tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Difahamkan, kesemua Honda N-Box itu adalah unit grey import yang disimpan   di kawasan parkir itu sementara menunggu ia disewa dan dijual.

image.png

Malangnya, semua unit itu hangus terbakar.

Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) berkata, pihaknya sempat memindahkan 45 orang dari premis itu.

“Hasil siasatan awal menunjukkan bahawa kereta terlibat bukanlah kenderaan elektrik. Punca kebakaran masih dalam siasatan,” katanya.

Terdahulu, tular satu klip video di internet yang menunjukkan berpuluh-puluh kereta di tempat letak kereta premis itu terlibat dalam kebakaran dengan letupan kedengaran dan kepulan asap boleh dilihat dari jarak jauh.

image.pngimage.png

Golden Mile Tower yang dibina pada 1970-an pernah menempatkan pawagam terbesar di republik itu.

Bangunan itu lebih sinonim kepada rakyat Malaysia sebagai satu daripada tempat menurunkan dan mengambil penumpang bas ke dan dari Malaysia.


Gallery

Tag:

Third-Gen Honda N-Box
Honda N-Box Kei Car
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Global
China Panggil Balik 4.3 Juta Kenderaan Kerana Isu Pemegang Pintu

China Panggil Balik 4.3 Juta Kenderaan Kerana Isu Pemegang Pintu

Bahaya Pintu EV: 4.3 Juta Kenderaan Dipanggil Balik di China.

28-08-2026
Global
Lampu Terlalu Terang, Tesla Panggil Balik Lebih 20,000 Kenderaan di AS

Lampu Terlalu Terang, Tesla Panggil Balik Lebih 20,000 Kenderaan di AS

Tesla panggil balik lebih 20,000 kenderaan di AS.

17-08-2026
Global
Kecil Tapi 'Laris', BYD Racco Jadi Rebutan Pembeli Kereta Elektrik Di Jepun

Kecil Tapi 'Laris', BYD Racco Jadi Rebutan Pembeli Kereta Elektrik Di Jepun

Kei Car, EV BYD Racco Terima Sambutan Luar Biasa Di Jepun.

12-08-2026
Global
Bila Kapal Tak Cukup: Ini Cara  Pengeluar Kereta China Hantar Kereta Ke Seluruh Dunia

Bila Kapal Tak Cukup: Ini Cara Pengeluar Kereta China Hantar Kereta Ke Seluruh Dunia

Apabila Kapal Pengangkut Tak Cukup: Inilah Cara Bijak Pengeluar China Eksport Kereta.

11-08-2026
Global
Chevrolet Tamat Operasi di China Selepas 21 Tahun

Chevrolet Tamat Operasi di China Selepas 21 Tahun

Chevrolet Ucap Selamat Tinggal Kepada Pasaran China Sebaliknya Tumpu Kepada Pasaran Eksport.

11-08-2026
Global
Zeekr 7X Terbakar Tiba-Tiba di Stesen Pengecasan

Zeekr 7X Terbakar Tiba-Tiba di Stesen Pengecasan

Imej Jenama "Kalis Api" Tercabar? Zeekr 7X Terbakar.

10-08-2026
Global
Pemilik Berang Tengok Iklan Spider-Man Muncul Dalam Skrin Infotainmen

Pemilik Berang Tengok Iklan Spider-Man Muncul Dalam Skrin Infotainmen

Pemilik BMW berang tengok iklan Spider-Man pada infotainmen setiap kali enjin dihidupkan.

06-08-2026