- Berita
- Berita Auto
- Redah Jem Makin Selesa: Proton e.MAS 7 PHEV Kini Buatan Tempatan dengan Kerusi Urut
Redah Jem Makin Selesa: Proton e.MAS 7 PHEV Kini Buatan Tempatan dengan Kerusi Urut

PRO-NET, anak syarikat milik penuh PROTON Holdings Berhad, secara rasmi memulakan era baharu pengeluaran tempatan (CKD) untuk model paling larisnya, Proton e.MAS 7 PHEV, di Kilang EV PROTON, Automotive High Tech Valley (AHTV), Tanjung Malim.
Langkah strategik ini hadir tepat pada masanya susulan sambutan luar biasa daripada rakyat Malaysia, di mana jumlah pendaftaran setakat tahun ini (YTD) telah mencecah 4,500 unit, manakala jumlah keseluruhan tempahan pula sudah melangkaui angka 11,000 unit!
Naik Taraf Premium: Redah Sesak Lebih Tenang dengan Kerusi Urut!
Sempena pengeluaran CKD ini, PRO-NET turut memperkenalkan beberapa ciri terkini pada varian Proton e.MAS 7 PHEV Premium dan Premium Plus.
Antara penambahbaikan yang diperkenalkan ialah penambahan ciri kerusi urut di bahagian hadapan, sekali gus meningkatkan tahap keselesaan dan kemudahan untuk pemandu serta penumpang.
Proton e.MAS 7 PHEV (CKD)
- Pengeluaran Tempatan (CKD): Rasmi mula dikeluarkan di Kilang EV PROTON, Tanjung Malim (AHTV), susulan sambutan hangat melebihi 11,000 tempahan dan 4,500 pendaftaran YTD.
- Naik Taraf Premium: Varian Premium dan Premium Plus kini hadir dengan ciri kerusi urut depan untuk keselesaan optimum.
- Prestasi & Jarak Jauh: Dikuasakan sistem EM-i Advanced Hybrid (1.5L DHE + DHT) menghasilkan 193 kW / 262 Nm. Menawarkan jarak elektrik penuh 170 km dan jarak keseluruhan mencecah 1,065 km dengan kecekapan bahan api 4.3L/100 km.
- Pengecasan Pantas: Sokongan DC 60kW (30%-80% dalam masa kurang 16 minit) serta fungsi V2L dan V2V.
- Kabin & Teknologi: Skrin infotainmen 15.4-inci 2.5K (Flyme Auto), sistem audio 16 pembesar suara, ruang bagasi sehingga 2,065 liter, serta pakej keselamatan lengkap ADAS Tahap 2.
PRESTASI HEBAT
Proton e.MAS 7 PHEV dijana dengan enjin petrol 1.5 liter Dedicated Hybrid Engine (DHE) bersama transmisi 11-in-1 Dedicated Hybrid Transmission (DHT) menerusi sistem EM-i Advanced Hybrid.
- Kuasa Maksimum: 193 kW dan tork 262 Nm (Pacuan Roda Hadapan - FWD).
- Mod Pemanduan: Pilihan mod Pure, Hybrid, dan Power.
- Pecutan 0-100 KM/J: Hanya 8.0 saat (Kelajuan maksimum 170 km/j).
- Kecekapan Minyak: Serendah 4.3 liter/100 km (NEDC).
- Jarak Elektrik Penuh: Mampu bergerak sejauh 170 km tanpa petrol.
- Jarak Keseluruhan: Gabungan penuh bateri dan tangki petrol 51 liter menawarkan jarak perjalanan mencecah 1,065 km!

Pengecasan Pantas & Teknologi V2L/V2V
Model ini menggunakan pek bateri Lithium Iron Phosphate (LFP) berkapasiti 29.8kWh:


- Pengecasan DC (Sehingga 60kW): Mengecas pantas dari 30% ke 80% dalam masa kurang 16 minit.
- Pengecasan AC (6.6kW): Sesuai untuk kegunaan pengecasan harian di rumah.
- Fasiliti Ekstra: Menyokong fungsi Vehicle-to-Load (V2L) dan Vehicle-to-Vehicle (V2V) untuk membekalkan tenaga kepada peranti luar.
Kabin Pintar Mewah & Ruang Luas
- Keluasan Bagasi: Kapasiti asas 528 liter, boleh diperluaskan sehingga 2,065 liter apabila tempat duduk belakang dilipat.
- Kluster instrumen digital 10.2-inci, skrin sentuh infotainmen 15.4-inci beresolusi 2.5K dengan sistem Flyme Auto (menyokong Bahasa Melayu/Inggeris, Apple CarPlay, Android Auto, OTA, serta sambungan 4G/Wi-Fi).


- Audio & Keselesaan Lain: Sistem audio Flyme 16 pembesar suara, Head-Up Display (HUD), pengecas tanpa wayar, penapis kabin N95, pencahayaan ambien 256 warna, serta tempat duduk berbalut kulit tiruan dengan kerusi hadapan berpengudaraan dan fungsi memori pemandu





Ciri Keselamatan
Perjalanan anda dilindungi sepenuhnya menerusi pelbagai ciri keselamatan aktif dan pasif termaju:
- 7 beg udara, ESC, TCS, ABS, EBD, BA, HHA, HDC, TPMS, dan brek regeneratif.
- Kamera 360 darjah dengan paparan 3D berserta sensor parkir hadapan dan belakang.
- Pakej ADAS Tahap 2: Termasuk Adaptive Cruise Control (ACC), Intelligent Cruise Control (ICC), Autonomous Emergency Braking (AEB), Lane Departure Prevention (LDP), Emergency Lane Keep Assist (ELKA), Blind Spot Detection (BSD), serta amaran trafik silang belakang (RCTA & RCTB).
Bagaimanapun, harga e.MAS PHEV CKD ini masih belum didedahkan.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/


