Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Hari Kebangsaan: Lebih 10,000 Pengunjung Teruja Lihat Proton e.MAS 7

Suhana Veru

Kongsi melalui

Spectators-amazed-with-Proton-e.MAS-7-(2).JPG

Lebih 100,000 yang memenuhi Dataran Putrajaya untuk meraikan Hari Kebangsaan 2024 pada minggu lepas kelihatan cukup teruja apabila  menyaksikan kehadiran kenderaan elektrik pertama Proton, Proton e.MAS 7 dalam perarakan Merdeka.

Proton e.MAS 7 yang disaluti dengan pelekat penyamaran bermotifkan jalur gemilang adalah salah satu daripada daripada 25 model Proton yang turut menyertai perarakan itu.

Spectators-amazed-with-Proton-e.MAS-7-(3).JPG

Ketua Pegawai Eksekutif PRO-NET Zhang Qiang berkata, pihaknya berbangga dengan penampilan Proton e.MAS 7 pada perarakan itu kerana ia berjaya  memikat hati orang ramai. 

“Respons bersemangat daripada penonton menunjukkan sokongan jitu terhadap visi kami untuk mobiliti dan inovasi yang lestari.  Melihat e.MAS 7 beraksi merupakan satu detik kebanggaan kepada negara, menunjukkan komitmen kami dalam membina masa depan yang lebih hijau untuk Malaysia. 

Penampilan ini bukan sahaja menunjukkan dedikasi kami terhadap kecemerlangan inovasi tetapi juga mengukuhkan hubungan antara jenama kami dengan rakyat Malaysia serta menjadikannya satu pencapaian yang tidak dapat dilupakan sepanjang perjalanan kami menuju masa depan,” katanya dalam satu kenyataan.

Proton-e.MAS-7-at-Merdeka-Parade.jpg

Semasa perarakan, Proton e.MAS mengajak orang ramai untuk menyertai kempen Merdeka yang sangat interaktif bertajuk “Your Proton e.MAS 7 Dream” untuk berkongsi pengalaman, inspirasi dan visi mereka demi masa depan yang lestari.

Sehubungan itu, sempena sambutan Hari Kemerdekaan yang ke-67 ini, Proton e.MAS mengadakan Kempen Kemerdekaan yang menawarkan peluang untuk memenangi kredit e-Wallet TnG sebanyak RM67 kepada 15 peserta untuk komen paling kreatif di laman Facebook atau Instagram Proton e.MAS.

Pertandingan ini berlangsung dari 31 Ogos hingga 16 September 2024, dan para pemenang akan diumumkan pada 4 Oktober 2024 melalui media sosial Proton e.MAS. 

Untuk menyertai kempen ini, ikuti langkah-langkah di bawah: 

Langkah 1: Ikuti halaman rasmi kami& Proton e.MAS Cars di Facebook atau;@protonemasofficial di Instagram dan tekan butang like pada pos “Your Proton e.MAS 7 Dream”!

Langkah 2: Komen dengan cara yang paling kreatif dan memberi inspirasi untuk melengkapkan ayat: “Proton e.MAS 7, kenderaan elektrik nasional pertama adalah ___.”

Langkah 3: Tag 3 rakan anda dan kongsi pos ini serta jangan lupa letak slogan #eMAS7Merdeka

Untuk maklumat lanjut mengenai Kempen Media Sosial Merdeka “Your Proton e.MAS 7 Dream”, KLIK. 

Tag:

Proton e.MAS 7
Hari Kebangsaan 2024
emas
Dataran putrajaya
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV

Hanya 20 Bulan, Proton e.MAS Tembusi 30,000 Pendaftaran Di Malaysia

Gempur Jalan Raya, Proton e.MAS Pecah Rekod 30,000 Unit, Sah Jadi Raja EV Paling Laku Keras di Malaysia.

12-08-2026
Berita Auto

Gegar Pasaran Julai 2026: Proton Jual 18,442 Unit, Siri e.MAS Pecah Rekod EV Negara

Proton Mengganas Julai 2026! Jualan Lonjak 18,442 Unit, Eksport Pula Pecah Rekod Dalam Tempoh 13 Tahun.

06-08-2026
Berita Auto

Redah Jem Makin Selesa: Proton e.MAS 7 PHEV Kini Buatan Tempatan dengan Kerusi Urut

Proton e.MAS 7 PHEV CKD mula dikeluarkan dari kilangnya yang terletak di Tanjung Malim.

01-08-2026
Kereta Baru

KLIMS 2026: Proton e.MAS 7 Premium Plus Dilancar: Jarak Lagi Jauh, Siap Ada 'Leg Rest' & Fungsi Urut

Mahu EV Mewah Di Bawah RM120k? Proton e.MAS 7 Premium Plus Jawab Cabaran Ini.

12-06-2026
Berita Auto

KLIMS 2026: Proton e.MAS 7 Bakal Muncul Dengan Varian Baharu

Proton e.MAS Bakal Buat Kejutan, Pratonton Varian Baharu e.MAS 7 Di KLIMS 2026.

09-06-2026
Berita Auto

PROTON Tapau Pasaran Automotif Sebab Saga, e.MAS 7 PHEV?

Dominasi ICE Dan EV: PROTON Catat Jualan 16,995 Unit Pada Mei 2026.

08-06-2026
EV

Analisis: Isu PHEV Cas Di R&R Musim Raya, Siapa Patut Mengalah?

Isu Cas DI R&R Pada Musim Raya: Wajarkah Kenderaan PHEV Guna Stesen Pengecas EV?

04-06-2026
Gaya Hidup

Proton e.MAS Raikan Pemandu Wanita Melalui Pemanduan EV

Siapa Kata EV Rumit? Proton e.MAS Buktikan e.MAS 7 Cukup Praktikal Buat Wanita Moden.

22-05-2026

Berita Terkini

Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026